From Wikipedia, the free encyclopedia
Seorang setiausaha (Jawi: ستياءوسها) atau sekretaris[1] (Jawi: سيکريتاريس; serapan Belanda: secretaris "penjawat kerja urus surat")[2][3] merupakan pembantu pentadbiran terlibat dalam pengurusan pejabat sama ada dalam bidang perniagaan, atau dalam kerusi pemerintahan seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara.
Gelaran di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Setiausaha eksekutif bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha, seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk majlis makan tengah hari.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.