Negara kebajikan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Negara kebajikan adalah negara di mana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan wajib kepada rakyatnya.
Negara kebajikan boleh merujuk kepada:
- Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh negara
- Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyat. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat.
- Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan. Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan".
Negara kebajikan lazimnya ditemui di negara Skandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan.
Pemerintah negara-negara Skandinavia mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat mereka demi membiayai program kebajikan masing-masing.
Jadual di bawah menunjukkan; pertama, peratusan belanja kebajikan daripada KDNK untuk negara OECD terpilih; dan kedua, KDNK per kapita (PPP AS$) dalam 2001:
Negara | Belanja kebajikan (% dari KDNK) | KDNK per kapita (PPP US$) |
---|---|---|
Denmark | 29.2 | $29,000 |
Sweden | 28.9 | $24,180 |
Perancis | 28.5 | $23,990 |
Jerman | 27.4 | $25,350 |
Belgium | 27.2 | $25,520 |
Switzerland | 26.4 | $28,100 |
Austria | 26.0 | $26,730 |
Finland | 24.8 | $24,430 |
Belanda | 24.3 | $27,190 |
Itali | 24.4 | $24,670 |
Yunani | 24.3 | $17,440 |
Norway | 23.9 | $29,620 |
Poland | 23.0 | $9,450 |
United Kingdom | 21.8 | $24,160 |
Portugal | 21.1 | $18,150 |
Luxembourg | 20.8 | $53,780 |
Republik Czech | 20.1 | $14,720 |
Hungary | 20.1 | $12,340 |
Iceland | 19.8 | $29,990 |
Sepanyol | 19.6 | $20,150 |
New Zealand | 18.5 | $19,160 |
Australia | 18.0 | $25,370 |
Republik Slovak | 17.9 | $11,960 |
Kanada | 17.8 | $27,130 |
Jepun | 16.9 | $25,130 |
Amerika Syarikat | 14.8 | $34,320 |
Ireland | 13.8 | $32,410 |
Mexico | 11.8 | $8,430 |
Korea Selatan | 6.1 | $15,090 |
Angka dari OECD[1] dan UNDP.[2]
Nota: tiada data untuk China, India, Indonesia, Brazil, Russia dan Pakistan, kerana negara terbabit bukan ahli OECD.