From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan (lahir 13 September 1951) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-lapan dan berkhidmat bermula 12 November 2006 hingga 12 September 2010. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Haji Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis. Pada 13 September 2010, Tan Sri Ismail Omar menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara Malaysia.[2]
Tan Sri Musa Hassan | |
---|---|
Ketua Polis Negara Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 12 November 2006 – 12 September 2010 | |
Didahului oleh | Mohd. Bakri Hj. Omar |
Digantikan oleh | Ismail Omar |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Lumpur, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 13 September 1951
Pasangan | Puan Sri Juriah Dato' Ahmad (meninggal dunia 2019) [1] Puan Sri Qistina Lim (k. 2023) |
Bapa | Tan Sri Hassan Azhari |
Saudara | Dato' Jalaluddin Hassan (adik) Dato' Fuad Hassan (adik) Dato' Zain Hassan (adik) |
Musa Hassan merupakan anak sulung kepada Tan Sri Dato' Hassan Azhari (1928–2018),[3] seorang guru al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia. Beliau dipelihara oleh neneknya dan menerima pendidikan di Kuala Lumpur. Adiknya, Mohammad ‘Izzat b Tansri Dato Hj Hassan megikuti jejak langkah beliau di dalam bidang kepolisan.[4] Adik-adik yang lain terutamanya Dato' Fuad Hassan adalah seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang serta Dato' Jalaluddin Hassan merupakan pelakon terkenal di Malaysia.[5][6] Tidak dilupakan adik beliau juga bekas CEO Alam Flora SDN. BHD. iaitu Dato’ Mohd Zain Hassan.
Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.
Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis Kluang , Johor di bawah Ordinan Dharurat 1969. Pada 18 Jun 2007 Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat kes ini berdasarkan surat aduan dan email yang diterima serta soal-siasat terhadap 6 saksi dan pernyataan akaun-akaun bank Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan. [7]
3 'ahli sindiket judi haram' itu ditangkap pada 30 Mac 2007 berdasarkan maklumat daripada 6 orang saksi. Pemangku DCP Dato' Khalid Abu Bakar telah menyiasat kebenaran kes ini sama ada berlaku penganiayaan atau tidak. Kiranya ada unsur penganiayaan, tahanan mestilah dibebaskan. Setelah disiasat, 6 saksi tersebut menafikan maklumat itu daripada mereka dan tandatangan itu bukanlah milik mereka. Pada hari laporan ditulis, 5 saksi masih dilokap dan 1 sedang dibawa ke mahkamah. Oleh itu kredibiliti 6 saksi ini diragui dan tidak selaras. Pada 6 April 2007 mereka dibebaskan setelah dilokap selama 7 hari.
Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail menyatakan kes ini ditutup.Walau bagaimanapun penutupan kes ini secara tergesa-gesa menimbulkan polemik di kalangan orang awam.[perlu rujukan] Tambahan dengan tersebarnya dakwaan mengatakan anak kepada Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan bekerja di syarikat teknologi maklumat milik salah seorang daripada 3 pemuka sindiket judi haram tersebut.[perlu rujukan] Terdapat juga dakwaan pembangkang bahawa kertas-kertas siasatan terhadap 3 orang pemuka sindiket haram ini telah diubah supaya pendakwaan terhadap mereka menjadi lemah dan seterusnya meletakkan kesalahan kepada pegawai penyiasat polis.[perlu rujukan] Pegawai-pegawai polis terbabit akhirnya telah didakwa atas kesalahan menggunakan kuasa polis secara jahat untuk membina kes terhadap ahli sindiket terbabit.
Kemuncak kepada kontroversi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff telah didakwa di mahkamah atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta miliknya dianggarkan bernilai 27 juta. Adalah merupakan satu kesalahan bagi kakitangan kerajaan jika tidak berbuat demikian. Kes ini dilihat sebagai manifestasi konflik dalaman pasukan polis kerana Datuk Ramli Yusuff adalah ketua kepada pegawai-pegawai polis yang didakwa menganiaya Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan dan 3 orang ahli sindiket terbabit.[perlu rujukan]
Pada 21 Julai 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan kepada pegawai Badan Pencegah Rasuah berhubung peranan Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara , Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung kes liwat Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Anwar percaya terdapat unsur merekacipta dan membawa kesnya ke mahkamah.[8] Ada usaha menutup jenayah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor , memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA Anwar Ibrahim pada 1998 hingga 1999 yang digunakan untuk menghina Anwar.
Pada 25 Mac 2010, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama bagi menentukan kesahihan ijazah atau diploma milik Musa Hassan.Keterangan palsu semasa perbicaraan di Mahkamah tertakluk kepada Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.
Dalam Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998, Musa mendakwa memiliki ijazah undang-undang ketika memberi keterangan bersumpah. Tapi keterangan lain pada 25 Jun 2009, semasa kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah . Semasa disoal balas oleh peguam James Tsai, peguambela Datuk Ramli, Musa Hassan hanya memiliki ‘Diploma in Law and Management Studies’.[9]
Pada 19 Ogos 2008 Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.