Fuad Hassan

Bekas ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Allahyarham Dato' Haji Fuad bin Tan Sri Dato' Haji Hassan (12 November 1952 – 8 Disember 2014) ialah bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Hulu Kelang mewakili UMNO.

Fakta Segera Ketua PengarahJabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Digantikan oleh ...
Allahyarham Dato' Haji
Fuad Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
2009–2014
Digantikan olehMohd Puad Zarkashi
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Hulu Kelang
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehKerusi baharu
Digantikan oleh Azmin Ali
Majoriti6,508 (1990), 10,275 (1995)
Maklumat peribadi
Lahir
Fuad bin Hassan

(1952-11-12)12 November 1952
Meninggal dunia8 Disember 2014(2014-12-08) (umur 62)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Ampang, Selangor
Parti politik
PertalianJalaluddin Hassan (adik)
Musa Hassan (abang)
Ibu bapaHassan Azhari (bapa)
Tutup

Latar belakang

Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian al-Quran iaitu Haji Hassan Azhari (1928–2018)[1] Beliau adalah anak sulung, kedua-dua daripada orang adiknya ialah mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan serta pelakon, Jalaluddin Hassan. Beliau menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah Jalaluddin dan dikurniakan 5 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.

Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya politik

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal. Pada pilihan raya umum 1999, beliau telah tewas kepada calon Keadilan ketika itu iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan.

Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Keputusan pilihan raya yang diperoleh Fuad Hassan
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1990 N19 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 11,585 Mohd Fahmi Ibrahim S46 5,077 6,508
1995 N18 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 12,481 Minhat Sulaiman S46 2,206 10,275
1999 N18 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 8,039 Mohamed Azmin Ali KeADILan 9,185 1,146
Tutup

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 65 tahun.[2]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.