Mozambique
From Wikipedia, the free encyclopedia
Musambiki (Portugis: Moçambiquecode: pt is deprecated disebut [musɐ̃ˈbikɨ terdekat mu.sang.bi.ki]; Chichewa: Mozambikicode: ny is deprecated ; Swahili: Msumbijicode: sw is deprecated ; Tsonga: Muzambhikicode: ts is deprecated , bahasa Inggeris: Mozambiquecode: en is deprecated ) ialah sebuah negara yang terletak di Afrika Tenggara bersempadan dengan Lautan Hindi di sebelah timur, Tanzania di utara, Malawi dan Zambia di barat laut, Zimbabwe di sebelah barat, dan Eswatini dan Afrika Selatan di barat daya. Negara berdaulat ini dipisahkan dari Comoros, Mayotte dan Madagascar oleh Selat Musambiki di sebelah timur. Negara ini pernah suatu ketika dahulu dijajah oleh Portugal. Musambiki satu-satunya negara yang bukan di bawah jajahan Britain tetapi menyertai pertubuhan Komanwel pada tahun 1995. Ibu negaranya dan bandar terbesar ialah Maputo.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Portugis. (April 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Republik Musambiki ريڤوبليك موسمبيكي República de Moçambique | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Pátria Amada ”Tanah Air yang Dicintai” | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Maputo 25°57′S 32°35′E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Portugis | ||||
Bahasa lain diiktiraf | Bahasa Swahili Bahasa Mwani Bahasa Cewa Bahasa Tsonga | ||||
Agama (2020)[1] |
| ||||
Kerajaan | Republik berperlembagaan kesatuan berpresiden separa[2][3][4] | ||||
• Presiden | Filipe Nyusi | ||||
• Perdana Menteri | Adriano Maleiane | ||||
Badan perundangan | Perhimpunan Republik | ||||
Pembentukan | |||||
• Penaklukan Portugis | 1 Mac 1498 | ||||
25 Jun 1975 | |||||
• Dimasukkan ke PBB | 16 September 1975 | ||||
• Perang Saudara Mozambique | 1977 - 4 Oktober 1992 | ||||
• Penggubalan perlembagaan baharu | 21 Disember 2004 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 801,590 km2 (309,500 bt2) (ke-35) | ||||
2.2 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 34,173,805[5] (ke-45) | ||||
28.7/km2 (74.3/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD53.710 bilion[6] (ke-121) | ||||
▲ USD1,584[6] (ke-187) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD21.936 bilion[6] (ke-128) | ||||
▲ $647[6] (ke-185) | |||||
Gini (2014) | 54.0[7] tinggi | ||||
HDI (2021) | ▼ 0.446[8] rendah · ke-185 | ||||
Mata wang | Metical Mozambique (Mtn) ( MZN ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (CAT) | ||||
UTC+2 (tidak terpakai) | |||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 258 | ||||
DPT internet | .mz | ||||
Laman sesawang rasmi www | |||||
| |||||
Anggaran untuk negara ini secara terang-terangan mengambil kira kesan kematian berlebihan akibat AIDS; ini boleh mengakibatkan jangka hayat yang lebih rendah, kadar kematian dan kematian bayi yang lebih tinggi, populasi dan kadar pertumbuhan yang lebih rendah, dan perubahan dalam taburan populasi mengikut umur dan jantina daripada yang diharapkan. |
Salah satu perkara menarik tentang negara ini ialah bendera rasminya kerana ia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai lambang senjata moden iaitu senapang AK-47 dengan bayonet di hujung senapangnya.[9] Jenama AK-47 dipilih kerana hubungan rapat negara ini dengan blok Komunis dan ia melambangkan perjuangan negara untuk kemerdekaan yang berterusan dan kekuatan pertahanannya.
Musambiki dikurniakan dengan sumber semula jadi yang kaya dan pelbagai. Ekonomi negara banyak bergantung pada pertanian, tetapi sektor industri juga semakin berkembang, terutamanya makanan dan minuman, pembuatan kimia dan pengeluaran aluminium dan petroleum. Dari segi pelombongan, walaupun ia tidak kaya dengan emas dan berlian, negara ini kaya dengan arang batu dan batu permata terutamanya batu delima yang ditemui dengan banyak sekali di barat Montepuez pada tahun 2009. Negara ini mempunyai gas asli yang banyak dan mempunyai rizab gas asli ke-14 terbesar di dunia.[10] Sektor pelancongan juga semakin berkembang walaupun tidak sebesar sektor pertanian dan industri. Afrika Selatan adalah rakan dagang utama Musambiki dan sumber pelaburan langsung asing, sementara Belgium, Brazil, Portugal dan Sepanyol juga antara rakan ekonomi terpenting di negara ini. Sejak tahun 2001, pertumbuhan purata KDNK tahunan Musambiki adalah antara yang tertinggi di dunia. Namun, negara ini masih merupakan salah satu negara termiskin dan paling terbelakang di dunia, dan ia berada di peringkat rendah dari segi KDNK per kapita, pembangunan manusia, ukuran ketidaksamaan dan purata jangka hayat. Dari segi ekonomi, negara ini dikategorikan sebagai negara pendapatan rendah dan berada di tangga 44 daripada 54 negara di benua Afrika.
Kini Musambiki sedang bergolak terutamanya di utara negara ini disebabkan pemberontakan yang dilancarkan oleh puak yang bersekongkol dengan gerakan DAESH. Serangan di wilayah utara itu juga sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang, selain mengakibatkan lebih daripada 250,000 penduduk di sana terpaksa berpindah ke wilayah lain. [11]