From Wikipedia, the free encyclopedia
Komanwel berasal daripada istilah bahasa Inggeris tradisional "commonwealth" untuk komuniti politik yang ditubuhkan untuk kebaikan bersama. Mengikut sejarah, ia kadang-kadang sinonim dengan "republik". Kata nama "commonwealth", yang bermaksud "kebajikan atau kelebihan umum" berasal dari abad ke-15. Pada asalnya frasa (kekayaan umum [common-wealth]") berasal dari makna lama wealth, yang ketka lebih menjurus kepada "kemakmuran", dan ia sendiri merupakan terjemahan yang longgar Latin res publica (republik). Istilah ini secara harfiah bermaksud "kemakmuran umum". Pada abad ke-17, takrif "komanwel" telah berkembang dari segi asalnya "kebajikan awam" kepada yang bermaksud "keadaan di mana kuasa tertinggi terletak pada rakyat; negara republik atau demokratik".
Istilah ini berkembang menjadi nama kepada beberapa entiti politik. Tiga negara – Australia, Bahamas, dan Dominica- menggunakan nama rasmi "Komanwel", sama juga empat buah negeri A.S. dan dua buah wilayah A.S.. Baru-baru ini, istilah ini digunakan untuk menamakan beberapa persatuan persaudaraan bangsa, terutamanya Komanwel Bangsa-Bangsa, sebuah organisasi terutama dari bekas wilayah Empayar British, yang sering disebut sebagai "Komanwel" sahaja.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.