From Wikipedia, the free encyclopedia
Miosen merupakan nama untuk epok geologi pertama pada Tempoh Neogen dan bermula dari kira-kira 23.03 hingga 5.333 juta tahun dahulu (jtd). Epok Miosen diberi nama oleh ahli geologi Scotland Charles Lyell; dengan nama itu berasal daripada perkataan Yunani μείων (meíōn, "kurang") dan καινός (kainós, "baharu")[3] dan bermaksud "kurang terkini" kerana ia mempunyai 18% lebih sedikit makhluk invertebrata lautan moden berbanding epok Pliosen.[4] Miosen didahului oleh epok Oligosen dan diikuti oleh epok Pliosen.
Miosen | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Neogene graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah |
|
Sempadan bawah GSSP | Keratan Lemme-Carrosio, Carrosio, Itali 44.6589°N 8.8364°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1996[1] |
Takrif sempadan atas | Berdasarkan peristiwa bermagnet Thvera (C3n.4n), yang hanya 96 ka (5 kitaran liukan) lebih muda berbanding GSSP |
Sempadan atas GSSP | Keratan Heraclea Minoa, Heraclea Minoa, Cattolica Eraclea, Sicily, Itali 37.3917°N 13.2806°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2000[2] |
Apabila Bumi menjangkau masa dari epok Oligosen melalui epok Miosen sehingga ke epok Pliosen, iklim perlahan-lahan menjadi sejuk sehingga berlakunya jujukan peristiwa zaman air batu.[5][6] Sempadan masa untuk epok Miosen tidak ditandakan dengan satu peristiwa global yang berbeza tetapi terdiri daripada sempadan yang ditentukan secara serantau antara epok Oligosen yang lebih hangat dan epok Pliosen yang lebih dingin.
Sewaktu peringkat Miosen Awal, benua Afro-Arabia bertembung dengan benua Eurasia, memutuskan sambungan antara Lautan Mediterranean dengan Lautan Hindi, dan membenarkan pertukaran fauna berlaku antara benua Eurasia dengan benua Afrika, termasuk penyebaran haiwan proboscidea ke benua Eurasia. Semasa peringkat akhir epok Miosen, sambungan antara Lautan Atlantik dengan Lautan Mediterranean ditutup, menyebabkan Laut Mediterranean hampir tersejat sepenuhnya, dan hal ini merupakan satu peristiwa yang dipanggil krisis kemasinan Messinian. Kemudiannya, Selat Gibraltar dibuka dan Lautan Mediterranean diisi semula sewaktu sempadan masa antara epok Miosen dan epok Pliosen, dalam satu peristiwa yang dipanggil banjir Zanklean.
Mawas pertama kali berevolusi dan mengalami percambahan spesies semasa peringkat Miosen awal (secara spesifik ialah Peringkat Aquitanian dan Peringkat Burdigalian), dan mawas-mawas tersebut tersebar secara meluas di alam Dunia Lama. Menjelang akhir zaman ini dan permulaan zaman berikutnya, leluhur manusia telah berpisah daripada leluhur cimpanzi dengan mengikuti laluan evolusi tersendiri semasa akhir Peringkat Messinian (7.5–5.3 Ma) pada epok Miosen. Seperti sewaktu epok Oligosen yang sebelumnya, kawasan yang mempunyai padang rumput terus meluas dan kawasan hutan pula semakin berkurangan. Dalam kawasan lautan epok Miosen pula, hutan kelpa membuat penampilan pertam dan tidak lama kemudian menjadi salah satu ekosistem yang paling produktif di Bumi.[7]
Tumbuhan dan haiwan pada epok Miosen sudah berada dalam bentuk modennya. Haiwan-haiwan seperti mamalia dan burung pula telah bertapak dengan kukuhnya. Ikan paus, anjing laut dan kelpa pula terus tersebar.
Epok Miosen amat menarik minat ahli geologi dan ahli paleoklimatologi kerana fasa-fasa utama geologi Gunung Himalaya berlaku semasa epok Miosen, dan pembentukan banjaran Himalaya ini menjejaskan corak monsun di Asia, yang saling berkait dengan zaman glasier di hemisfera utara.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.