From Wikipedia, the free encyclopedia
Tempoh glasier adalah satu sela masa (ribuan tahun) semasa zaman ais yang ditandai oleh suhu yang lebih sejuk dan kemaraan glasier. Perantaraan glasier pula ialah tempoh beriklim panas antara tempoh glasier. Tempoh glasier akhir tamat lebih kurang 15,000 tahun dahulu;[1] Epok Holosen ialah tempoh perantaraan glasier kini.
Antara pengglasieran Kuaterner (2.58 juta tahun hingga kini), terdapat beberapa bilangan pengglasieran dan perantaraannya.
Tempoh glasier akhir merupakan tempoh glasier yang paling lepas dalam zaman ais kini, yang berlaku semasa epok Pleistosen, iaitu bermula lebih kurang 110,000 tahun dahulu dan tamat lebih kurang 12,500 tahun dahulu. Pengglasieran yang berlaku semasa tempoh pengglasieran ini melitupi banyak kawasan di Hemisfera Utara dan mempunyai pelbagai nama, bergantung kepada agihan geografinya:: Wisconsin (di Amerika Utara), Devensian (di Great Britain), Midlandian (di Ireland), Würm (di Alps), Weichsel (di Eropah tengah), dan Llanquihue di Chile. Kemaraan glasier mencapai tahap maksimumnya lebih kurang 18,000 tahun dahulu. Di Eropah, litupan ais mencecah sehingga utara Jerman.
Memandangkan perubahan orbit boleh diramal,[2] model komputer yang mengaitkan perubahan orbit dengan iklim mampu meramal kebarangkalian iklim masa hadapan. Dua kaveat dilibatkan: kesan antropogenik (pemanasan global) yang mendorong kepada pengaruh besar dalam masa yang singkat; dan mekanisme bahawa daya orbit mempengaruhi iklim masih belum difahami. Hasil kerja Berger dan Loutre mencadangkan yang iklim panas kini akan bertahan sehingga 50,000 tahun yang akan datang.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.