From Wikipedia, the free encyclopedia
"Memories" ialah single duet oleh penyanyi Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Amerika Syarikat, mendiang Whitney Houston. Dipersembahkan buat pertama kalinya semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016, ia menampilkan vokal oleh Houston sebelum pelancaran album sulungnya pada 1985. Pada asalnya ia ditulis oleh Hugh Hopper untuk sebuah kumpulan rock progresif England, The Wilde Flowers pada 1960an, "Memories" kemudiannya dirakamkan oleh Houston untuk One Down, album oleh kugiran Amerika, Material pada 1982.
"Memories" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza dan Whitney Houston | ||||
Dilancarkan pada |
| |||
Dirakamkan pada | 2016 | |||
Format | Penstriman muzik | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:25 | |||
Syarikat | Yonder Music | |||
Penulis | Hugh Hopper | |||
Penerbit | Bill Laswell, J-Key, Adam Kidron, Aubrey Suwito | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza dan Whitney Houston | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 2016, Siti Nurhaliza telah diberi peluang oleh Adam Kidron, Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music untuk merakamkan semula versi Houston lagu "Memories". Lagu itu telah dipersembahkan secara langsung oleh beliau semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert, sebuah konsert khas untuk meraikan ulang tahun ke-21 penglibatan beliau di industri muzik Malaysia.[1] Pada 10 Disember, "Memories" telah dikeluarkan secara eksklusif di aplikasi penstriman muzik Yonder Music dan pada hari yang sama, muzik videonya telah disiarkan di Astro Ria dan dimuat naik di akaun YouTube Yonder Music Malaysia.
"Memories" menjadikan Siti Nurhaliza sebagai artis Malaysia kedua untuk berduet secara digital bersama penyanyi/pemuzik yang telah meninggal dunia. Artis Malaysia pertama yang berbuat demikian ialah KRU, di mana mereka telah merakamkan semula lagu yang telah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Getaran Jiwa"[2] untuk filem, Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada 1960. Dirakamkan semula oleh KRU pada 1997, versi baru lagu "Getaran Jiwa" menampilkan duet digital KRU dan P. Ramlee.[2]
"Memories" pada asalnya ditulis oleh Hugh Hopper untuk kumpulan rock progresif England, The Wilde Flowers pada tahun 1960an.[4] Semasa empat tahun kewujudannya sebelum pembubaran pada 1968, The Wilde Flowers tidak pernah keluarkan sebarang lagu; termasuk "Memories".[4] Versi asal lagu "Memories" menampilkan vokal oleh Robert Wyatt yang dirakamkan pada 1966[5] dan telah dikeluarkan sebagai Sebelah-B untuk lagu saduran 1974 "I'm a Believer" oleh The Monkees.[6] Setahun selepas pembubaran The Wilde Flowers, kumpulan rock Canterbury England, Soft Machine merakamkan semula "Memories" pada 1969.[4] Pada 1982, Whitney Houston yang berusia 19 tahun merakamkan lagu "Memories" untuk One Down, album oleh band Amerika, Material.[3] Versi 1982 lagu "Memories" juga menampilkan petikan saksofon solo oleh Archie Shepp.[3] "Memories" juga menandakan sebagai vokal utama Houston yang pertama sebelum keluaran album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1985.[3]
Dalam temuramah bersama Adam Kidron, Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music pada Januari 2016, beliau mendedahlan yang salah satu projek terkininya untuk Yonder Music ialah sebuah duet khas, yang mana penyanyi Malaysia yang terpilih akan berpeluang untuk berduet bersama Houston.[7] Biarpun beliau tidak mendedahkan nama penyanyi itu, beliau tidak menolak kemungkinan yang lagu pada asalnya dirakamkan oleh Houston ketika hanya berusia 19 tahun.[7] Beliau juga mendedahkan pada Mac 2016, sebuah konsert khas percuma akan diadakan untuk pengguna Yonder Music.[7] Pada bulan yang sama, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa beliau akan mengadakan konsert khas dua hari dianjurkan oleh Yonder Music di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 Mac 2016.[8] Beliau juga memberitahu semasa konsert itu, beliau akan menyanyikan sebuah lagu khas oleh Houston.[9] Pada 2 Mac 2016, ia telah diberitakan bahawa konsert dua hari itu telah ditangguhkan ke April dan akan diadakan di Stadium Negara selama hanya satu hari.[10] Pada 2 April 2016 semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert, beliau mempersembahkan "Memories" buat pertama kalinya,[1] di mana ia dipersembahkan sebagai "duet digital" yang mana Siti menyanyi sebagai duet dengan pra-rakaman semula vokal Houston.[11]
Ia telah diberitakan yang Siti yang ditanya oleh Kidron siapakah penyanyi kegemarannya, beliau memberitahu kepadanya yang beliau merupakan peminat P. Ramlee, Celine Dion dan Whitney Houston.[11] Beliau kemudiannya teringat yang lagu "Memories" dendangan mendiang Houston tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana albumnya.[11] Menurut Siti, Selepas mendapat tahu saya mengidolakan Whitney Houston, pihak Yonder memberi cadangan untuk menggabungkan vokal saya dan Whitney secara rakaman digital. Ia merupakan suatu penghormatan yang besar buat saya kerana dapat menyanyi bersama Whitney walaupun dia telah meninggal dunia.[1]
Lagu yang berentak pop balada berdurasi selama 3 minit dan 25 saat. Sementara versi 1982 menampilkan vokal Houston dan saksofon solo Archie Shepp,[3] dalam penciptaan versi 2016, vokal Siti yang berusia 37 tahun[1] telah digabungkan Houston yang berusia 19 tahun.[3] Dalam buku oleh Doyle Greene, The Rock Cover Song: Culture, History, Politics, beliau menyifatkan vokal Houston bagi versi 1982 lagu "Memories" sebagai "vokal soul-pop yang meruntun jiwa".[6]
Komposisi asal lagu "Memories" telah diterbitkan oleh Bill Laswell,[12] sementara versi duet diterbitkan oleh J-Key dan Kidron, dengan penerbitan tambahan oleh Aubrey Suwito.[12]
"Memories" pertama kali dipersembahkan oleh Siti sebagai penghormatan kepada mendiang Whitney Houston di Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016.[1][13] Semasa persembahan itu, Siti menyanyi secara langsung sambil ditemani oleh pra-rakaman semula vokal Houston bersertakan dengan gambar mendiang yang dipaparkan di latar belakang.[11] Walaupun memakai pakaian emas berjalur sekuin dengan asas merah dan panel sisi oleh Rizman Ruzaini,[14] Siti menyanyikan "Memories" sebagai "duet digital" di hadapan 7000 hadirin yang menghadiri konsert pada malam itu.[11] Pada penghujung persembahan, beliau memetik pengaruh lagu Houston pada dirinya dalam usaha untuk mempelajari teknik vokal.[15] Beliau menambah, Dengan kecanggihan teknologi hari ini, saya dapat berduet dengan idola saya.[15]
Persembahan secara langsung pertama lagu "Memories" menerima ulasan dari pengkritik. Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia menggelarkan duet itu sebagai "unik",[16] Bissme S. dari The Sun mengulasnya sebagai "salah satu persembahan hebat pada malam itu",[11] dan Jemang Rahman dari mStar memujinya apabila Siti terus memukau ribuan penonton dengan vokal mantapnya[17] dan persembahan itu "amat terkesan diingatan penonton".[17] Pada penghujung konsert, muzik video untuk "Memories" telah difilemkan dan dirakamkan.[18]
Pada 9 Disember, dua video teaser untuk muzik videonya telah dimuatnaik ke akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia.[19][20] Pada 10 Disember, versi single lagu "Memories" telah dikeluarkan untuk penstriman eksklusif di aplikasi penstriman muzik Yonder Music.[21] Pada hari yang sama, muzik videonya telah ditayangkan Astro Ria dan Astro Ria HD[22] dan telah diterbitkan di akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia pada hari yang sama.[12]
Diarahkan oleh Anusha Peterson dengan konsep asal oleh Adam Kidron,[12] muzik video untuk "Memories" telah dirakamkan di penghujung Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016.[1] Semasa rakaman, beliau memakai busana rekaan Rizman Ruzaini.[14] Pada Oktober 2016, Siti mengatasi penundaan keluaran muzik video itu bersama Sinar Harian.[23] Beliau berkata Yonder Music Malaysia telah memaklumkan kepadanya yang mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan imej berhakcipta.[23] Pada 22 November 2016,[24] semasa majlis ulang tahun pertama Yonder Music Malaysia, ia telah diumumkan bahawa muzik video "Memories" akan dipromosikan kepada Astro pada 10 Disember 2016.[25] Sehari sebelum penyiaran muzik video berkenaan, dua video teaser untuknya telah dimuatnaik oleh Yonder Music Malaysia di akaun YouTube mereka.[19][19] Pada 10 Disember, muzik video "Memories" telah disiarkan serentak di Astro Ria dan Astro Ria HD[22] sebelum ia dimuatnaik di akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia.[12]
Muzik video lagu "Memories" telah dirakamkan secara berasingan untuk Siti dan Houston. Semua adegan yang melibatkan Houston dan wajah semiripnya telah difilemkan dalam hitam dan putih. Video muzik bermula dengan kesan projektor filem audio dan visual di mana tempat-tempat di mana Houston membesar di East Orange, New Jersey[26]akan ditunjukkan - termasuk imej Gereja New Hope Baptist, tanda jalan Dodd Street (di mana rumahnya terletak),[27] sekolah rendah lama beliau, Sekolah Franklin (dinamakan semula kepada Akademi Kreatif dan Seni Persebahan Whitney E. Houston pada tahun 1997)[27] dan rumah beliau semasa kecil. Dalam adegan seterusnya, Houston muda ditunjukkan untuk menyediakan dirinya di hadapan cermin sebelum menuju luar rumah lama beliau di mana teksi yang sedang menunggu untuknya, bersedia untuk membawanya ke sebuah studio rakaman.[27] Dalam adegan seterusnya, persediaan untuk Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert sedang diadakan di Stadium Negara. Adegan 1982 di Amerika Syarikat dan 2016 di Malaysia akan ditunjukkan satu demi satu sebelum kad tajuk untuk video muzik dipaparkan. Sepanjang pengenalan, seorang perawi lelaki menceritakan latar belakang lagu, sejarah, dan kerjasama bersejarah antara Siti dan Houston dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dalam bahagian utama video muzik, ia bermula dengan adegan yang menunjukkan latar belakang di mana video Houston menyanyikan baris pertama lagu dalam sebuah studio rakaman. Kemudian, Siti dilihat untuk menyertai unjuran video Houston dalam menyanyikan lagu itu kembali ke Malaysia semasa beliau sedang disokong oleh sekumpulan pemuzik di atas pentas. Di antara adegan di mana Houston adalah di studio rakaman di Amerika Syarikat dan Siti adalah pada pentas di Malaysia, adegan yang menunjukkan penonton melambai peranti mudah alih mereka (dengan lampu mereka menyala) di udara akan ditunjukkan. Sepanjang video, Siti dan Houston bergilir-gilir menyanyikan lagu itu sebagai solo dan sebagai duet. Video muzik berakhir dengan Siti menyimpulkan persembahan dan gambar Houston ditunjukkan di belakang beliau pada latar belakang yang besar untuk sorakan penonton yang hadir. Video muzik diakhiri dengan kredit penutup menyebut pihak yang terlibat dengan keseluruhan projek.
|
|
|
Pasukan Penerbitan Amerika
Pasukan Penerbitan Malaysia
|
Kredit diperoleh dari kredit muzik video "Memories".[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.