Celine Dion

From Wikipedia, the free encyclopedia

Celine Dion

Céline Marie Claudette Dion (lahir 30 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi Kanada, berasal dari Quebec. Muzik beliau banyak dipengaruhi genre berbeza terutamanya dari rock dan R&B sehingga ke muzik gospel dan muzik klasik Eropah; lagu-lagu beliau sering dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, namun beliau turut menyanyi dalam bahasa-bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Celine Dion
Thumb
Maklumat latar belakang
Nama lahirCéline Marie Claudette Dion
Juga dikenali
sebagai
Céline, Claudette (mul) , Marie
Kelahiran30 Mac 1968
(1968-03-30) 30 Mac 1968 (umur 57)
Charlemagne, Quebec, Kanada
WarganegaraKanada
GenrePop, rock
PekerjaanPenyanyi, penggubah, pelakon, pelakon suara, pemain piano, restaurateur (en) , pelakon filem dan artis rakaman
Alat muzikSuara dan piano
Tahun aktif1980
DiskografiLihat: Celine Dion discography (en)
Syarikat rakamanColumbia Records
Legacy Recordings (en)
Sony Music Canada (en)
CBS Records International (en)
550 Music (en)
Epic Records (mul)
Sony BMG (en)
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriRené Angélil (en)
AnakRené-Charles Angelil (en)
Nelson Angélil (en)
Eddy Angélil (en)
IbuThérèse Dion
BapaAdhémar Dion (en)
Adik-beradikClaudette Dion (en)
Paul Dion (en)
Jacques Dion (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcelinedion.com
Pautan lain Allocine: 35668 TV.com: people/cline-dion
Last fm: Céline+Dion Songkick: 76025 Allmusic: mn0000186185
Tandatangan
Thumb
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Beliau dilihat sebagai salah satu artis berpengaruh dalam genre muzik pop sepanjang zaman. Beliau telah memenangi lima buah Anugerah Grammy; majalah Billboard turut memberi pengiktirafan kepada beliau kerana kekerapam beliau dalam carta pertama format radio kontemporari dewasa (Adult Contemporary).[1] Beliau merupakan artis nyanyian Kanada yang paling laris dengan jualan rakaman sebanyak 200 juta salinan dicatat seluruh dunia.[2][3]

Biografi

Awal hidup

Dion lahir di Charlemagne, Quebec, 15 batu (24 km) barat daya jauh dari kota Montreal. Beliau anak bongsu kepada 14 orang adik beradik kepada sebuah keluarga Kanada Perancis - ibunya Thérèse (nama keluarga asal: Tanguay, lahir 1927) seorang suri rumah manakala ayahnya Adhémar Dion (1923–2003), seorang penjual daging.[4][5] Beliau dibesarkan dalam sebuah persekitaran yang miskin namun ceria.[6][7] Beliau mendapat namanya daripada sebuah lagu didendangkan Hugues Aufray berjudul "Céline" yang terakam 2 tahun sebelum kelahirannya.[8]

Kerjaya permuzikan awal

Celine menulis lagu pertamanya "Ce n'était qu'un rêve" pada usia 12 tahun bersama ibunya dan seorang abangnya Jacques.[7] Seorang lagi abangnya Michel menghantar lagu itu ke seorang pengurus studio bernama René Angélil;[9] Angélil begitu terharu dan tertarik dengan suaranya[7] maka berusaha mendana album pertama Dionm, La voix du bon Dieu pada tahun 1981 - rakaman tersebut menjadikan Dion mula-mula dikenali di Quebec. Pada tahun berikutnya, beliau memasuki Festival Lagu Popular Dunia Yamaha di Tokyo, Jepun dan mendapat anugerah "Penghibur Terbaik"" serta pingat emas "Lagu Terbaik" dengan lagu berjudul "Tellement j'ai d'amour pour toi".[9]

Beliau memenangi secara tipis acara Pertandingan Lagu Eurovision tahun 1988 mewakili Switzerland di Dublin, Ireland dengan lagu berjudul "Ne partez pas sans moi".[10]

Penceburan dalam muzik bahasa Inggeris, kemasyhuran

Dua tahun setelah menghabiskan pengajiannya memingkatkan kefasihannya dalam bahasa Inggeris pada tahun 1990, Dion membuat debutnya dengan album Unison. Album itu dipengaruhi genre soft rock tahun 1980-an serta diterapkan usaha-usaha produser terkenal termasuk Vito Luprano dan David Foster.[11] - ia mempunyai sebuah lagu utama yang pada asalnya dirakam oleh Laura Branigan.[9]

Pada 8 Disember 2022, beliau membuat pengumuman mengenai keadaan terkininya yang didiagnos menghidap sindrom badan kaku (stiff body syndrome) menyebabkan kekejangan otot yang berlarutan sehingga terpaksa menangguhkan semua kegiatan konsert akan datang.[12]

Diskografi

Album studio bahasa Perancis

  • La voix du bon Dieu (1981)
  • Céline Dion chante Noël (1981)
  • Tellement j'ai d'amour... (1982)
  • Les chemins de ma maison (1983)
  • Chants et contes de Noël (1983)
  • Mélanie (1984)
  • C'est pour toi (1985)
  • Incognito (1987)
  • Dion chante Plamondon (1991)
  • D'eux (1995)
  • S'il suffisait d'aimer (1998)
  • 1 fille & 4 types (2003)
  • D'elles (2007)
  • Sans attendre (2012)
  • Encore un soir (2016)

Album studio bahasa Inggeris

  • Unison (1990)
  • Celine Dion (1992)
  • The Colour of My Love (1993)
  • Falling into You (1996)
  • Let's Talk About Love (1997)
  • These Are Special Times (1998)
  • A New Day Has Come (2002)
  • One Heart (2003)
  • Miracle (2004)
  • Taking Chances (2007)
  • Loved Me Back to Life (2013)
  • Courage (2019)


Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.