![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f4/Mammut_skeleton_Museum_of_the_Earth.jpg/640px-Mammut_skeleton_Museum_of_the_Earth.jpg&w=640&q=50)
Mastodon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mastodon (lakuran kata Yunani: μαστόςcode: el is deprecated , "puting" dan οδούς, "gigi") ialah spesies mamalia bergading besar dari genus Mammut yang ditemui di Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Tengah.[1] Mastodon Amerika ialah spesies yang terkini dan paling terkenal dari kumpulan ini. Yang membingungkan, beberapa genus proboscid yang tergolong dalam familia gomphothere memiliki nama yang agak serupa (contohnya Stegomastodon) namun mereka sebenarnya lebih dekat dengan gajah berbanding mastodon.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d7/Knight_Mastodon.jpg/640px-Knight_Mastodon.jpg)
Mastodon | |
---|---|
![]() | |
Kerangka mastodon yang disusun, Museum of the Earth. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | †Mammutidae Hay, 1922 |
Genus: | †Mammut Blumenbach, 1799 |
Species | |
|
Genus ini diangkat sebagai nama yang tergolong dalam familia Mammutidae, termasuk dalam Proboscidea. Sifat fizikal mereka tidak jauh berbeza dengan keluarga Elephantidae, termasuk mamot; tetapi, mastodon memakan dedaun dan dahan pohon sedangkan mamot ialah pemakan rumput.