Neogen ialah nama khusus untuk tempoh dan sistem geologi yang menjangkau 20.45 juta tahun dari akhir Zaman Paleogen pada 23.03 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Kuaterner pada 2.58 juta tahun dahulu. Neogen terbahagi kepada dua epok, epok awal ialah epok Miosen dan epok kemudian ialah epok Pliosen. Sesetengah ahli geologi menegaskan bahawa Neogen tidak boleh disempadankan dengan jelas daripada tempoh geologi moden yakni tempoh Kuaterner.[3] Istilah "Neogen" dicipta pada tahun 1853 oleh ahli paleontologi Austria Moritz Hörnes (1815–1868).[4] Istilah terdahulu Tempoh Tertier digunakan untuk mentakrifkan jangka masa yang kini diliputi oleh Paleogen dan Neogen dan, walaupun tidak lagi diiktiraf sebagai istilah stratigrafi formal, "Tertier" kadangkala masih kekal dalam penggunaan tidak rasmi. [5]

Fakta Segera Kronologi, Etimologi ...
Neogen
23.03 ± 0.3 – 2.588 ± 0.04 Ma
Thumb
Sebuah peta dunia yang kelihatan sewaktu Epok Miosen, sekitar 15 Ma
Kronologi
Templat:Neogene graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawah
Sempadan bawah GSSPKeratan Lemme-Carrosio, Carrosio, Itali
44.6589°N 8.8364°E / 44.6589; 8.8364
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1996[1]
Takrif sempadan atas
  • Tapak kepolaran bermagnet kronozon C2r (Matuyama).
  • Kepupusan haptofit Discoaster pentaradiatus dan Discoaster surculus
Sempadan atas GSSPMonte San Nicola Section, Gela, Sicily, Italy
37.1469°N 14.2035°E / 37.1469; 14.2035
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2009 (sebagai tapak Kuaterner dan Pleistosen)[2]
Data atmosfera dan iklim
Kandungan purata O2 di atmosferac. 21.5 vol %
(108 % berbanding aras moden)
Kandungan purata CO2 di atmosferac. 280 ppm
(1 kali ganda berbanding sebelum zaman industri)
Purata suhu permukaanc. 14 °C
(0 °C lebih tinggi berbanding paras moden)
Tutup

Dalam tempoh ini, mamalia dan burung terus berkembang menjadi bentuk moden, manakala kumpulan kehidupan lain kekal tidak berubah. Manusia pertama (Homo habilis) muncul di Afrika pada penghujung zaman.[6] Beberapa pergerakan benua berlaku, peristiwa yang paling signifikan ialah penyambung Amerika Utara dan Selatan di Segenting Panama pada akhir epok Pliosen. Hal ini memotong arus lautan panas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik, hanya meninggalkan Arusan Teluk untuk memindahkan haba ke Lautan Artik. Iklim global menjadi sejuk dengan ketara pada seluruh tempoh Neogen, yang memuncak dalam satu siri pengglasieran benua dalam Tempoh Kuaterner yang berikut.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.