tempoh geologi kedua era Paleozoik From Wikipedia, the free encyclopedia
Ordovisi merupakan nama yang khusus untuk satu tempoh dan sistem geologi yang kedua daripada enam tempoh dan sistem Era Paleozoik. Tempoh Ordovisi menjangkau 41.6 juta tahun dari akhir Zaman Kambria 485.4 juta tahun dahulu (jtd) sehingga permulaan Zaman Silur pada 443.8 jtd.[5]
Ordovisi | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Ordovician graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama yang diratifikasi | 1960 |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Pertama kali dicadangkan oleh | Charles Lapworth, 1879 |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Datum kewujudan pertama (DKP) konodonta Iapetognathus fluctivagus. |
Sempadan bawah GSSP | Keratan Greenpoint, Green Point, Newfoundland, Canada 49.6829°N 57.9653°W |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2000[1] |
Takrif sempadan atas | DKP grafolit Akidograptus ascensus |
Sempadan atas GSSP | Dob's Linn, Moffat, U.K. 55.4400°N 3.2700°W |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1984[2][3] |
Data atmosfera dan iklim | |
Nilai aras laut melebihi zaman kini | 180 m; meningkat ke 220 m di Caradoc dan menurun dengan tajam ke 140 m pada akhir zaman pengglasieran Ordovisi[4] |
Perkataan Ordovisi dinamakan berdasarkan satu puak Welsh yang dikenali sebagai Ordovices, telah ditakrifkan oleh Charles Lapworth pada tahun 1879 untuk menyelesaikan pertikaian antara pengikut Adam Sedgwick dan Roderick Murchison, yang masing-masing meletakkan dasar batu yang sama di Wales Utara dalam sistem Kambria dan Silur.[6] Lapworth menyedari bahawa fauna fosil dalam strata yang dipertikaikan adalah berbeza daripada sama ada sistem Kambria atau sistem Silur, dan meletakkannya dalam sistemnya tersendiri. Tempoh atau Sistem Ordovisi ini menerima kelulusan antarabangsa pada tahun 1960 (empat puluh tahun selepas kematian Lapworth), apabila ia diterima pakai sebagai tempoh rasmi Era Paleozoik oleh Kongres Geologi Antarabangsa.
Kehidupan terus berkembang semasa Zaman Ordovisi seperti yang berlaku pada Zaman Kambria yang lebih awal, walaupun penghujung tempoh itu ditandai dengan peristiwa kepupusan Ordovisi-Silur . Makhluk yang bukan vertebrata, iaitu moluska dan artropoda, menguasai lautan, dengan organisma dari kumpulan yang terkemudian itu mungkin memulakan penempatan mereka di darat pada masa ini, dengan penempatan sepenuhnya pada tempoh Devon. Tumbuhan darat yang pertama diketahui dari zaman ini. Peristiwa Percambahan Kepelbagaian Besar Ordovisi telah meningkatkan kepelbagaian hidupan. Ikan, yakni vertebrata sejati yang pertama di dunia, terus berkembang, dan ikan berahang mungkin pertama kali muncul di akhir tempoh tersebut. Kira-kira 100 kali lebih banyak meteorit melanda Bumi setiap tahun semasa tempoh Ordovisi berbanding hari ini.[7]
Terdapat sebilangan istilah tempatan yang telah digunakan untuk membahagikan Tempoh Ordovisi. Pada tahun 2008, Pembahagian Piawai Antarabangsa menubuhkan pembahagian sistem antarabangsa yang formal.[8] Terdapat pelbagai skema stratigrafi tempatan yang melibatkan wilayah-wilayah seperti Baltoskandinavia, British, Siberia, Amerika Utara, Australia, China, Mediterranean dan Gondwana Utara.[9]
Siri ICS | Peringkat ICS | Siri British | Peringkat British | Siri Amerika Utara | Peringkat Amerika Utara | Peringkat Australia | Peringkat China |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ordovisi Atas | Hirnantian | Ashgill | Hirnantian | Cincinnatian | Gamachian | Bolindian | Hirnantian |
Katian | Rawtheyan | Richmondian | Chientangkiangian | ||||
Cautleyan | |||||||
Pusgillian | Maysvillian | Eastonian | Neichianshanian | ||||
Caradoc | Streffordian | Edenian | |||||
Cheneyan | Mohawkian | Chatfieldian | |||||
Sandbian | Burrellian | Gisbornian | |||||
Turinian | |||||||
Aurelucian | |||||||
Whiterockian | |||||||
Ordovisi Tengah | Darriwilian | Llanvirn | Llandeilo | Darriwilian | Darriwilian | ||
Abereiddian | |||||||
Arenig | Fennian | ||||||
Dapingian | Yapeenian | Dapingian | |||||
Whitlandian | Rangerian | Castlemainian | |||||
Ordovisi Bawah | Floian | Ibexian | Blackhillsian | Chewtonian | Yiyangian | ||
Bendigonian | |||||||
Moridunian | |||||||
Tulean | Lancefieldian | ||||||
Tremadocian | Tremadoc | Migneintian | Xinchangian | ||||
Stairsian | |||||||
Cressagian | |||||||
Skullrockian | |||||||
Warendan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.