![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7a/Abdul_Rahman_Mosque_in_March_2010.jpg/640px-Abdul_Rahman_Mosque_in_March_2010.jpg&w=640&q=50)
Masjid Abdul Rahman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Abdul Rahman (Dari: مسجد عبدالرحمان; Pashto: د عبدالرحمان جوماتcode: ps is deprecated ) adalah antara masjid yang terbesar di Afghanistan. Ia juga dikenali sebagai Masjid Besar Kabul. Ia terletak di dalam satu kawasan komersial bernama Def Afghanan yang berdekatan dengan Pasthunistan Square dan berhadapan dengan Hotel Plaza yang dulunya sangat popular. Bangunan masjid ini mempunyai tiga tingkat dan dibina di atas tanah seluas 3.5 ekar. Salah satu tingkat adalah khas untuk perempuan.
Masjid Abdul Rahman | |
---|---|
د عبدالرحمان جومات | |
![]() Pemandangan jauh dari Masjid Abdul Rahman pada 2010 | |
Info asas | |
Lokasi | Kabul, Afghanistan |
Koordinat geografi | 34.520702°N 69.174686°E / 34.520702; 69.174686 |
Agama | Islam Sunni |
Negara | Afghanistan |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Islam |
Disiapkan pada | 2009 |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 10,000 |
Bil. kubah | 14 |
Bil. menara masjid | 2 |
Masjid ini dinamakan sempena seorang ahli perniagaan Afghanistan yang berpengaruh iaitu Hajji Abdul Rahman yang telah meninggal dunia tetapi pembinaan masjid ini diteruskan oleh anak-anaknya. hajji Abdul Rahman telah memulakan pembinaan masjid ini pada 2001 tetapi ditangguhkan untuk beberapa tahun akibat daripada pita merah. Masjid ini mempunyai kapasiti untuk menampung 10,000 orang pada satu masa. Terdapat juga satu madrasah di dalam masjid ini dan sebuah perpustakaan yang mempunyai 150,000 buku.[1]
Semua pembinaan utama bagi masjid ini telah disiapkan pada lewat 2009 tetapi upacara perasmian dilakukan pada Julai 2012 dengan kehadiran bekas Presiden Afghanistan Hamid Karzai serta ramai lagi pegawai kerajaan.[1] Pembinaan masjid ini pada asalnya dikatakan direka oleh seorang arkitek Afghanistan yang bernama Mir Hafizullah Hashimi.[perlu rujukan] Arab Saudi mnghulurkan bantuan sebanyak $100m bagi pembinaan masjid ini.[2]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Abdul Rahman |