ajang pencarian bakat Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaysian Idol ("Idola Malaysia")[1] ialah siri Idol versi Malaysia yang diperkenalkan di UK, sama seperti francaisnya, Pop Idol dan American Idol. Ini merupakan pertandingan untuk mencari bakat baru di Malaysia, pemenangnya akan menerima perjanjian kontrak dari syarikat rakaman besar, begitu pun ada dikalangan peserta yang tidak memenanginya juga mendapat kontrak rakaman kerana memiliki kepopularan. Seperti rancangan Idol yang lain, pemenang ditentukan oleh orang ramai. Malaysian Idol mendapat sambutan kerana peminat dari Malaysia tertarik dengan siri American Idol yang mana telah diperkenalkan beberapa tahun sebelumnya.[2]
Malaysian Idol | |
---|---|
Format | Pertandingan nyanyian Pertandingan realiti |
Pencipta | Simon Fuller |
Pengacara | Soo Kui Jien (1-2) Sharifah Aleya (1) Cheryl Samad (2) |
Juri | Roslan Aziz (1-2) Fauziah Latiff (1-2) Paul Moss (1-2) |
Penggubah | Julian Gingell Barry Stone Cathy Dennis |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 53 |
Penerbitan | |
Lokasi | Pelbagai |
Tempoh siaran | 3 jam |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV (Siaran langsung) TV3 (Siaran ulangan) |
Siaran asal | 15 Ogos 2004 – 24 September 2005 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | One in a Million |
Ia disiarkan di 8TV dan TV3. Beberapa peserta terakhir Malaysian Idol telah menjadi selebriti terkenal, kerana mereka mempunyai pengikut setia sendiri yang mengikuti mereka semasa menjadi peserta rancangan itu. Bagaimanapun siri ini hanya bersiaran selama dua musim sebelum digantikan dengan One in a Million pada tahun 2006. Keputusan itu dibuat selepas pihak 8TV mengumumkan bahawa siri ini tidak akan diteruskan untuk musim ketiganya.
Secara umumnya, Malaysian Idol mengikut konsep siri Idol. Peserta yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi mendaftarkan diri, dan menghadiri uji bakat pada peringkat saringan di hadapan pengadil. Calon akan diterima atau disingkirkan oleh para juri pada pusingan seterusnya.[3] Peringkat seterusnya, peserta Idol akan membuat persembahan secara bersendirian dan berkumpulan, dan akan meneruskan satu lagi pusingan penyingkiran (seperti yang diputuskan oleh pengadil). Fasa seterusnya melibatkan minggu persembahan dihadapan penonton seluruh negara melalui siaran televisyen, dan peserta yang memiliki undian paling sedikit akan dikeluarkan daripada pertandingan (setelah mengira undian yang dihantar oleh penonton melalui SMS dan panggilan telefon setiap minggu). Proses ini akan berterusan sehingga johan Malaysian Idol terpilih pada malam Grand Final.
Musim pertama dihoskan oleh Soo Kui Jien dan Sharifah Aleya. Bagaimanapun pada musim kedua, Jien digandingkan dengan Cheryl Samad.
Tiga pengadil, dua pengadil lelaki dan seorang pengadil perempuan (seperti format untuk pengadil American Idol) untuk Malaysian Idol.[4] Mereka terdiri daripada:
Mengikut susunan penyingkiran
Musim | Juara | Naib Juara | Finalis lain | Bil. Finalis |
---|---|---|---|---|
1 | Jaclyn Victor | Dina Nadzir | * Vick Teo * Andrew Tan * Saiful Bakeri * Nikki Palikat * Zamil Idris * Victor Lee * Fahmy Zakaria * Rydiana Rahim * Sufiah Noor * Fazly Zainal |
12 |
2 | Daniel Lee | Nita Hamzah | * Farah Asyikin * Faizull Herman * Ashvin Nair * Adam Alli * Xerra Hamisah * Ejay Wong * Azam Yakob * Atilia Sarani * Trish Priscilla |
11 |
Finalis Malaysian Idol (dengan tarikh penyingkiran) | |
Musim 1 | |
Jaclyn Victor (Jac) | Juara |
Faradina Mohd. Nadzir (Dina) | 10 Oktober |
Vick Teo | 3 Oktober |
Andrew Tan | 26 September |
Mohd Saipul Bakeri | 19 September |
Nicolette Palikat (Nikki) | 12 September |
Zamil Idris | 5 September |
Victor Lee | 29 Ogos |
Mohd. Fahmy | 22 Ogos |
Rydiana "Rydee" Abdul Rahim | 22 Ogos |
Sufiah Mohamed Noor | 15 Ogos |
Fazli Zainal | 15 Ogos |
Seramai 13,000 rakyat Malaysia mencuba nasib mereka untuk memasuki arena muzik tempatan dengan menghadiri uji bakat di empat lokasi di negara (Pulau Pinang, Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur). Daripada bilangan peserta yang besar ini, hanya 33 layak memasuki pertandingan untuk meraih sokongan penonton. Empat minggu pusingan bengkel (termasuk satu pusingan wildcard) dilalui mereka sebelum dikurangkan lagi kepada 12 orang di peringkat akhir.
Pada 9 Oktober 2004, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara Malaysian Idol pertama sementara tempat kedua Dina Nadzir di Arena of Stars, Genting Highlands. Lagu kemenangan Malaysian Idol ialah "Gemilang", ciptaan pengarah muzik Malaysian Idol iaitu Aubrey Suwito.
Saat paling getir dalam pusingan akhir (atau Spectaculars), seperti yang dianggap oleh para penonton, ialah yang mana Jaclyn Victor yang dianggap sebagai yang paling berbakat mengalami igauan nyaris tersingkir sebanyak dua kali sepanjang pertandingan, iaitu sewaktu penyingkiran di minggu kelima dan ketujuh pusingan tersebut. Pada minggu kelima, Nikki Palikat yang juga meraih pujian kerana teknik "bersiul" ketika melaungkan not yang tinggi (ala Mariah Carey) yang mengagumkan, tersingkir daripada pertandingan, melengkapkan isu pertikaian yang melanda rancangan ini bagi tempoh seminggu.
Penyertaan Victor, Saiful dan Andrew dalam pertandingan ini dianggap sebagai yang paling kerap dipertikai oleh sesetengah penonton yang dikatakan amat peka kepada bakat nyanyian, kerana vokal mereka yang lemah atau kaku yang menjadikan persembahan mereka kelihatan tidak bersemangat.
Antara nama-nama besar yang diperkenalkan daripada Top 100 Malaysian Idol musim pertama ialah Amylea Azizan, Zehra Zambri, Lufya Omar, Along Cham, Riz Zaizizi, Awal Ashaari dan Sharifah Zarina.
Kali ini 9,000 orang mencuba nasib, bilangan yang kurang berbanding musim lalu. Daripada mereka 24 orang terpilih untuk muncul di kaca TV untuk meraih undian melalui empat minggu bengkel sebelum dikurangkan kepada 11 orang untuk memasuki peringkat akhir.
Finalis Malaysian Idol (dengan tarikh penyingkiran) | |
Musim 2 | |
Daniel Lee Chee Hun | Juara |
Norhanita Hamzah | [24 September |
Farah Asyikin Zulkifli | 17 September |
Faizull Herman Mohamad Yahya | 10 September |
Ashvin Nair | 3 September |
Adam Ali | 27 Ogos |
Tengku Hamisah Zahara Tengku Zaimi (Xerra) | 20 Ogos |
Wong Shau Fui (Ejay) | 13 Ogos |
Azam Yaakob | 6 Ogos |
Atilia Sarani | 30 Julai |
Tricia Priscilla d'Cruz (Trish) | 30 Julai |
Juara Malaysian Idol musim kedua ialah Daniel Lee Chee Hun (Daniel) yang mengalahkan Norhanita Hamzah (Nita). Persembahan terakhir diadakan pada 23 September 2005 dan keputusan telah disiarkan pada 24 September 2005 di Arena of Stars Genting Highlands. Lagu pemenang musim kedua ialah "Mimpi", ditulis oleh Pot Amir, salah seorang ahli kumpulan Innuendo.
Walaupun berjaya meningkatkan bilangan penonton berbanding musim pertama (mengikut kajian media), musim kedua Malaysian Idol menerima pelbagai kritikan mengenai mutu para pesertanya, terutamanya juaranya Daniel Lee Chee Hun yang dikutuk oleh sebilangan orang sebagai tidak berbakat dalam nyanyian dan bergantung kepada paras rupanya yang "comel" untuk meraih undian oleh gadis muda. Bagaimanapun, Daniel dan peminatnya menghadapi cabaran tersebut dengan jualan album yang laris.
Kontroversi yang menyelubungi MI tidak bermula di situ. Antara pertikaian yang terawal ialah penyingkiran Lee Kar Wei, seorang peserta perempuan yang terpuji kerana "nyanyiannya yang sangat bagus", di pusingan saringan sebelum bermulanya pertandingan, menyebabkan sebilangan penonton mempersoal kredibiliti dan profesionalisme para juri.
Di pertandingan meraih undian pula, timbulnya keresahan antara sebahagian penonton setia yang mendapati bukan sahaja para peserta mempersembahkan lagu-lagu secara tidak konsisten, malah penyertaan peserta seperti Faizull dan Daniel kuat tercabar oleh orang awan yang meninggalkan pesanan di laman Internet, tambahan pula terjadinya penyingkiran awal peserta yang dianggap mereka sebagai paling bermutu, seperti Atilia, Trish dan Xerra.
Yang sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Daniel Lee boleh disebabkan undian perkauman. Tambahan pula Malaysian Idol disiarkan di saluran Cina, itu menjadi penyebab adalah mustahil peserta bukan berbangsa Cina yang menang pertandingan ini. Sesiapa yang aktif dengan forummer di krees.com tahu bahawa pada malam penyingkiran Faizul Rock Orang Kampung, undian untuk Faizul tersekat. Ini diberitahu oleh orang dalam belakang tabir Malaysian Idol sendiri yang keluar memberitahu kepada forummer yang lain. Ramai yang tidak puas hati dengan keadaan itu, dan itulah yang menyebabkan Malaysian Idol jatuh standardnya yang tersendiri. Malah admin krees.com juga seperti berat sebelah dengan mengatakan Faizul kononnya diberikan hak untuk tidak menyanyikan lagu English. Ini adalah perbuatan yang tidak profesional. Jika Faizul adalah pilihan rakyat Malaysia untuk jadi pemenang, seharusnya tidak perlu sebarang komplot untuk buat mana-mana peserta tersingkir.
Setiap musim seramai dua orang finalis yang akan mara ke konsert akhir yang dipanggil Grand Finale dimana kedua-dua finalis ini akan diberikan sebuah lagu baru. Kemudian kedua-dua finalis akan bergilir-gilir menyanyikan lagu baru tersebut dan lagu baru tersebut bakal menjadi hak milik kepada finalis yang bergelar juara.
Musim | Juara | Lagu Kemenangan |
---|---|---|
1 | Jaclyn Victor | "Gemilang" Lagu: Aubrey Suwito Lirik: Asmin Mudin |
2 | Daniel Lee | "Mimpi" Lagu: Pot Amir Lirik: Pot Amir |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.