Syarikat pengurus Lapangan Terbang di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) merupakan syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | MYX: 5014 |
ISIN | MYL5014OO005 |
Industri | Pengurusan lapangan terbang |
Ditubuhkan | 3 Mac 1991 |
Ibu pejabat | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (pemangku) |
Hasil | RM 3,870 juta |
Pendapatan kendalian | RM 777.3 juta |
Pendapatan bersih | RM 40.1 juta |
Bilangan kakitangan | 10,000 |
Syarikat induk | Khazanah Nasional |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) ialah syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan terbang di Malaysia. Firma itu baru-baru ini dianugerahkan kewajipan untuk menguruskan lapangan terbang di destinasi antarabangsa. Ia mempunyai ibu pejabat di Pejabat Korporat Malaysia Airports di Persiaran Korporat KLIA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.[1]
Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.
Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.
Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management Systems (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.
MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi; Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara.
MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Siem Reap dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris Management S.A.
Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pusat ini dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation (ICAO). Selain itu, MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan. [2][3]
Pada 10 Ogos 2022, kedua-dua pihak iaitu anak syarikat kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Capital A Berhad yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia Aviation Group Limited, telah mengumumkan pemberhentian prosiding undang-undang [4][5][6], yang melibatkan kedua belah pihak tersebut, yang dimana masing masing pemimpin dari dua belah pihak tersebut ada menyatakan dengan sebagai berikut :
“Kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa semua pihak menggugurkan prosiding. Tiada lagi sebarang prosiding undang-undang atau litigasi material daripada MAHB terhadap AirAsia Berhad/AirAsia X Berhad. Kami percaya bahawa kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem penerbangan adalah kunci dalam mendorong kami ke arah pertumbuhan untuk kedua-dua industri dan negara. Kami komited ke arah bekerjasama untuk manfaat bersama dan kejayaan semua pihak berkepentingan penerbangan iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang, penumpang dan industri.”
AirAsia Berhad dan AirAsia X juga telah menarik balik semua prosiding undang-undang kerana kami berharap dapat bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik.
,lalu dilanjutkan dengan sebagai berikut
Apabila dunia pulih daripada pandemik, dan kerugian besar dalam sektor penerbangan khususnya, adalah penting untuk semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk merangsang kebangkitan semula perjalanan udara. Sebagai dua pemain utama yang memacu ekosistem penerbangan, adalah lebih penting daripada sebelumnya bahawa MAHB dan syarikat penerbangan kami yang berpangkalan di Malaysia AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad, menunjukkan solidariti dalam menjadikan industri penerbangan Malaysia berdaya saing dan menarik semula.
,dengan penekanan dengan sebagai berikut
Kami sangat gembira kerana telah menemui titik persamaan untuk mencapai hasil yang baik mengenai penyelesaian sebarang perkara tertunggak dengan MAHB, melalui dialog yang menyokong dan membina dalam semangat perkongsian. Ini memberi petanda baik untuk menyokong pemulihan pantas industri dan merangsang pertumbuhan pelancongan dan ekonomi Malaysia.
dan diakhiri dengan sebagai berikut
Kami mengucapkan terima kasih kepada MAHB atas sokongan mereka untuk menjadikan perjalanan udara keluar dari hab utama kami di klia2 bukan sahaja mampu milik berjuta-juta penumpang setiap tahun tetapi juga dengan komitmen bersama untuk bekerjasama dengan kami dalam perkhidmatan yang lebih baik bagi membina industri pelancongan yang lebih baik di Malaysia untuk masa depan, yang merupakan kemenangan untuk kita semua.
Logo Syarikat | Nama Syarikat | Tarikh penubuhan | Operator/Perkhidmatan |
---|---|---|---|
KL Airport Hotel Sdn. Bhd. | 16 Januari 1995 | Memiliki dan Mengoperasikan Sama Sama Hotel LTA KL, yang merupakan hotel 5-bintang di KLIA | |
MAB Agriculture-Horticulture Sdn. Bhd. (MAAH) | 1998 | Mengusahakan dan mengurus ladang kelapa sawit, kelapa dan hasil pertanian lain di sekitar KLIA | |
Malaysia Airports Sdn. Bhd. | pengendali semua lapangan terbang di Malaysia kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) | ||
MA Consultancy Services Sdn. Bhd. (MACS) | 1994 | Menawarkan perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan teknikal dalam operasi lapangan terbang, pembangunan dan perkhidmatan | |
MA Technologies Sdn Bhd. | |||
Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. | pengendali bebas cukai Eraman Bebas Cukai | ||
MA Properties Sdn. Bhd. | |||
Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. | pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) | ||
Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW) | |||
Malaysia International Aerospace Centre Sdn. Bhd. (MIAC) |
Negeri/Wilayah | Bandar | Nama Lapangan Terbang |
---|---|---|
Kedah | • Pekan Kuah | • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) [7] |
Pulau Pinang | • George Town | • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) [8] |
Sabah | • Kota Kinabalu | • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) [9] |
Sarawak | • Kuching | • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) [10] |
Selangor | • Kuala Lumpur | • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) [11] |
Negeri/Wilayah | Bandar | Nama Lapangan Terbang |
---|---|---|
Pahang | • Pulau Tioman | • Lapangan Terbang Tioman (TOD) [22] |
Negeri Perak | • Pulau Pangkor | • Lapangan Terbang Pangkor (PKG) [23] |
Sabah | • Kudat, • Long Pasia, • Semporna |
• Lapangan Terbang Kudat (KUD), • Lapangan Terbang Long Pasia (GSA), • Lapangan Terbang Semporna (SMM) [24] |
Sarawak | • Ba'kelalan, • Bario, • Belaga, • Kapit, • Lawas, • Long Akah, • Long Banga, • Long Lellang, • Long Semado, • Long Seridan, • Marudi |
• Lapangan Terbang Bakelalan (BKM), • Lapangan Terbang Bario (BBN), • Lapangan Terbang Belaga (BLG), • Lapangan Terbang Kapit (KPI), • Lapangan Terbang Lawas (LWY), • Lapangan Terbang Long Akah (LKH), • Lapangan Terbang Long Banga (LBP), • Lapangan Terbang Long Lellang (LGL), • Lapangan Terbang Long Semado (LSM), • Lapangan Terbang Long Seridan (ODN), • Lapangan Terbang Marudi (MUR) [25] |
Terengganu | • Pulau Redang | • Lapangan Terbang Redang (RDN) [26] |
Negeri/Wilayah | Bandar | Nama Lapangan Terbang |
---|---|---|
Wilayah Istanbul | • Istanbul | • Lapangan Terbang Sabiha Gökçen (SAW) [27] |
Syarikat ini menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia [28]. Antaranya ialah:
Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara[73] iaitu:
Selain Malaysia, syarikat itu kini menguruskan satu lapangan terbang antarabangsa di luar Malaysia.[74]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.