raja Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Maharaja Jepun (天皇 , tennō, bahasa Jepun: "raja dari syurga", etimologi tidak diketahui pasti;[lower-alpha 1] juga dipanggil 御門 mikado "Pintu Seri" dalam bahasa lama) ialah raja yang mengetuai negara Jepun serta satu-satunya penguasa masih bergelaran "Maharaja" di dunia kini. Baginda Maharaja mengetuai kerabat diraja Jepun seperuntukan Perlembagaan negara baginda sebagai "simbol negara dan kesatuan rakyat"[1] serta ketua adat dalam sistem raja berperlembagaan negara tersebut. Baginda juga menjadi lembaga tertinggi agama Shinto yang mempercayai baginda dan kerabatnya sebagai "titisan" langsung dewi Amaterasu.[2]
Maharaja Jepun 天皇 | |
---|---|
Empayar | |
Penjawat kini | |
Naruhito sejak 1 Mei 2019 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta |
|
Penyandang pertama | Maharaja Jimmu |
Pembentukan | 660 SM |
Persemayaman | Istana Maharaja Tokyo (kediaman rasmi) |
Laman sesawang | The Imperial Household Agency |
Kalangan orang Jepun sendiri membezakan antara maharaja yang sedang bertakhta yakni "Maharaja di-Tangga" (天皇陛下 Tennō Heika)[lower-alpha 2] atau "Maharaja Semasa" (今上陛下 Kinjō Heika) dari penguasa sebelumnya yang masih hidup tetapi sudah turun bersara yakni "Purnamaharaja" (太上天皇 Daijō Tennō).
Baginda raja mewarisi kerabat penguasa bertakhta paling tua yang berterusan di dunia.[4] Disebutkan dalam babad-babad Sarwapurba dan Riwayat Jepun bahawa Empayar Jepun diasaskan pada 660 SM oleh Maharaja Jimmu, catatan rasmi terdapat 126 orang yang menyandang gelaran ini sejak tahun 660 SM. Maharaja semasa ialah Naruhito yang telah bersemayam di Takhta Bunga Kekwa selepas ayahandanya, Akihito turun takhta pada 30 April 2019.
Para sejarawan percaya bahwa gelaran 天皇 tennō pertama kali digunakan pada masa Maharaja Tenmu (berkuasa pada 672–686 M) dan Maharani Jitō (berkuasa pada 686–697 M). Gelaran tennō tidak memandang jenis kelamin dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi "maharaja" untuk lelaki dan "maharani" untuk perempuan. Sepanjang sejarah, terdapat lapan orang wanita yang menyandang gelaran ini, dua di antaranya berkuasa dua kali - lihat Maharani Jepun.
Istilah lain yang juga digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun adalah kōtei (皇帝) untuk maharaja lelaki dan jotei atau nyotei (女帝) untuk maharaja wanita (maharani) dan keduanya dapat digunakan oleh orang-orang Jepun untuk merujuk pada maharaja bukan Jepun. Istilah sumeramikoto juga digunakan dalam bahasa Jepun kuno. Istilah tennō digunakan sampai pada masa Abad Pertengahan, sampai pada masa tidak digunakannya gelaran ini, dan kemudian digunakan kembali pada abad ke-19. Dalam bahasa Inggeris, istilah mikado (御門 atau 帝, hiragana: みかど; "Gerbang/Pintu Seri") juga digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun, walau penggunaannya sekarang sudah dipandang ketinggalan zaman.[5]
Walaupun sering diterjemahkan sebagai "maharaja", nyatanya sepanjang sejarah, kekuasaan tennō hanya melingkupi sekitaran Pulau Kyushu, Honshu, Hokkaido, dan Okinawa. Hal ini berbeda dengan maharaja pada umumnya yang wilayah kekuasaannya melingkupi suatu wilayah luas, menjadikannya kedudukannya dipandang di atas raja.
Pada zaman Pemulihan Meiji (1868), Persekutuan Satsuma-Chōshū menjadikan gelaran Inggeris emperor (Maharaja dalam bahasa Melayu, Kaiser dalam bahasa Jerman, dan l'Empereur dalam bahasa Perancis) sebagai padanan kata tennō, alih-alih king atau "raja". Hal ini untuk menyatakan tingginya kedudukan pemimpin Jepun atas raja-raja pada umumnya dan menyatakan kesetaraannya dengan para penguasa besar dunia saat itu, seperti Maharaja Rusia, Maharaja Perancis (1857-1871), Maharaja Austria, Maharaja Jerman (dari 1871), dan Ratu-Maharani India (dari 1877) – dan juga Para Maharaja China, Mexico, dan Brazil.
Adat Jepun menyatakan bahawa tidak sopan untuk orang asing disapa dengan nama peribadinya saja, lebih-lebih lagi bila diterapkan pada kalangan bangsawan. Walaupun kebiasaan ini sudah mulai melonggar pada masa belakangan, utamanya di lingkup pertemanan yang memandang saling menyapa dengan nama peribadi sebagai bentuk keakraban, tetapi penyebutan dengan menggunakan nama keluarga masih lazim digunakan. Bila merujuk pada kerabat diraja, menyapa dengan nama peribadi lebih tidak pantas untuk dilakukan. Dalam konteks perutusan surat Melayu, baginda maharaja boleh disapa dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti mana pada raja-raja Nusantara.[6]
Sejak zaman Maharaja Meiji, setiap maharaja memberikan satu nama pada masa pemerintahannya. Maharaja yang telah mangkat akan disebut secara anumerta sesuai nama era yang telah ditetapkan semasa pemerintahannya. Akan tetapi, pihak luar Jepun lebih sering menyebut Maharaja Jepun hanya dengan nama peribadinya saja, baik semasa maharaja masih hidup atau setelah mangkat. Sebagai contoh, masa pemerintahan Maharaja Hirohito disebut sebagai zaman Shōwa. Nama era ini kemudian digunakan sebagai nama anumerta Maharaja Hirohito setelah mangkatan baginda, sehingga orang-orang Jepun menyebutnya dengan sebutan "Maharaja Showa" (昭和天皇, Shōwa-tennō). Walaupun begitu, pihak luar Jepun lebih sering menyebut dengan nama peribadinya, yakni "Maharaja Hirohito," baik semasa hidup mahupun setelah mangkatnya.
Walaupun Maharaja merupakan perlambang kesinambungan antara masa lalu, kekuasaan Maharaja berbeda-beda dalam sepanjang sejarahnya. Pada abad ke-7 Masihi, maharaja mula dipanggil dengan sebutan "Putera Langit" (天子 tenshi atau 天子様 tenshi-sama).[7]
Maharaja paling awal yang tercatat pada Kojiki dan Nihon Shoki adalah Maharaja Jimmu yang dikatakan merupakan keturunan dari Ninigi, cucu dewi Amaterasu. Berdasarkan Nihon Shiki, maharaja memiliki silsilah dari jalur lelaki yang tidak putus hingga 2,600 tahun. Gelaran tennō diambil dari bahasa China hasil pengaruh tamadun tersebut ke dalam budaya Jepun.[8]
Terdapat enam keluarga atau suku besar yang mempunyai hubungan utama dengan kedudukan dan kuasa para maharaja, yakni: suku Soga (sekitar 530-645), suku Fujiwara (sekitar 850-1070), suku Taira (1159-sekitar 1180), suku Minamoto (dan Kamakura bakufu) (1192–1333), suku Ashikaga (1336–1565), dan suku Tokugawa (1603–1867). Walaupun begitu, tiap shogun dari keluarga Minamoto, Ashikafa, dan Tokugawa diakui secara rasmi oleh maharaja yang masih merupakan sumber kekuasaan.
Tumbuhnya kelas samurai pada abad kesepuluh masehi secara bertahap mengurangi kekuatan kerabat diraja, menimbulkan masa kekacauan. Para maharaja juga diketahui berselisih dengan beberapa shogun penguasa dari masa ke masa.
Dari tahun 1192 sampai 1867, shogun bertindak sebagai de facto penguasa Jepun, walaupun mereka dinobatkan oleh maharaja dalam upacara formal.[9] Shogun sendiri adalah jeneral ketenteraan dengan kedudukannya diwariskan turun temurun. Wilayah di bawah shogun disebut keshogunan yang dalam bahasa Jepunnya disebut bakufu (幕府) yang awalnya digunakan untuk merujuk rumah jeneral.[10]
Pada tahun 1868, kekuasaan kembali ke tangan maharaja dan keshogunan dibubarkan. Salah satu penyebab restorasi ini adalah kenyataan bahwa Jepun sudah tertinggal jauh dengan negara-negara Barat yang terlihat saat kedatangan Komander Amerika Syarikat, Matthew C. Perry, yang memaksa Jepun membuka perdagangan dengan dunia Barat. Pada masa ini pula, wanita dilarang secara rasmi naik takhta sebagai maharani.
Peranan Maharaja sebagai negara Shinto digunakan pada masa Perang Dunia Kedua, menciptakan pengkultusan maharaja, yang mendorong tindakan kamikaze pada pasukan Jepun. Ketika pascakekalahan Jepun pada Perang Dunia II, pasukan sekutu menekan pemisahan agama dan negara di Jepun. Selanjutnya, dibentuk undang-undang baru yang menjabarkan peranan baru maharaja dan pemerintahan.
Undang-undang baru menyatakan pemerintahan yang baru dengan sistem berparlimen. Maharaja Jepun dimaknai sebagai "lambang Negara dan pemersatu masyarakat" tanpa kekuasaan politik yang nyata.
Dalam hukum pewarisan Jepun setelah Restorasi Meiji, perempuan tidak diperkenankan naik takhta, sehingga tidak ada gelaran untuk puteri mahkota.
Putera-putera yang tersambung silsilah belah ayahanda.
Puteri ditakrifkan sebagai anak perempuan Maharaja yang tersambung salasilahnya dari garis ayah.
Seorang puteri akan kehilangan gelarnya jika menikah menurut Undang-undang Rumah Tangga Istana tahun 1947, kecuali bila dia menikah dengan putera.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.