Lira (buruj)
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lira atau Lyra (Lyr; perkataan bahasa Latin untuk lira, daripada λύρα, lýra bahasa Yunani)[2] ialah sebuah buruj kecil. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan merupakan salah sebuah daripada 88 buah buruj yang diiktiraf oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Bintang utamanya, Vega (Abhijit dalam bahasa Sanskrit), salah satu sudut Segi Tiga Musim Panas, ialah salah sebuah bintang tercerah di langit. Bermula di utara, Lyra disempadani oleh Draco (Naga), Hercules (Herkules), Vulpecula (Rubah), dan Cygnus (Undan).[3]
Lyra | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Lyra |
Singkatan | Lyr |
Genitif | Lyrae |
Sebutan | /lira/, genitif /lire/ |
Simbolisme | Lira atau Hap |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
19 | |
Keserongan | +40 |
Sukuan | NQ4 |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 286 darjah persegi (ke-52) |
Bintang | |
Bintang utama | 5 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 25 |
Bintang dengan planet | 62 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 1 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 3 |
Bintang paling terang | Vega (α Lyr) (0.03m) |
Bintang terhampir | 2MASS J18353790+3259545 (45.45 tc, 5.67 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 2 |
Pancuran meteor | Pancuran Lira Pancuran Lira Jun Pancuran Lira Alfa |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
[1] | |
sunting |
Lyra boleh dilihat dari hemisfera utara musim bunga melalui musim luruh, dan hampir mengatas, pada garis lintang sederhana, semasa musim panas. Dari hemisfera selatan, buruj ini terlihat rendah di langit utara semasa musim sejuk.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.