Laluan Kebangsaan Jepun 1
Jalan raya Jepun dari Tokyo ke Osaka, jalan utama di pulau Honshū di Jepun. / From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan Kebangsaan 1 (国道1号code: ja is deprecated , Kokudō Ichi-gō) ialah lebuh raya utama di pulau Honshū di Jepun. Ia menghubungkan Chūō, Tokyo di kawasan Kantō dengan bandar Osaka, Wilayah Osaka di kawasan Kansai, melalui kawasan Chūbu. Ia mengikuti Tōkaidō lama ke arah barat dari Tokyo ke Kyoto, dan Kyo Kaidō lama dari sana ke Osaka. Antara Tokyo dan Wilayah Aichi ia selari dengan Lebuh Raya Tomei; dari sana ke Wilayah Mie menggunakan Lebuh Raya Higashi-Meihan, dan Lebuh Raya Meishin dari Wilayah Shiga ke Osaka. Ia mempunyai jumlah panjang 760.9 kilometer (472.8 bt). Di pengakhiran timurnya di Nihonbashi, Chūō, Tokyo, ia bertemu Laluan Kebangsaan 4, 6, 14, 15, 17, dan 20. Di pengakhiran baratnya di Umeda, Kita-ku, Osaka, ia menghubungkan dengan Laluan 2, 25, 26 dan lain-lain lebuh raya.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (September 2012)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Laluan Kebangsaan 1 | ||||
---|---|---|---|---|
Maklumat laluan | ||||
Panjang | 760.9 km[1] (472.8 mi) | |||
Wujud | 4 Disember 1952–kini | |||
Simpang utama | ||||
Hujung timur | Lebuh Raya Kebangsaan 4 / Lebuh Raya Kebangsaan 15 / Lebuh Raya Kebangsaan 17 di Nihonbashi, Chūō, Tokyo | |||
Persimpangan utama | Lebuh Raya Kebangsaan 42 Lebuh Raya Kebangsaan 255 Lebuh Raya Kebangsaan 134 Lebuh Raya Kebangsaan 129 Lebuh Raya Kebangsaan 467 Lebuh Raya Kebangsaan 16 / Lebuh Raya Kebangsaan 133 | |||
Hujung barat | Lebuh Raya Kebangsaan 2 / Lebuh Raya Kebangsaan 176 di Umeda, Kita-ku, Osaka | |||
Sistem lebuh raya | ||||
Lebuh raya kebangsaan di Jepun Laluan ekspres di Jepun
|
Laluan Kebangsaan 1 menghubungkan Tokyo ke ibu kota wilayah penting Yokohama (Wilayah Kanagawa), Shizuoka, Nagoya (Wilayah Aichi), Otsu (Wilayah Shiga), Kyoto dan Osaka.[2][3] Ia adalah penjelmaan moden Tōkaidō pra-moden.