From Wikipedia, the free encyclopedia
Kura-Kura Telinga Merah (Trachemys scripta elegans)[1] atau dikenali sebagai Kura-kura Brazil ialah sejenis kura-kura separa-akuatik yang berasal dari selatan Amerika Syarikat. Ia bukanlah spesies tempatan, tetapi induknya terdahulu diimport dari Amerika Syarikat dan kini menjadi spesies yang paling banyak diperdagangkan, termasuklah Malaysia[2]
Kura-Kura Telinga Merah | |
---|---|
Kura-kura Telinga Merah | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | Sauropsida |
Subkelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | T. scripta |
Subspesies: | T. s. elegans |
Nama trinomial | |
Trachemys scripta elegans (Wied-Neuwied, 1839) |
Kura-kura Telinga Merah sensitif kepada suhu sejuk di kawasan utara taburannya di Amerika Syarikat. Packard et al. (1997) mencadangkan spesies ini terhad di kawasan utara, di Illinois, disebabkan tanah mengeras semasa musim sejuk. Populasi terasing wujud di Michigan, mengalami kematian tinggi pada musim sejuk, dan yang terselamat kebanyakannya dalam kolam buatan (Holman, 1994).
Kura-kura Telinga Merah boleh didapati di air tawar dan air payau termasuk kolam, paya dan persisiran pantai. (Dundee and Rossman, 1989).
Kura-kura Telinga Merah adalah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dikenali sebagai kura-kura, tubuhnya dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka. Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.
Sungguhpun perbezaan besar telah direkodkan antara populasi (Tucker et al., 1998), kura-kura Telinga Merah betina biasanya lebih besar berbanding jantan (Gibbons and Lovich, 1990). Jantan biasanya matang apabila tempurungnya mencapai panjang 90-100mm, antara usia 2-5 tahun. Kura-kura betina apabila tempurungnya (plastron) mencapai antara 150 dan 195 mm (Cagle in Ernst and Barbour, 1972).
Kadar kematian dikalangan anak yang baru lahir, dan yang muda agak tinggi (Tucker and Janzen, 1999). Sarang sering kali diserang oleh skunk, rakon dan ular (Dundee and Rossman, 1989).
Spesies ini biasanya membesar sehingga sekitar 203 mm dangan saiz maksimum 289 mm pernah direkod (Conant and Collins, 1991).
Spesies ini adalah maserba, memakan apa yang ada. Haiwan muda cenderung kepada permakanan daging sementara haiwan matang cenderung kepada permakanan maun (Ernst and Barbour, 1972; Behler, 1979; Dundee and Rossman, 1989). Di Taiwan, di mana kura-kura Telinga Merah diperkenalkan, Chen dan Lue (1990) melaporkan bahan tumbuhan seperti alga bergentian dan daun Murdannia keisak, dan siput Physa acuta, sebagai makanan biasa dari perut 17 individu yang dikaji. Pengarang ini juga mendapati ikan, larva dan pupa dipteran, dan serangga darat, dalam jumlah lebih kecil. Haiwan yang menjadi mangsa di Louisiana termasuk crawfish, krustacean kecil, dan haiwan bertulang belakang kecil. Dalam kurungan, kura-kura Telinga Merah akan memakan kebanyakan makanan yang diberikan termasuk makanan anjing dalam tin, kobis, pisang, dll. (Dundee and Rossman, 1989).
Sebagai reptilia, kura-kura Telinga Merah membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya. Mengawan berlaku sepanjang musim panas dan luruh, dan dilaporkan amat sterotaip (Dundee and Rossman, 1989; Jackson and Davis in Lovich et al., 1990). Sarang digali sepanjang tebing jauh dari paras air, atau kadang-kala agak jauh dari gigi air (Mount, 1975). Sarang digali sehingga kedalaman 120-140 cm (Packard et al., 1997). Di Louisiana, telor dihasilkan dari akhir March hingga pertengahan Julai. Saiz serangkap berbeza antara 2-19 telor, dan biasanya antara 7 dan 13 (Dundee and Rossman, 1989; Tucker and Janzen, 1998). Telur berwarna putih dan biasanya berukuran antara sepanjang 23.5 dan 44.2 mm dan selebar 18.4 hingga 24.6 mm (Dundee and Rossman, 1989). Telur menetas dalam tempoh sekitar 68-70 hari dan bayi baru menetas sepanjang antara 20-35 mm (Dundee and Rossman, 1989). Chen dan Lue (1998) melaporkan telur yang dieramkan di makmal, menetas dalam 75 hari. Sehingga tiga rangkap mungkin dihasilkan setiap musim. Sebagaimana kes kura-kura lain, jantina anak kura-kura yang baru lahir bergantung kepada suhu (Lockwood et al., 1991). Kebanyakan anak yang baru menetas juga menghabiskan musim sejuk dalam sarang mereka (Mount, 1975; Packard et al., 1997). Kematangan seks dicapai dalam tempoh dua hingga lima tahun (Dundee and Rossman, 1989).
Reptilia ini merupakan perenang yang baik dan boleh bergerak agak laju di atas daratan. Ia bersifat pemalu, dan sentiasa sedar akan pemangsa dan manusia. Malah kura-kura ini akan terburu-buru menggelonsor dari batu atau balak ke dalam air untuk melarikan diri sekiranya didekati.
Kura-kura Telinga Merah menggemari air tawar tenang dengan dasar berlumpur dan banyak tumbuhan, tetapi boleh juga didapati di air mengalir. Kura-kura Telinga Merah sering kelihatan berjemur matahari di atas batang kayu, batu, dan di tebing sungai (Mount, 1975; Behler, 1979; Dundee and Rossman, 1989; Conant and Collins, 1991). Sungguhpun kadar kematian adalah tinggi di kalangan haiwan muda, ia dipercayai mampu hidup sehingga 50-75 tahun (Dundee and Rossman, 1989).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.