From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahli Fiqir merupakan sebuah kumpulan hip hop Singapura, terdiri daripada Samsolnahar Sibengat (Tukang Kata), Fadali Mohd Darif (Daly Filsuf), Noor Hidayati Mohamed Yusop (Mawar Berduri) dan Ceza Mutyara (DJ Cza).[1][2][3] Mereka dikenali dengan memperjuangkan bahasa Melayu menerusi karya muzik mereka, terkenal dengan lagu-lagu popular mereka seperti "Samseng", "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng", "Tik Tok Simpati", "2x5", "Dia Datang" dan "Derita Merindu" serta telah menerbitkan 3 album.
Ahli Fiqir | |
---|---|
Berasal dari | Singapura |
Genre | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2002–2010, 2012 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | |
Bekas ahli |
|
Ahli Fiqir ditubuhkan pada 2002 dan dikemudi oleh tiga rakyat Singapura dan seorang rakyat Indonesia yang menyumbangkan vokal, serta seorang penggubah lagu rakyat Malaysia yang tidak bergiat aktif dalam vokal.[4][5][6] Ahli asalnya terdiri daripada Fadali Mohd Darif (Daly), Samsolnahar Sibengat (Tukang Kata) dan Noor Hidayati Mohamed Yusop (Mawar Berduri).[1][7] Pada awal penglibatan mereka, Ahli Fiqir mula bergerak secara aktif di Malaysia selepas bertemu dengan pengurusan mereka di Kuala Lumpur dan muncul sebagai artis undangan dalam beberapa projek muzik bersama kumpulan hip hop Malaysia seperti Too Phat, Teh Tarik Crew dan V.E.[6] Tidak lama selepas itu, sewaktu dalam proses mengembangkan muzik yang mereka ketengahkan, Ceza Mutyara (DJ Cza) menyertai kumpulan ini, menjadikan Ahli Fiqir sebagai sebuah kuartet.[8] DJ Cza berkebolehan besar dan mampu menyumbangkan bakat muziknya untuk kumpulan ini melalui sentuhannya yang unik.[6]
Ahli Fiqir melancarkan single pertama mereka, "Samseng" pada 2005,[9] diikuti oleh album sulung mereka, Hari Ini Dalam Sejarah.[10] Lagu lain yang turut dikeluarkan sebagai single ialah "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng" dan "Tik Tok Simpati". Pada tahun 2006, kumpulan ini memenangi Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006, manakala album sulung mereka memenangi Album Terbaik di anugerah sama.[11][12]
Pada 16 Jun 2007, Ahli Fiqir melancarkan album kedua mereka, Rap Untuk Rakyat dengan dua lagu dikeluarkan sebagai single, iaitu "2x5" dan "Dia Datang". Juga pada tahun yang sama, mereka merupakan antara 58 artis tempatan yang menjayakan persembahan di Konsert Green Everyday anjuran Suria FM.[13][14][15]
Pada tahun 2008, mereka bersama-sama dengan Pop Shuvit (Malaysia), Saint Loco (Indonesia), Thaitanium, Silksounds dan M.E.M. (ketiga-tiganya dari Thailand) dan Slapshock (Filipina) menubuhkan sebuah projek muzik khas yang berupa sebuah adikumpulan yang dikenali sebagai Project E.A.R. (Project East Asian Revolution), yang merupakan gabungan daripada pemuzik handalan dari Asia Tenggara.[16]
EP sulung mereka, Irama Berima dikeluarkan pada Ogos 2009.[17] "Fiqir Fiqir" dan "Derita Merindu" dikeluarkan sebagai single utama. Ini menjadi rakaman terakhir Ahli Fiqir dalam kerjaya hip hop mereka. Dalam EP ini juga, mereka telah mempersembahkan sebuah lagu bertajuk "Jangan Pergi Mawar" yang ditujukan khas kepada salah seorang ahli kumpulan ini, "Jangan Pergi Mawar". Tukang Kata bagaimanapun tidak terlibat dalam album ini dan menjadi satu-satunya album Ahli Fiqir yang diterbitkan tanpa beliau.[18]
Pada April 2010, kumpulan ini mengumumkan akan dibubarkan secara rasmi.[19][20] Menurut mereka, keputusan untuk membubarkan Ahli Fiqir ialah jalan terbaik.[21] Mereka dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Sampai masanya untuk kami membawa haluan diri. Namun untuk mengatakan kami berpecah adalah agak kasar kerana hubungan kami terlalu erat sebagai teman dan keluarga. Mungkin kami lebih melihat keputusan ini sebagai tempoh berehat".[22] Ahli Fiqir juga tidak menolak kemungkinan akan bersatu semula di masa depan.[23]
Pada tahun 2012, dua tahun selepas dibubarkan, Ahli Fiqir bersatu semula untuk menjayakan konsert khas bagi mengubati kerinduan peminat. Konsert itu berlangsung pada September.[24]
Kumpulan ini mempersembahkan muzik mereka dalam bahasa Melayu. Mereka juga dikenali kerana memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memartabatkan bahasa Melayu tidak luput ditelan zaman dengan cara menggabungkan seni bahasa ibunda mereka dengan iringan muzik masakini.[25] Mereka ingin menerapkan dan memelihara kesenian bahasa Melayu klasik dan moden dan juga ciri-ciri muzik tradisional dalam lagu-lagu mereka.[6] Visi Ahli Fiqir ialah untuk mewujudkan kesedaran baru terhadap muzik hip hip dan membuktikan bahawa ia bukan sekadar hiburan sahaja, namun sebagai cabang seni halus dari segi mesej, penyampaian, persembahan dan muzik.[26]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Hari Ini Dalam Sejarah |
|
Rap Untuk Rakyat |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Irama Berima |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Samseng" | 2005 |
"Angguk-Angguk, Geleng-Geleng" | |
"Tik Tok Simpati" | 2006 |
"2x5" | 2007 |
"Dia Datang" | 2008 |
"Fiqir Fiqir" | 2009 |
"Derita Merindu" | |
Tajuk | Tahun | Artis |
---|---|---|
"Alhamdulillah" | 2004 | Too Phat, Yasin Sulaiman, Daly Ahli Fiqir, Dian Sastrowardoyo |
"Pop Yeh Yeh" | V.E, Joe Flizzow, Daly Ahli Fiqir | |
"Sayang Sayang" | 2007 | Altimet, Mawar Berduri |
"Suara Kaki Lima" | Pop Shuvit, Ahli Fiqir | |
"A.E.I.O.U." | 2008 | Elliza Razak, Ahli Fiqir |
"Usah" | Suki Low, Daly Ahli Fiqir | |
"Zakiah" | 2009 | Jinbara, Ahli Fiqir |
"Jangan Lama-Lama" | 2010 | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2006 | Anugerah Planet Muzik 2006 | Artis Singapura Terbaik | Ahli Fiqir | Menang |
Album Terbaik Singapura | Hari ini Dalam Sejarah | Menang | ||
Anugerah Industri Muzik ke-13 | Artis Baru Terbaik | Ahli Fiqir | Tercalon | |
Video Muzik Terbaik | "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng" | Tercalon | ||
2010 | Anugerah Industri Muzik ke-17 | Album Hip Hop Terbaik | Irama Berima | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.