From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuda liar (Equus ferus) adalah satu spesies dalam genus Equus, yang mana termasuk kedua-dua subspesies kuda ternak selain kuda Tarpan dan kuda Przewalski yang tidak diternak. Kuda Tarpan telah pupus sejak kurun ke-19, dan kuda Przewalski telah diselamatkan dari ancaman kepupusan dan diperkenalkan semula dengan jayanya di habitat liar. Kemungkinan besar moyang kuda ternak adalah Tarpan, yang merayau di padang rumput Eurasia semasa diternak.[1][2][3][4][5] Sejak kepupusan Tarpan, percubaan telah dilakukan untuk mendapatkan semula phenotaip Tarpan, menghasilkan baka kuda seperti Konik dan kuda Heck. Walaubagimanapun, penciptaan genetik dan foundation bloodstock bagi baka-baka itu dihasilkan daripada kuda-kuda ternak, dan oleh itu baka-baka ini memiliki jurai kuda ternak.
Kuda liar | |
---|---|
Kuda Przewalski | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | |
Spesies: | E. ferus |
Nama binomial | |
Equus ferus Boddaert, 1785 | |
Subspesies | |
Istilah "kuda liar" juga digunakan dalam ucapan seharian bagi merujuk kawanan rayau-bebas dari kuda feral seperti Mustang di Amerika Syarikat, Brumby di Australia, dan lain-lain lagi. Kuda-kuda feral ini adalah kuda bukan jinak yang berasal daripada subspesies kuda ternak (Equus ferus caballus), dan tidak harus dikelirukan dengan dua subspesies kuda liar "asli".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.