From Wikipedia, the free encyclopedia
Krisis diplomatik Qatar 2017 bermula pada 5 Jun 2017 apabila beberapa negara secara tiba-tiba menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar. Pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, dan Maldives. Penamatan ini juga merangkumi sekatan perdagangan dan perjalanan.
Krisis diplomatik Qatar 2017 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Hubungan luar Qatar | |||||||
Qatar Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar Negara-negara yang mengurangkan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta daripada Qatar | |||||||
| |||||||
Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian diplomatik | |||||||
Arab Saudi Emiriah Arab Bersatu Bahrain Mesir Maldives Yaman[a] Mauritania Comoros Libya[b] | Qatar | ||||||
a Kerajaan yang diakui antarabangsa yang menamatkan hubungan dengan Qatar. b Kerajaan yang berpusat di Tobruk hilang pengiktirafan antarabangsa selepas penubuhan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan pada bulan Januari 2016. Kerajaan pusat di Tobruk mendakwa menamatkan hubungan dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara ini. |
Arab Saudi dan beberapa negara lain telah mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan pengganas. Qatar menafikan bahawa ia menyokong keganasan, dan mendakwa ia telah membantu Amerika Syarikat dalam Perang Menentang Keganasan dan campur tangan ketenteraan melawan ISIL yang masih berlangsung.
Tindakan diplomatik Arab Saudi secara lisannya telah disokong oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Banyak negara di wilayah ini termasuk Turki, Rusia dan Iran, meminta agar krisis ini diselesaikan melalui rundingan damai.
Qatar memiliki perbezaan dengan kerajaan-kerajaan Arab lain berkenaan beberapa isu: syarikat penyiaran Al Jazeera; ia dituduh mengekalkan hubungan baik dengan Iran; dan menyokong Ikhwan Muslimin pada masa lalu.[1] Qatar juga merupakan sebuah sekutu Amerika, yang menempatkan pangkalan terbesar Amerika di Timur Tengah, Pangkalan Udara Al Udeid.[2]
Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik menuduh Qatar menyokong keganasan, campur tangan dalam urusan dalaman negara mereka[3] dan mengekalkan hubungan dengan Iran.[4][5] Qatar menafikan tuduhan-tuduhan bahawa ia menyokong keganasan, dan menekankan sokongan mereka dalam penentangan yang diketuai oleh A.S. menentang ISIL.[6]
Antara 5 dan 6 Jun 2017, Arab Saudi, UAE, Yemen, Mesir, Maldives, dan Bahrain secara berasingan mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[7][8][3][4]
Setakat 7 Jun 2017, sembilan buah negara berdaulat telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[9][10]
Kerajaan Libya yang berpusat di Tobruk mendakwa telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara itu.[12][13][14] Kerajaan sementara Libya adalah berpusat di timur Libya dan merupakan salah sebuah daripada tiga buah kerajaan Libya yang bersaing.[a]
Kesemua negara-negara GCC yang terlibat telah mengarahkan warganegara mereka agar keluar daripada Qatar.[5] Tiga buah negara-negara Teluk (Arab Saudi, UAE, dan Bahrain) memberi tempoh dua minggu kepada pelancong dan penduduk Qatar supaya meninggalkan negara mereka.[17] Kementerian Luar Bahrain dan Mesir memberi tempoh 48 jam kepada para diplomat Qatar untuk meninggalkan negara mereka.[18][4] Qatar juga dibuang daripada pakatan campur tangan yang diketuai oleh Arab Saudi di Yemen.[17]
Arab Saudi dan UAE telah memaklumkan agen-agen pelabuhan dan penghantaran agar tidak menerima kapal-kapal Qatar atau kapal-kapal milik syarikat atau individu Qatar.[19] Arab Saudi juga menutup sempadan dengan Qatar.[19] Iran menawarkan untuk menghantar bekalan makanan ke Qatar.[19] Arab Saudi menghadkan ruang udaranya kepada Qatar Airways. Sebaliknya, Qatar telah melencongkan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20] Bank Pusat Arab Saudi menasihatkan bank-bank mereka untuk tidak berdagang dengan bank-bank Qatar menggunakan matawang Riyal Qatar.[21]
Hamad Saif al-Shamsi, Peguam Negara Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan pada 7 Jun bahawa sebarang bentuk percetakan yang mengzahirkan simpati kepada Qatar melalui media sosial, atau sebarang jenis tulisan, visual atau bentuk lisan adalah dianggap haram di bawah Kod Penal Persekutuan UAE dan Undang-undang Persekutuan dalam melawan Jenayah Teknologi Maklumat. Penentang yang didapati bersalah akan dipenjarakan antara 3 hingga 15 tahun, denda sehingga 500,000 dirham emirati ($136,000) atau kedua-duanya.[22][23] Bahrain juga mengeluarkan kenyataan serupa dengan penalti sehingga 5 tahun penjara dan denda.[24]
Kuwait yang menjadi orang tengah di Riyadh telah membawakan satu senarai tuntutan Saudi kepada Qatar. Ia termasuk menamatkan semua hubungan dengan Iran dan mengusir kesemua anggota Hamas dan Ikhwan Muslimin, membendung kebebasan al-Jazeera, menghentikan “campur tangan” dalam hubungan negara-negara luar dan menghentikan dana kepada pertubuhan pengganas.[25]
Setakat 10 Jun 2017, lima buah negara telah menurunkan status hubungan diplomatik dengan Qatar tanpa menamatkan hubungan sepenuhnya.
Menteri Luar Qatar mengkritik sekatan ini dengan mendakwa ia menjatuhkan kedaulatan Qatar.[17]
Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, berkata kenyataan oleh Saudi berkenaan Qatar adalah bercanggah: pada satu sisi, Arab Saudi mendakwa Qatar telah menyokong Iran, tetapi pada sisi yang lain, ia mendakwa Qatar mendanai para ekstremis Sunni berjuang menentang Iran.[30]
Amnesty International mengutuk sekatan ini dan menuduh Arab Saudi, Bahrain dan (UAE) bermain-main dengan nyawa manusia. James Lynch, Timbalan Pengarah Program Isu Global di Amnesty International, mendakwa “Langkah-langkah drastik ini telah menyebabkan kesan-kesan yang kejam, memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka dan suami daripada isteri. Rakyat dari seluruh wilayah – bukan hanya daripada Qatar, tetapi juga daripada negara-negara yang menerima pakai langkah-langkah ini – berisiko kehilangan kerja dan pendidikan mereka terganggu. Kesemua negara yang terlibat dalam pertikaian ini mesti memastikan tindakan mereka tidak akan membawa kepada pencabulan hak-hak kemanusian.” Amnesty International telah menerima laporan daripada mangsa-mangsa yang tidak dapat melawat anggota keluarga mereka, para pelajar yang terkandas dan para pekerja yang tidak dapat kembali bekerja di negara yang menentang.[31]
Majlis Pelarian Norway menyatakan kerisauan mereka bahawa krisis ini akan menjejaskan pembinaan semula di Palestin kerana Qatar adalah satu sumber bantuan kemanusiaan dan infrastruktur penting kepada Palestin.[32][33]
Beberapa negara dan Pertubuhan Bangsa Bersatu[34] menyeru satu penyelesaian krisis diplomatik melalui dialog:
Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel melahirkan sokongan kepada Qatar dan mengkritik krisis hubungan ini.[43] Beliau menuduh Presiden A.S, Donald Trump menyebabkan pergolakan krisis di Timur Tengah.[44]
India berkata ia melihat krisis ini sebagai satu krisis dalaman Majlis Kerjasama Teluk dan lebih bimbang akan para ekspatriat India di wilayah ini.[45][46]
Syarikat penerbangan utama yang berpangkalan di negara-negara ini termasuk Emirates, menghentikan perkhidmatan penerbangan ke Qatar.[47][48] Gulf Air,[49] EgyptAir,[50] FlyDubai, Air Arabia, Saudi Arabian Airlines dan Etihad Airways menghentikan penerbangan mereka ke dan daripada Qatar.[51] Bahrain,[52] Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu juga mengharamkan sebarang pesawat yang berdaftar di Qatar daripada menggunakan ruang udara mereka. Qatar mengubah laluan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20] Sebagai tindak balas, Qatar Airways juga menghentikan operasi penerbangan ke Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Bahrain.[51][53]
Pakistan International Airlines telah menghantar penerbangan khas untuk membawa balik lebih 200 orang jemaah Pakistan yang terkandas di lapangan terbang Doha.[54] Lebih daripada 550 orang jemaah Pakistan di Doha kemudian diterbangkan ke Muscat.[55]
Penerbangan jet persendirian juga terjejas oleh krisis ini. Para pegawai penerbangan perniagaan berkata penerbangan peribadi antara Qatar dan negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik perlu melakukan satu perhentian teknikal di negara ketiga. Pesawat yang didaftarkan di Qatar tidak boleh diterbangkan di negara-negara ini dan begitu juga sebaliknya. Meskipun pengguna jet perniagaan boleh memohon satu perjalanan tanpa henti, dua pegawai berkata ia telah ditolak menjadikan perhentian di negara ketiga diperlukan.[56]
Hampir 80% keperluan makanan Qatar datang daripada jiran-jiran Arabnya, dengan hanya 1% sahaja yang dikeluarkan dalam negara dan diimport daripada negara luar Teluk yang biasanya merentasi daratan yang bersempadanan dengan Arab Saudi yang kini ditutup.[57] Serta merta selepas ikatan hubungan ditamatkan, laporan tempatan menunjukan para penduduk yang panik menyerbu kedai makanan dengan harapan untuk menyimpan bekalan. Banyak trak-trak penghantaran makanan tersadai di sepanjang sempadan Arab Saudi-Qatar. Para pegawai Iran menawarkan bantuan penghantaran makanan.[58][59] Pada 8 Jun 2017, Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata, "Kami tidak bimbang akan kekurangan bekalan makanan, kami tidak akan apa-apa. Kami boleh hidup begini selama-lamanya, kami sudah bersedia." Turki telah berjanji bekalan makanan dan air akan dihantar bersama-sama dengan penghantaran tentera mereka ke pangkalan Angkatan Tentera Turki di Qatar.[60]
Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE telah menyekat capaian ke agensi berita Qatar termasuk salah sebuah agensi berita Arab paling popular yang berangkalan di Qatar iaitu Al Jazeera.[61] Arab Saudi telah menutup pejabat tempatan bagi Al Jazeera Media Network.[19] BBC membuat spekulasi bahawa perubahan-perubahan ke atas Al-Jazeera merupakan sebahagian daripada resolusi penyelesaian aman.[62]
UAE mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Seseorang yang didapati mengeluarkan bentuk simpati kepada Qatar boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.[63]
Pada 8 Jun 2017, Bahrain juga mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Pesalah akan didenda dan dipenjarakan sehingga 5 tahun.[64]
Tabung Kewangan Antarabangsa berkata ianya masih terlalu awal untuk menghakimi kesan kewangan ekoran krisis diplomatik ini.[65] Standard & Poor's menurunkan status hutang Qatar satu anak tangga daripada AA kepada AA- di sebabkan kejatuhan matawang Riyal Qatar yang paling rendah sejak 11 tahun.[66] Bursa Saham Qatar pula menjunam kepada 7.3%; tahap paling rendah dalam masa setahun dan menjunam 9.7% sejak 3 hari lepas.[67][68]
Pada 6 Jun 2017, Emirates Post dari UAE, menghentikan perkhidmatan pos ke Qatar.[69]
Qatar merupakan sebuah pemimpin global dalam pengeluaran gas asli cecair production. Meskipun menghadapi hubungan yang memburuk, gas asli Qatar masih dieksport ke UAE dan Oman melalui Abu Dhabi menggunakan saluran paip milik Dolphin Energy. Saluran paip ini memenuhi sekitar 30-40 peratus keperluan tenaga UAE.[70][71] Kekangan perkapalan ekoran krisis ini juga menyebabkan gangguan beberapa penghantaran minyak dan gas ke/dari Teluk, yang mana mengakibatkan kesan besar kepada banyak pasaran tenaga tempatan. Pada 8 Jun 2017, United Kingdom yang mana hampir satu per tiga import gasnya datang daripada Qatar, harga masa depan gas meningkat hampir 4 peratus.[72][73]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.