Kertau hitam (nama botani: Morus nigra)[1] ialah spesies tumbuhan berbunga jenis kertau dalam keluarga Moraceae yang tumbuh asal dari Asia barat daya dan Semenanjung Iberia, ia telah ditanam sekian lama sehingga taburan semula jadinya tidak diketahui dengan tepat.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Kertau hitam
Thumb
Plat dari buku: Flora Jerman, Austria, dan Switzerland (1885)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Moreae
Genus:
Spesies:
M. nigra
Nama binomial
Morus nigra
Tutup
Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...
Kertau, mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 180 kJ (43 kcal)
Karbohidrat 9.8 g
- Gula 8.1
- Serabut diet 1.7 g
Lemak 0.39 g
- tepu 0.27 g
- monotaktepu 0.041 g
- politaktepu 0.207 g
Protein 1.44 g
Vitamin A setara 1 μg (0%)
Vitamin A 25 IU
Tiamina (vit. B1) 0.029 mg (3%)
Riboflavin (vit. B2) 0.101 mg (8%)
Niasin (vit. B3) 0.62 mg (4%)
Vitamin B6 0.05 mg (4%)
Folat (vit. B9) 6 μg (2%)
Kolina 12.3 mg (3%)
Vitamin C 36.4 mg (44%)
Vitamin E 0.87 mg (6%)
Vitamin K 7.8 μg (7%)
Kalsium 39 mg (4%)
Besi 1.85 mg (14%)
Magnesium 18 mg (5%)
Fosforus 38 mg (5%)
Kalium 194 mg (4%)
Natrium 10 mg (1%)
Zink 0.12 mg (1%)
Pautan ke masukan Pangkalan Data USDA
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Tutup

Kertau ini terkenal dengan bilangan kromosomnya yang besar; ia mempunyai 308 (44x ploidi) kromosom.[3]

Botani

Pokok spesies berdaun luruh yang tumbuh hingga 12 meter (39 kaki) setinggi 15 m (49 ka) luas. Helai daunnya 10-20 sm panjang dan 6-10 sm lebar luas  sehingga 23 cm (9 in) panjang pada pucuk yang kuat, berbulu halus di bahagian bawah, permukaan atasnya kasar dengan rambut yang sangat pendek dan kaku. Kertau ini boleh dibezakan daripada spesies-spesies kertau lain dengan permukaan bawah daunnya yang berbulu seragam.[4]

Buahnya drup kecil yang menggugus, setiap biji buahnya berdiamater 2.5 sm.[5] Ia berwarna ungu tua atau hampir hitam apabila masak,[5] warna buah ini berasal daripada antosianin.[6] Buah kertau hitam kaya dengan perisa serupa dengan rasa kertau merah (Morus rubra) dan bukannya seperti rasa buah kertau putih yang lebih hambar (Morus alba).

Penanaman

Spesies kertau ini dipercayai berasal dari kawasan pergunungan Mesopotamia dan Parsi (iaitu tanah tinggi Armenia). Kertau hitam ditanam, dan sering dinaturalisasikan di arah barat merentasi sebahagian besar Eropah, termasuk Ukraine, dan timur ke China. Kini ia tersebar luas di seluruh Armenia, Afghanistan, Iraq, Iran, India, Pakistan, Syria, Lubnan, Jordan, Palestin, Israel, dan Turki.

Kertau hitam telah diimport ke Britain pada abad ke-17 dengan harapan ia berguna dalam menternak ulat sutera. Rancangan tersebut tidak berjaya kerana ulat sutera lebih suka kertau putih. Walau bagaimanapun, penanaman telah meninggalkan warisan pokok besar dan tua di banyak taman rumah desa dan ia telah disenaraikan dalam Anugerah Merit Taman Persatuan Hortikultur Diraja sehingga 2013.

Di Eropah, pokok-pokok kertau hitam yang paling lebat boleh ditemui di ladang anggur Pukanec di Slovakia,[7] ladang itu mengandungi 470 pokok kertau hitam.

Kegunaan

Buah kertau boleh dimakan[5] dan pokok-pokoknya telah lama ditanam untuk sifat ini. Selalunya, jem dan serbet dibuat daripada buah-buahan di rantau ini.

Ia banyak digunakan dalam perubatan tradisional, terutamanya dalam rawatan kurap.

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.