From Wikipedia, the free encyclopedia
Kementerian Pertahanan (MOD atau MoD) adalah jabatan kerajaan British yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar pertahanan yang ditetapkan oleh Kerajaan United Kingdom dan merupakan ibupejabat Angkatan Tentera British.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1964 (Sebagai jabatan moden) |
Jenis | Jabatan |
Bidang kuasa | United Kingdom |
Ibu pejabat | Bangunan Utama, Whitehall, Westminster, London 51°30′14″N 0°07′30″W |
Kakitangan | 57,140 kakitangan awam (Mei 2018)[1] |
Belanjawan tahunan | £52 bilion; FY 2019-20 (≈$69.2 bilion)[2][pengesahan diperlukan] |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif jabatan |
|
Agensi-agensi anak |
|
Laman sesawang | mod.uk |
MOD menyatakan bahawa objektif utamanya ialah mempertahankan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan kepentingannya serta mengukuhkan keamanan dan kestabilan antarabangsa.[3] Dengan keruntuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin, pihak MOD tidak meramalkan apa-apa ancaman ketenteraan konvensional jangka pendek; sebaliknya, ia telah mengenal pasti senjata pemusnah besar-besaran, keganasan antarabangsa, dan negara yang gagal dan kecewa sebagai ancaman besar pada kepentingan Britain.[4] MOD juga menguruskan operasi harian angkatan tentera, perancangan luar jangka dan pemerolehan pertahanan.
Ketua Turus Pertahanan (CDS) adalah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat kanan tentera kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri.
CDS di bantu oleh Timbalan Ketua Turus Pertahanan (VCDS) yang mewakili dan bertanggungjawab bagi urusan harian angkatan bersenjata MOD melalui Staf Pusat, bekerja rapat dengan Setiausaha Tetap. Mereka disertai oleh ketua-ketua profesional dari tiga cabang tentera British (Royal Navy, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) dan Panglima Markas Strategik. Kesemua anggota berada di gred OF-9 dalam sistem pangkat NATO.[5]
Bersama-sama Ketua-Ketua Turus membentuk Jawatankuasa Ketua Turus dengan tanggungjawab memberikan nasihat tentang hal-hal operasi ketenteraan dan persiapan serta pelaksanaan operasi tentera.
Ketua-Ketua Turus adalah seperti berikut.[6]
Ketua Turus Pertahanan dibantu oleh beberapa Timbalan Ketua Turus Pertahanan dan pegawai kanan lain di gred pangkat OF-8.[5]
Di samping itu, terdapat beberapa orang Asisten Ketua Turus Pertahanan, termasuk Setiausaha Khidmat Pertahanan dalam Kediaman Diraja United Kingdom, yang juga merupakan Asisten Ketua Turus Pertahanan (Anggota).[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.