From Wikipedia, the free encyclopedia
Terorisme, fahaman keganasan atau pengganasan ialah manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan[1][2] terutamanya dengan penerapan keganasan untuk mencapai suatu tujuan atau matlamat politik.[3]
Tiadanya satu takrifan pengganasan yang disetujui sejagat;[4][5] kebanyakan takrifan utama yang ada termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi (berbanding serangan secara sendirian), dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang awam.
Sesetengah definisi terorisme termasuk tindakan-tindakan mengganas dan berperang yang melamapui batas undang-undang. Sejarah konflik sedemikan menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih "terorisme" demi keberkesanan politik;[6] oleh itu, terorisme juga boleh dilihat sebagai suatu bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi. Perkataan "keganasan" atau "terorisme" ini banyak berisi erti politik dan emosi,[7] dan sebab inilah begitu susah untuk mencari definisi terorisme yang terperinci. Satu kajian yang dijalankan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1988 mendapati lebih 100 definisi perkataan "terrorism" pernah dipakai.[8] Seorang pengamal terorisme dipanggil pengganas. Konsep pengganasan itu agak konteroversi kerana sering digunakan oleh kerajaan-kerajaan untuk mengharamkan lawan-lawan politiknya, sekaligus menghalalkan keganasan kerajaan sendiri terhadap lawan-lawan tersebut.
Terorisme dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh pelbagai pertubuhan politik; parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri, serta pertubuhan-pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah.[9] Kewujudan penindak bukan negara dalam konflik bersenjata berleluasa juga menimbulkan pertikaian mengenai aplikasi undang-undang peperangan.
Meskipun tindakan terorisme merupakan perbuatan jenayah seperti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan perundangan tempatan hampir semua negara di dunia, namun terorisme memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan terorisme itu, orang yang melakukan terorisme itu sendiri dan tujuan mereka melakukannya. Oleh itu, wujudnya pertikaian mengenai definisi terorisme.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.