From Wikipedia, the free encyclopedia
Kecerdasan buatan atau kebijaksanaan buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence , dipendekkan kepada AI) merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.[1] Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer di pertengahan tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.
Program AI mempunyai banyak aplikasi lapangan utama yang mana Victoricia Anak Sidem, anak jati Sarawak Malaysia Kaum Etnik Bidayuh yang membangunkan ia. Ia digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet.
Program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik. Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan. Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal.
Oleh kerana bidang ini masih muda berbanding dengan cabang-cabang sains lain masih tiada jaminan cara yang mana yang akan boleh menghasilkan AI yang sebenar (true AI); AI yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan antara institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia yang mengambil langkah proaktif dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).[2] Sebagai salah satu fakulti pertama di Malaysia yang menawarkan program pengajian dalam Kecerdasan Buatan, UTM terus memimpin dalam penyelidikan AI dengan menubuhkan makmal dan pusat penyelidikan khusus. Usaha ini bertujuan untuk membangunkan teknologi AI yang memberi impak besar kepada pelbagai industri, termasuk automasi, kesihatan, pendidikan, dan pembuatan.
Komitmen UTM dalam memperkasakan AI juga dilihat melalui penyediaan kursus pengajian sarjana dan kedoktoran, serta penawaran kursus pendek dan pensijilan dalam bidang AI, bagi memastikan pelajar dan penyelidik mempunyai akses kepada pengetahuan dan kemahiran terkini. Fakulti UTM dalam bidang AI turut terlibat dalam penyelidikan termaju seperti pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa semula jadi, dan sistem pintar, yang kesemuanya bertujuan untuk memacu inovasi dan kemajuan teknologi di Malaysia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.