Kebudayaan Yangshao
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebudayaan Yangshao (Bahasa Cina: 仰韶文化; pinyin: Yǎngsháo wénhuà) merupakan sebuah kebudayaan Neolitik yang pernah wujud secara meluas di sepanjang bahagian tengah Sungai Kuning di China. Ia dipercayai wujud sekitar 5000 SM hingga 3000 SM. Kebudayaan ini dinamai sempena Yangshao, iaitu kampung pertama ditemui yang mewakili budaya ini, yang ditemui di wilayah Henan oleh ahli arkeologi Sweden, Johan Gunnar Andersson (1874–1960) pada tahun 1921. Kebudayaan ini mekar terutamanya di wilayah-wilayah Henan, Shaanxi dan Shanxi.
Kebudayaan Yangshao 仰韶文化 | |
---|---|
ca. 5000 SM–ca. 3000 SM | |
Ibu negara | Banpo |
Kerajaan | Puak |
Sejarah | |
• Didirikan | ca. 5000 SM |
• Dibubarkan | ca. 3000 SM |
Mata wang | Kulit biya |
Masyarakat Yangshao mengamalkan pelbagai cara sara hidup. Mereka menanam milet secara meluas, tetapi juga menanam gandum atau padi. Belum dipastikan apakah kaedah pertanian Yangshao yang sebenar, iaitu sama ada penanaman tebang bakar kecil-kecilan ataupun pertanian intensif di padang kekal. Bagaimanapun, di petempatan-petempatan Yangshao Tengah seperti Jiangzhi wujudnya binaan-binaan berlantai tinggi yang mungkin digunakan untuk menyimpan biji-bijian tambahan. Mereka menternak babi, ayam, anjing, biri-biri, kambing, dan lembu, tetapi kebanyakan bekalan daging berpunca daripada kegiatan pemburuan dan perikanan. Peralatan batu mereka digilap dan sangat khusus. Masyarakat Yangshao mungkin juga menternak ulat sutera.
Walaupun laporan-laporan awal membayangkan kebudayaan saka (kuasa ibu),[1] tetapi ramai yang mengatakan bahawa ia merupakan masyarakat dalam peralihan dari sistem saka ke baka (kuasa bapa), dan ada juga yang mempercayainya sebagai bersistem baka sahaja. Perbahasan ini berkisarkan tafsiran berbeza tentang amalan pengebumian.[2][3]
Kebudayaan Yangshao membuat hasil sutera secara kecil-kecilan serta menenun hem. Kaum lelaki memakai cawat dan mengikat rambut secara toncet. Kaum wanita pula membalutkan selembar kain di keliling badan mereka sambil membiarkan bahagian bahu terdedah, ataupun memakai skirt menyepit hujung depan di antara kaki dan mengikatnya di belakang. Wanita mengikat rambut secara sanggul. Golongan kaya boleh memakai sutera.
Rumah dibina dengan lubang segi empat bulat yang sedalam beberapa kaki, kemudian menghentak-hentak lubang itu dan menenun kekisi sasak di atasnya. Selepas itu, tapak dilepa dengan lumpur. Lantainya juga dihentak ke bawah.
Seterusnya, beberapa tiang sasak yang pendek diletakkan di sekitar atas tapak dan dipasang lagi dengan sasak dan dilepa dengan lumpur. Serangka tiang akan diletakkan untuk membuat bentuk kerucut bagi bumbung. Tiang ditambah lagi untuk menyokong bumbung. Kemudian, bumbung itu diatapi dengan tangkir-tangkir milet. Perabotnya ringkas sahaja; sekadar pendiangan yang cetek di tengah-tengah rumah dengan bangku, kerusi panjang dekat dinding, dan katil kain. Makanan dan barang-barang diletakkan atau digantung pada dinding. Petak haiwan ternakan juga dibina di dekat luar rumah.
Kebudayaan Yangshao terkenal dengan perusahaan tembikar. Para seniman Yangshao menghasilkan hasil tembikar berwarna putih, merah dan hitam yang dihiasi dengan reka bentuk wajah manusia, haiwan dan geometri. Berbeza dengan kebudayaan Longshan yang menyusulinya, kebudayaan Yangshao ini tidak menggunakan pelarik untuk membuat tembikar. Hasil ekskavasi mendapati bahawa kanak-kanak dikebumikan dalam balang tembikar berlukis.
Tapak arkeologi kampung Banpo dekat Xi'an ialah salah satu petempatan dipagari parit yang terkenal dalam kebudayaan Yangshao. Satu lagi petempatan utama yang dipanggil Jiangzhai (姜寨) diekskavasi habis-habisan, di mana para pengkaji purba mendapati ia dikelilingi sepenuhnya oleh parit berbentuk gelang. Banpo dan Jiangzhai juga mendatangkan tanda-tanda torehan pada hasil tembikar yang didakwa oleh sesetengah pihak merupakan angka bilangan ataupun leluhur kepada tulisan Cina.[4] Namun demikian, kesimpulan-kesimpulan sedemikian mungkin dibuat terlalu awal.[5]
Antara banyak fasa yang saling bertindih dalam kebudayaan Yangshao, yang paling terkenal (mengikut gaya tembikar) ialah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.