Kalimantan Timur adalah Daerah Tingkat I yang berstatus wilayah di Indonesia. Wilayah ini merupakan salah satu dari empat wilayah di Kalimantan.

Fakta Segera Provinsi Kalimantan Timur Negeri Kalimantan Timur, Negara ...
Provinsi Kalimantan Timur
Negeri Kalimantan Timur
Pemerintah Provinsi Kalimantan Timur
Fail:Islamic Centre by bloesafir - panoramio - Bloesafir Pamanjagau.jpg
Dari atas, kiri ke kanan : Pela River, Pulau Derawan, Pantai Manggar di Balikpapan, Jambatan Kutai Kartanegara, Jambatan Mahakam Ulu, Tasik Melintan, Pusat Kajian Islam di Samarinda
Bendera Provinsi Kalimantan Timur
Mohor rasmi Provinsi Kalimantan Timur
Cogan kata: Ruhui Rahayu (Melayu: Semoga Tuhan Merahmati)
Lokasi  Kalimantan Timur  (dark red)[Petunjuk]
Lokasi  Kalimantan Timur  (dark red)

[Petunjuk]

Koordinat: 1°3′N 116°19′E
Negara Indonesia
Ditubuhkan27 Desember 1949 sebagai Negara Kalimantan Timur[1]
Menyertai Republik Indonesia09 Mac 1950
Diberikan taraf Negeri1 Januari 1957
Ibu Negeri Samarinda
Pentadbiran
  JenisKerajaan Negeri
  GabenorIsran Noor
  Timbalan GabenorHadi Mulyadib
Keluasan
tidak termasuk penduduk yang dipisahkan pada tahun 2012 sebagai Kalimantan Utara
  Jumlah129,066.64 km2 (49,832.91 batu persegi)
  Pemeringkatan4th
Penduduk
 (2014)[2]
  Jumlah3,508,012
  Kepadatan27/km2 (70/batu persegi)
 tidak termasuk penduduk yang dipisahkan pada tahun 2012 sebagai Kalimantan Utara
Demographics
  Bahasa RasmiIndonesia
  Bahasa TempatanMelayu Kutai, Melayu Potianak, Bahasa Banjar dan Bahasa Bugis
  EtnikJawa (29.55%)
Banjar (13.94%)
Bugis (18.26%)
Dayak (9.91%)
Kutai (9.21%)
Toraja (1.16%)
Sunda (1.59%)
Madurese (1.24%)
Chinese (1.16%)
other (13.18%)[3]
Zon waktuWITA (UTC+8)
Pendaftaran kenderaanKT
HDI 0.738 (Tinggi)
HDI rank3rd (2014)
Laman sesawangwww.kaltimprov.go.id
Tutup

Kalimantan Timur merupakan wilayah kedua terluas di Indonesia, dengan keluasan wilayah 245.237,80 km2 atau sekitar satu setengah kali besar Pulau Jawa dan Madura atau 11% dari jumlah keluasan keseluruhan wilayah Indonesia. Wilayah ini bersempadanan secara langsung dengan Brunei dan Sarawak, di Malaysia Timur (dahulunya sebelum 2012, wilayah ini bersempadananan dengan kedua-dua negeri Malaysia Timur iaitu Sarawak serta Sabah).[4]

Sejarah

Sebelum kedatangan Belanda

Sebelum kedatangan Belanda terdapat beberapa kerajaan yang berada di Kalimantan Timur, diantaranya adalah Kerajaan Kutai yang beragama Hindu, Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura, Kesultanan Pasir, Kesultanan Bulungan.

Era kemerdekaan

Keresidenan Kalimantan Timur

Wilayah Kalimantan Timur selain sebuah wilayah pentadbiran, juga sebagai kesatuan ekologi dan sejarah. Kalimantan Timur sebagai wilayah pentadbiran dibentuk berdasarkan Undang-undang Nombor 25, 1956 Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine dengan Gabenornya yang pertama adalah APT Pranoto.

Sebelumnya, Kalimantan Timur merupakan salah satu dari Wilayah Kalimantan. Sesuai dengan aspirasi rakyat, bermula pada tahun 1956 wilayahnya dipecahkan menjadi tiga bahagian, iaitu Kalimantan Timur, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat.

Pembentukan wilayah Kalimantan Timur

Daerah-daerah Tingkat II di dalam wilayah Kalimantan Timur, dibentuk berdasarkan Undang-undang No. 27, 1959 Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, Tentang Pembentukan Daerah Tingkat II di Kalimantan (Lembaran Negara Tahun 1955 No.9).

Lembaran Negara No.72 Tahun 1959 terdiri atas:

  1. Kotamadya Samarinda, dengan Kota Samarinda sebagai ibu kotanya dan sekaligus sebagai ibu kota wilayah Kalimantan Timur.
  2. Kotamadya Balikpapan, dengan kota Balikpapan sebagai ibu kotanya dan merupakan pintu gerbang Kalimantan Timur.
  3. Kabupaten Kutai, dengan ibu kotanya Tenggarong
  4. Kabupaten Paser, dengan ibu kotanya Tanah Grogot.
  5. Kabupaten Berau, dengan ibu kotanya Tanjung Redeb.
  6. Kabupaten Bulungan, dengan ibu kotanya Tanjung Selor.

Pembentukan kota pentadbiran

Dalam Perkembangan lebih lanjut sesuai dengan ketentuan didalam UU No. 5 Tahun 1974 Tentang Pokok-pokok Pemerintahan di Daerah Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine, maka dibentuk 2 Kota Administratif berdasarkan Peraturan Pemerintah No. 47 Tahun 1981 dan Peraturan Pemerintah No. 20 Tahun 1989 yakni:

  1. Kota Administratif Bontang (berada di Kabupaten Kutai)
  2. Kota Administratif Tarakan (berada di Kabupaten Bulungan)

Pembantu Gabenor

Selanjutnya sebagai suatu kesinambungan dari Ketua Gabenor Daerah Tingkat I Kalimantan Timur dalam mengelola pentadbiran pemerintahan dan pembangunan di daerah ini, dibentuk 2 (dua) Pembantu gabenor yang bertugas untuk menyelia wilayah utara dan selatan.

  1. Pembantu Gabenor Wilayah Utara, berkedudukan di Kota Tarakan yang dalam hal ini merupakan perpanjangan tangan gabenor untuk Wilayah Kabupaten Berau, Bulungan dan Kota Administratif Tarakan.
  2. Pembantu Gabenor Wilayah Selatan, berkedudukan di Kota Balikpapan yang dalam hal ini merupakan kesinambungan tugas gabenor untuk Kotamadya Balikpapan, Kabupaten Kutai, Kabupaten Paser dan Kota Administratif Bontang.

Namun begitu, jawatan bagi kedua-dua Pembantu Gabenor Kalimantan Timur Wilayah Selatan dan Utara tersebut telah ditiadakan sejak tahun 1999. Tujuan utama penghapusan jawatan ini semata-mata untuk memenuhi ketentuan Undang-undang No. 22 Tahun 1999 Tentang Pemerintahan Daerah.

Pembentukan kabupaten dan kota baru

Selanjutnya berdasarkan Undang-Undang No. 47 Tahun 1999 tentang pembentukan Kabupaten Kutai Timur, Kabupaten Kutai Barat, Kabupaten Malinau, Kabupaten Nunukan dan Kota Bontang, maka Provinsi Kalimantan Timur menjadi 12 wilayah administrasi pemerintahan daerah yaitu 8 Kabupaten dan 4 Kota.[5]

Pada tanggal 17 Julai 2007, DPR RI sepakat menyetujui berdirinya Tana Tidung sebagai kabupaten baru di Kalimantan Timur, maka jumlah keseluruhan kabupaten/kota di Kalimantan Timur menjadi 14. Berikut adalah daftar lengkapnya.

Pemerintahan

Provinsi

Gabenor

Gabenor dijawat oleh Suwarna A.F., walaupun sejak 19 Jun 2006 ia ditahan oleh KPK kerana disyaki terjebak dengan jenayah pecah amanah / rasuah.[6] Sehingga sekarang beliau masih tidak diaktifkan ke jawatan itu semula.

Pada tanggal 8 Disember 2006, Drs. Yurnalis Ngayoh diangkat menjadi Pelaksana Tugas (Plt) Gabernor Kaltim, oleh Menteri Dalam Negeri M. Ma'ruf. Sekaligus juga memberhentikan Suwarna A.F. dari jawatan gabenor, bagi memberi laluan KPK untuk menyiasat dakwaan rasuah yang sedang di tanggung oleh beliau.[7]

Bagi tempoh jawatan Gabenor Kaltim (2008-2013), kini ia disandang oleh Drs. H. Awang Faroek Ishak.[8]

Persekitaran geografi dan sumber alam

Kalimantan Timur merupakan provinsi terluas di Indonesia, dengan luas wilayah lebih kurang 245.237,80 km² atau sekitar satu setengah kali besar keluasan Pulau Jawa dan Madura atau 11% dari jumlah keluasan keseluruhan wilayah Indonesia. Provinsi ini bersempadan secara langsung dengan negara tetangga, iaitu negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia Timur.[9]

Geografi

Limpahan spesies hidupan

Di kalimantan timur terdapat kira-kira 1000-189,000 jenis tumbuhan antara lain anggerek hitam yang harga per bunganya dapat mencapai Rp 100,000-500,000.

Sumber alam

Masalah utama sumber alam di sini adalah penebangan hutan secara haram yang memusnahkan ekosistem hutan hujan, selain itu Taman Nasional Kutai yang berada di Kab. Kutai Timur ini juga dirambah hutannya. Kurang dari setengah hutan hujan yang masih tinggal, seperti Taman Nasional Kayan Mentarang di bahagian utara provinsi ini. Pemerintah tempatan masih berusaha untuk menghentikan masalah ini dari terus menjadi-jadi.

Ekonomi

Hasil utama provinsi ini adalah hasil komoditi seperti minyak, gas asli, dan batu arang. Sektor lain yang kini sedang berkembang adalah pertanian, pelancongan, dan industri pengolahan.

Beberapa daerah seperti Balikpapan dan Bontang mulai mengembangkan kawasan industri berbagai bidang demi mempercepat pertumbuhan ekonominya. Sementara kabupaten-kabupaten di Kaltim kini mulai membuka wilayahnya untuk dibuat ladang komoditi seperti kelapa sawit, dll.

Kalimantan Timur memiliki beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti kepulauan Derawan di Berau, Taman Nasional Kayan Mentarang dan Pantai Batu Lamampu di Nunukan, pusat konservasi buaya di Balikpapan, peternakan rusa di Penajam, Kampung Dayak Pampang di Samarinda, Pantai Amal di Kota Tarakan, Pulau Kumala di Tenggarong, dan lain-lain.

Banyak bahagian di provinsi ini masih tidak memiliki jalan berturap, jadi ramai orang dilihat lebih senang menjadi bot-bot dan pesawat sebagai pengangkutan utama. Tidak menjadi keganjilan jika di Kalimantan Timur memiliki banyak bandar perintis. Selain itu, akan ada rencana pembuatan Lebuh Raya Balikpapan-Samarinda-Bontang-Sangata demi merancakkan hubungan pengangkutan dan ekonomi antara bandar. Pengankutan yang lain adalah MRT.

Hubungan kemasyarakatan

Suku Bangsa

Kalimantan Timur memiliki beberapa macam suku bangsa. selama ini yang dikenal oleh masyarakat luas, padahal selain dayak ada 1 suku yang juga memegang peranan penting di Kaltim yaitu suku Kutai. Suku Kutai merupakan suku melayu asli Kalimantan Timur, yang awalnya mendiami wilayah pesisir Kalimantan Timur. Lalu dalam perkembangannya berdiri dua kerajaan Kutai, kerajaan Kutai Martadipura yang berdiri lebih dulu dengan rajanya Mulawarman, lalu berdiri pula belakangan kerajaan Kutai Kartanegara yang kemudian menaklukan Kerajaan Kutai Martadipura, dan lalu berubah nama menjadi kerajaan Kutai Kartanegara Ing Martadipura.

Bahasa daerah

Bahasa-bahasa daerah di Kaltim merupakan bahasa Austronesia dari rumpun Malayo-Polynesia, diantaranya adalah Bahasa Tidung,Bahasa Banjar, Bahasa Berau, dan Bahasa Kutai. Bahasa lainnya adalah Lun Bawang/Lun Dayeh.

Pelancongan, seni dan budaya

Lagu Daerah

  • Burung Enggang (bahasa Kutai)
  • Meharit (Bahasa Kutai)
  • Sabar'ai-sabar'ai (Bahasa Banjar)
  • Anjat Manik (Bahasa Berau Benua)
  • Bebilin (Bahasa Tidung)
  • Andang Sigurandang (Bahasa Tidung)
  • Bedone (Bahasa Dayak Benuaq)
  • Ayen Sae (Bahasa Dayak)
  • Sorangan (Bahasa Banjar)
  • Lamin Talunsur (Bahasa Kutai)
  • Buah Bolok (Bahasa Kutai)
  • Aku Menyanyi (Bahasa Kutai)
  • Sungai Kandilo (Bahasa Pasir)
  • Rambai Manguning (Bahasa Banjar)
  • Ading Manis (Bahasa Banjar)
  • Indung-Indung (Bahasa Melayu Berau)
  • Basar Niat (Bahasa Melayu Berau)
  • Berampukan (Bahasa Kutai)
  • Undur Hudang (Bahasa Kutai)
  • Kada Guna Marista (Bahasa Banjar)
  • Tajong Samarinda (Bahasa Kutai)
  • Citra Niaga (Bahasa Kutai)
  • Taman Anggrek Kersik Luwai
  • Ne Poq Batangph
  • Banuangku
  • Kekayaan Alam Etam (Bahasa Kutai)
  • Mambari Maras (Bahasa Banjar)
  • Kambang Goyang (Bahasa Banjar)
  • Apandang Jakku
  • Keledung
  • Ketuyak
  • Jalung
  • Antu
  • Mena Wang Langit
  • Tung Tit
  • To Kejaa
  • Ting Ting Nging
  • Endut-Endut
  • Enjung-Enjung
  • Julun Lajun
  • Sungai Mahakam
  • Samarinda Kota Tepian (Bahasa Kutai)
  • Jagung Tepian
  • Kandania
  • Sarang Kupu
  • Adui Indung

Seni suara

  • Bedeguuq (Dayak Benuaq)
  • Berijooq (Dayak Benuaq)
  • Ninga (Dayak Benuaq)

Seni berpantun

  • Perentangin (Dayak Benuaq)
  • Ngelengot (Dayak Benuaq)
  • Ngakey (Dayak Benuaq)
  • Ngeloak (Dayak Benuaq)

Agama

Seni dan budaya

Muzik

  • Muzik Tingkilan (suku Kutai)

Tarian

  • Tarian Bedewa dari suku Tidung (Kabupaten Nunukan)
  • Tarian Iluk Bebalon dari suku Tidung (Kota Tarakan)
  • Tarian Besyitan dari suku Tidung (Kabupaten Malinau)
  • Tarian Kedandiu dari suku Tidung (Kabupaten Bulungan)
  • Tarian Gantar dari Suku Dayak Benuaq
  • Tarian Ngeleway dari Suku Dayak Benuaq
  • Tarian Ngerangkaw dari Suku Dayak Benuaq
  • Tarian Kencet dari Suku Dayak Kenyah
  • Tarian Datun dari Suku Dayak Kenyah
  • Tarian Hudoq dari Suku Dayak Bahau
  • Belian

Rawatan tradisional

  • Beliatn Bawo (suku Dayak Benuaq)
  • Beliatn Sentiyu (suku Dayak Benuaq)
  • Beliatn Kenyong (Suku Dayak Benuaq)
  • Beliatn Luangan (suku Dayak Benuaq)
  • Beliatn Bejamu (suku Dayak Benuaq)

Kedukunan

  • Nuak (dari Suku Dayak Benuaq)
  • Bekelew (suku Dayak Benuaq)
  • Nalitn Tautn (suku Dayak Benuaq)
  • Paper Maper (suku Dayak Benuaq)
  • Besamat (suku Dayak Benuaq)
  • Pakatn Nyahuq (suku Dayak Benuaq)

Perkawinan

  • Ngompokng (suku Dayak Benuaq)
  • Tari Kanjar (suku Kutai)

Senjata tradisional

  • Mandau - Manaau
  • Gayang
  • Keris Buritkang
  • sumpit - Potaatn
  • perisai - Keleubet
  • Tombak - Belokokng

Upacara adat kematian

  • Kwangkey/Kuangkay (suku Dayak Benuaq)
  • Kenyeuw (suku Dayak Benuaq)
  • Parepm Api/Tooq (suku Dayak Benuaq)

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.