KRU Studios
From Wikipedia, the free encyclopedia
KRU Studios ialah sebuah syarikat media dan hiburan multinasional Malaysia yang diasaskan oleh kumpulan KRU. Syarikat ini terdiri daripada KRU Films, KRU Records, KRU Matrix, dan KRU Communications. Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, cawangan KRU Studios terdapat di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Hong Kong, dan Eropah.[1]
Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Jenis/bentuk sah | Sendirian Berhad |
---|---|
Industri | Hiburan, media |
Ditubuhkan | 1996; 28 tahun yang lalu (1996) di Kuala Lumpur, Malaysia |
Ibu pejabat | KRU Headquarter,
Jalan Teknologi 9,Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia., Malaysia |
Tokoh penting | Dato' Norman Abdul Halim Datuk Yusry Abdul Halim Edry Abdul Halim |
Pembahagian | KRU Films, KRU Records |
Tapak web | http://www.krustudios.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
KRU Studios merupakan penerbit beberapa filem seperti Cicak-Man (2006), Duyung, dan Cicakman 2 - Planet Hitam yang kedua-duanya diterbitkan pada 2008. Syarikat ini turut menjadi penerbit bersama filem Hollywood, Deadline[2] dan merancang memasarkan filem itu di serata dunia terutamanya di Asia.[3]