Datuk Yusry Abdul Halim (lahir 15 Jun 1973) merupakan penyanyi, pelakon, dan pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan KRU yang mana beliau ialah penyanyi utamanya. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2003, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, penerbit, pengarah dan pelakon.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Yusry KRU

PMW (WP)
Kelahiran
Yusry bin Abdul Halim

(1973-06-15) 15 Jun 1973 (umur 51)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, komposer, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1992–kini
Terkenal keranaKRU
Pasangan
Anak-anak
  • Yahaira Leanne
  • Yusuf Leonne
  • Yunos Laith
IbuZarina Abdul Wahab
BapaAbdul Halim Kamal
Saudara
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, balada
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
KRU Records
Pengkarya berkait
KRU, Erra Fazira, Melly Goeslaw
Tutup

Kehidupan awal

Datuk Yusry dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner. Datuk Yusry menghadiri Sekolah Rendah Sri Petaling dan kemudian pergi ke Sekolah Menengah Tinggi Setapak (Setapak High School) Beliau memperlajari Tahap 'O' di UK dan juga Peringkat 'A' di sebuah kolej UK (Leytonstone Sixth Form College, Leytonstone).

Kerjaya

KRU

Beliau bersama dua adik-beradiknya Norman dan Edry menubuhkan kumpulan KRU pada 1992, album sulung kumpulan ini, Canggih dikeluarkan pada tahun yang sama. Antara lagu nyanyian Datuk Yusry bersama KRU ialah "Awas", "Apa Saja", "I’ll Be Waiting", "The Way We Jam" dan lain-lain.

Pada 2003, Datuk Yusry melancarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu "Dekat Padamu" dipilih sebagai single solo pertama Yusry.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang dilangsungkan di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]

Kerjaya filem

Kerjaya filem Datuk Yusry bermula dengan berlakon bersama Norman dan Edry dalam filem Awas arahan Abdul Aziz Razak pada 1995. Ia kemudian diikuti oleh filem Cinta Metropolitan pada 1996.

Pada 2006, filem sulung arahannya Cicak-Man,[2] ditayangkan di pawagam pada Disember dan mendapat sambutan, ia kemudiannya diikuti oleh kesinambungan filem ini Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)[3] dan Cicakman 3 (2015).[4]

Kehidupan peribadi

Di awal pembabitan Datuk Yusry dikaitkan dengan anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, namun ia tidak pernah disahkan oleh kedua-duanya. Pada tahun 1999, Datuk Yusry mula menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dan percintaan mereka mendapat liputan meluas malah kerapkali digandingkan dalam sesi fotografi. Namun hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri pada awal tahun 2001.

Datuk Yusry kemudian pernah berkahwin dengan aktres terkenal Erra Fazira pada 15 Jun 2003.[5] Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.

Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.

Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Datuk Yusry mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.[6][7]

Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Datin Lisa Surihani.[8] Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015.[9][10] Pada 23 April 2018, Datuk Yusry dan Datin Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.[11][12]

Diskografi

Bersama KRU
Album solo
  • Yusry (2003)
Lagu-lagu
  • Dekat Padamu
  • Warna Kehidupan
  • Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
  • 3 Minggu
  • Bermimpi Lagi
  • Hari ini
  • Mengapa
  • Tamat
  • Terbang Tinggi
  • Tertewas Lagi
  • Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
  • Dibius Cinta (bersama Melly Goeslaw)
  • Kekasih Abadi (bersama Lisa Surihani)

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1995 Awas Ya Tidak Tidak Yusri/Yus Filem pertama
1996 Cinta Metropolitan Ya Tidak Tidak Irwan
2002 Gerak Khas The Movie II Ya Tidak Tidak Syamil
Mr. Cinderella Ya Tidak Tidak Hakimi
2003 Cinta Kolestrol Ya Tidak Tidak Ahmad Yusri Hj Zaini
Mr. Cinderella 2 Ya Tidak Tidak Hakimi
2004 Kuliah Cinta Ya Tidak Tidak Faramy
Hingga Hujung Nyawa Ya Tidak Tidak Dr. Aniq & Kamil
2005 Lady Boss Ya Tidak Tidak Yusry
2006 Cicak-Man Ya Ya Ya Danny Filem arahan pertama, juga sebagai penerbit eksekutif
2007 Cintaku Forever Ya Tidak Tidak Joe Filem Indonesia
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Ya Ya Ya Danny Cerita asal
2009 Rasukan Ablasa Ya Tidak Tidak Ishak
Jin Notti Tidak Tidak Ya
My Spy Tidak Tidak Ya
2010 Magika Ya Tidak Ya Pokok Bersaudara (suara)
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Tidak Ya Ya Sebagai penerbit eksekutif
Ratu The Movie Ya Tidak Tidak Pengacara 1 Penampilan khas
Karak Tidak Ya Ya
2012 Cinta Kura-Kura Tidak Tidak Ya
29 Februari Tidak Tidak Ya
2013 Vikingdom Tidak Ya Ya Sebagai penerbit eksekutif
Ular Ya Tidak Tidak Remy
2014 Ribbit Tidak Tidak Ya Sebagai penerbit eksekutif
Dendam Orang Mati Tidak Tidak Ya
2015 Cicakman 3 Tidak Ya Ya Beliau mengarahkannya bersama Ghaz Abu Bakar
2018 Wheely Tidak Ya Ya Filem animasi
2020 M4M4 Ya Tidak Tidak Abah Alya
2021 Hantu Bonceng 2.0 Tidak Ya Tidak
2022 Juang Tidak Ya Tidak Beliau mengarahkannya bersama Aziz M. Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali
2023 Sumpahan Malam Raya Ya Tidak Tidak Amir
TBA Duyung: Legenda Aurora Ya Tidak Ya Dr. Evo Sebagai penerbit eksekutif
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
1995 Lontong Ya Tidak Tidak Kadir TV3 Pelakon undangan
2009 Bio-Nik Tidak Tidak Ya Sebagai penerbit eksekutif
2010 Hotel Mania Tidak Tidak Ya
Arjuna Tidak Tidak Ya
2017 Saka Sisters Tidak Ya Ya Astro Warna Drama arahan pertama, sebagai penerbit eksekutif
2018 Alamatnya Cinta Ya Tidak Tidak Damon Degawan Astro Ria
Kan Kukejar Cinta Kamu Tidak Ya Tidak
2019 Imaan Tidak Ya Tidak
2020 Runi & Solah Tidak Ya Tidak TV3
Pelindung Seorang Puteri Tidak Ya Tidak Astro Ria
2021 Shah Alam 40000 Ya Tidak Tidak TV3 Penampilan khas
Ramadan Pertama Edi Ya Ya Ya Astro Ria
Ganjil Ya Ya Tidak Lelaki Di Bangku Simpanan Itu Viu Penampilan khas
2022 She Was Pretty Tidak Ya Tidak
2023 Legenda Puteri Qaseh Ya Tidak Tidak Raja Budi Astro Ceria
Nenek Bongkok Tiga Ya Ya Tidak Pembaca Berita Viu
Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Ya Tidak Tidak Tonton Penampilan khas
W: Two Worlds Tidak Ya Tidak Viu
2024 Hikayat Bawang Putih Bawang Merah Tidak Ya Tidak Astro Ceria
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2007 Sangga Saadah Ya Tidak Tidak Razali TV3 Telefilem pertama
2016 Rongples Rongtaim Tidak Ya Ya Astro Citra Telefilem arahan pertama, sebagai penerbit eksekutif
2018 Vivi Si Perigi Tidak Ya Tidak ntv7
2020 6 Hari Ya Ya Tidak Faizal Astro Citra
2024 32 Jam Ya Tidak Tidak Nazir Tonton
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 All Stars Buka Panggung Peserta Astro Warna
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Panel Penyiasat Tetap TV3
Vokal Mania Juri
Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Wali Tirai Besi"
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta Sebagai Musang
Tutup

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.