From Wikipedia, the free encyclopedia
Josef Harpe (21 September 1887 – 14 Mac 1968) adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Beliau juga adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang. Pingat Knight Cross of the Iron Cross dan darjah lebih tingginya Daun Oak dan Pedang telah dikurniakan bagi mengiktiraf keberanian luar biasa dalam peperangan atau kepimpinan tentera yang berjaya.
Josef Harpe | |
---|---|
Kelahiran | Buer, Empayar Jerman | 21 September 1887
Meninggal dunia | 14 Mac 1968 80) Nuremberg, Bavaria, Jerman Barat | (umur
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1909–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Panzer |
Arahan | Kumpulan Tentera Darat A 9. Armee 12. Panzerdivision XXXXI. Panzerkorps |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Harpe telah dilahirkan di Buer yang merupakan sebahagian daripada Gelsenkirchen, Negeri Westphalia, dan meninggal dunia du Nuremberg, Bavaria.
Herr Harpe menyertai Tentera Darat Prusia pada 28 September 1909 sebagai Kadet dan telah ditukarkan ke Rejimen Ke-56 Infantri pada tahun 1911. Disini beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda pada 20 Mac dan terlibat dengan rejimen ini dalam Perang Dunia I. Pada penghujung Perang Dunia I beliau menyandang jawatan komander kompeni.
Selepas perang Harpe kekal didalam perkhidmatan tentera Reichswehr. Pada tahun 1931, dibawah nama samaran Direktor Hacker, beliau memegang jawatan utama dalam Sekolah Kereta Kebal Jerman-Rusia (Sekolah kereta kebal Kama) rahsia di Kazan, Soviet Union. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada 1 Ogos 1934 dan menjadi komander Rejimen Ke-3 Panzer pada 15 Oktober 1935. Dinaikkan pangkat sekali lagi pada 1 Januari 1937, beliau telah diberi memerintah 1st Panzerbrigade dengan pangkat Kolonel. Pada tahun 1940 beliau mengambil alih jawatan Komandan Sekolah Pasukan Panzer Wünsdorf. Beliau bertugas di Barisan Timur, dimana beliau memerintah XXXXI. Panzerkorps dari Julai 1942 sehingga Oktober 1943 dan kemudian memerintah Kumpulan Tentera Darat A dari September 1944 hingga Januari 1945, apabila beliau telah dilucutkan jawatan kerana ketidakupayaan tentera Jerman menghentikan Penyerangan Vistula–Oder Soviet. Beliau mengakhiri perang sebagai Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer, Barisan Barat, dengan pangkat Kolonel Jeneral dan telah ditahan sebagai tawanan perang oleh pihak Amerika Syarikat sehingga tahun 1948.[1]
Date | Original German Wehrmachtbericht entry | English translation |
---|---|---|
1 January 1944 | [Nordwestlich Retschiza haben Truppen des Heeres unter Führung des Generals der Panzertruppe Harpe in siebentägigen schweren Kämpfen eine seit Wochen bestehende Frontlücke geschlossen und dabei starke feindliche Kräfte vernichtet.] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[9] | Northwest of Rechitsa, troops of the army under the command of General of Panzer Troops Harpe closed a weeks-long gap in the front in seven days of heavy fighting, while destroying powerful enemy forces. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.