Syarikat penerbangan serantau Korea Selatan (Republik Korea) From Wikipedia, the free encyclopedia
Jin Air Co., Ltd. (진에어) (Jin E-eo) (KSE: 272450) ialah syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan. Sehingga bulan April 2018, ia mengendalikan penerbangan ke enam bandar domestik dan 26 destinasi antarabangsa.[2][3] Ia melancarkan laluan jarak jauh pertama, antara Incheon dan Honolulu, pada bulan Disember 2015. Syarikat Penerbangan itu telah mengendalikan perkhidmatan kargo sejak November 2013.[4] Jin Air ialah satu-satunya pengendali LCC (bertambang rendah) dengan saiz pesawat widebody (berbadan lebar) di Korea.[5][6]
| |||||||
Ditubuhkan | 23 Januari 2000 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 5 April 2000 | ||||||
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Pesawat | 26 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 79 (jumlah keseluruhan destinasi) 39 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | |||||||
Diniagakan sebagai | KSE: 272450 | ||||||
Ibu pejabat | Gangseo-gu, Seoul, Korea Selatan | ||||||
Orang penting | Cho Won-tae, Choi Jung-ho (CEO)[1] | ||||||
Laman web | www |
Pada tahun 2018, Syarikat Penerbangan Jin Air adalah syarikat penerbangan tambang rendah kedua terbesar di Korea Selatan, membawa 3.5 juta penumpang domestik, dan 5.4 juta penumpang antarabangsa, merangkumi bahagian 11% dari pasaran domestik dan bahagian 6% dari pasaran antarabangsa. Lalu lintas domestik Syarikat Penerbangan Jin Air juga lebih rendah sejak tiga tahun kebelakangan ini kerana telah menumpukan perhatian pada pasaran antarabangsa.[7][8]
Syarikat Penerbangan Jin Air beribu pejabat di Deungchon-dong, Gangseo-gu, Seoul.[9] Nama "Jin Air" diumumkan secara rasmi pada 15 Jun 2008 dalam upacara pembukaan di Seoul.[10]
Syarikat Penerbangan Jin Air mula beroperasi pada bulan Julai 2008 dengan laluan ke destinasi serantau di Korea Selatan. [11] Penerbangan perdana ialah antara Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo (Seoul) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju (Jeju) pada 17 Julai 2008 menggunakan Armada pesawat siri Boeing 737-800 . Pada bulan Disember 2009, Syarikat Penerbangan Jin Air memulakan penerbangan antarabangsa yang dijadualkan pertama ke Bangkok. [12]
Syarikat Penerbangan Jin Air adalah syarikat ketiga dan terakhir yang bergabung dengan Korea Exchange (KRX) melalui penawaran awam awal (IPO) pada tahun 2017, bersama dengan Studio Dragon dan TissueGene.[perlu rujukan]
Pada 30 Oktober, KRX mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Jin Air telah meluluskan persetujuan awal IPO.[13]
Syarikat Penerbangan Jin Air telah mengadakan IPO pada 8 Disember 2017.[14]
Pada 20 Februari 2021, sebuah Pesawat dengan siri Boeing 777-200 dengan dengan Enjin bersiri PW4077-112 yang melakukan penerbangan United Airlines iaitu Penerbangan 328 mengalami kegagalan bilah kipas sejurus selepas berlepas. Ini merupakan insiden ketiga dengan 777-200 dalam tiga tahun dan kegagalan bilah turbin enjin siri PW4000 kelima dalam perkhidmatan. Biro Penerbangan Awam FAA, CAA dan Biro Penerbangan Awam Jepun menurunkan semua pesawat 777-200 berikutan nasihat Boeing.
Semua syarikat penerbangan telah mematuhi landasan wajib atau melakukannya secara sukarela kecuali empat pesawat dengan siri 777-200 milik Syarikat Penerbangan Jin Air sehingga FAA mengeluarkan arahan kelayakan udara pada 4 hari kemudian.[15][16][17][18]
pada bulan Julai 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Jin Air, ada merancang untuk memulakan destinasi antarabangsa yang baharu ke Jepun, dengan laluan tanpa henti Seoul/Incheon - Nagoya, yang akan dimulakan pada 15 September 2023, dengan kekerapan penerbangan 2 hari sekali [19].
pada bulan September 2023, Syarikat Penerbangan Jin Air merancang untuk meneruskan destinasi musiman antarabangsa ke Bangladesh, dengan mengoperasikan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Dhaka, yang akan dimulakan sehingga hujung Oktober 2023 [20].
pada bulan Oktober 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Jin Air, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa ke Taiwan (Republik China), dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Busan dan Taipei/Taoyuan, yang akan dimulakan pada 5 Disember 2023 [21].
Setakat Tahun 2023, Syarikat Penerbangan Jin Air terbang ke destinasi berikut [22][23][24][25][26][27]:
Setakat Februari 2021[kemas kini], Syarikat Penerbangan Jin Air mengoperasikan armada dengan semua siri Boeing yang terdiri daripada pesawat berikut:[200][201]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Y+ | Y | Total | ||||
Boeing 737-800 | 24 | — | — | 183 | 183 | |
— | 189 | 189 | ||||
Boeing 777-200ER | 4 | — | 48 | 345 | 393 | |
Total | 28 | 0 |
Setakat Mei 2021[kemas kini], Jin Air mengendalikan armada semua-Boeing yang terdiri daripada pesawat berikut:[202][203]
Pesawat | Dalam perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
C | Y+ | Y | Total | ||||
Boeing 737-800 (Next Generation) | 20 | — | — | — | 183 | 183 | |
189 | 189 | ||||||
Boeing 737-900 (Next Generation) | 2[204] | — | 8 | — | 180 | 188 | [205][206] |
Boeing 737 MAX 8 (737 MAX) | — | 1[207] | TBA | ||||
Boeing 777-200ER | 4 | — | — | 48 | 345 | 393 | |
Total | 26 | — |
Jin Air mengendalikan pesawat berikut:[202][208][209][210]
Pesawat | Total | Tahun diperkenalkan | Tahun bersara | Nota |
---|---|---|---|---|
Boeing 737-800 (Next Generation) | 9 | 2008 | 2021 | Bekas Pesawat Korean Air. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.