From Wikipedia, the free encyclopedia
Setiap kisah pendek yang terkandung dalam siri ini menceritakan kisah keseksaan seorang individu berbeza akibat salah satu daripada watak antagonis. Sebuah laman web yang dikenali sebagai Jigoku Tsūshin (Perhubungan Neraka) hanya boleh dicapai tepat pada tengah malam (12:00 AM) oleh seseorang yang mempunyai hasrat dendam terhadap penyeksanya. Jikalau seseorang itu menghantar nama orang yang dibencinya, Jigoku Shōjo (Gadis Neraka) akan menawarkan individu tersebut sebuah patung straw lengkap dengan seutas tali merah yang terikat dileher patung itu. Jika tali itu ditarik, maka Jigoku Shōjo akan mendayung orang yang mereka benci terus ke Neraka, tetapi berlandaskan syarat dalam Jigoku Shoujo, mereka yang meminta pertolongan Enma ai juga akan ditempatkan ke dalam Neraka setelah mereka meinggal dunia.
Jigoku Shōjo | |
Gambar hadapan DVD Jigoku Shōjo Vol. 8 mempamerkan watak-watak utama siri ini. | |
Genre | Shōjo, Seram, Misteri, Psikologi, Fantasi |
---|---|
Anime | |
Pengarah | Takahiro Omori |
Studio | Studio Deen |
Penyiaran Asal | Animax, MBS, Tokyo MX, Kids Station Animax NTV7 |
Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2005 – 4 April 2006 |
Anime | |
Jigoku Shōjo Futakomori | |
Pengarah | Takahiro Omori |
Studio | Studio Deen |
Penyiaran Asal | Animax, MBS, Tokyo MX, Kids Station Animax |
Dikeluarkan pada | 7 Oktober 2006 – 6 April 2007 |
Manga | |
Pengarang | Miyuki Eto |
Penerbit | Kodansha |
Permainan | |
Jigoku Shōjo Akekazura | |
Pembangun | Compile Heart |
Pelantar | Nintendo DS |
Anime | |
Jigoku Shōjo Mitsuganae | |
Pengarah | Hiroshi Watanabe |
Skrip/Penulis | Ken'ichi Kanemaki |
Studio | Studio Deen |
Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2008 – Dijadualkan |
“ |
Jigoku Shōjo (地獄少女 , secara literal bermaksud Gadis Neraka), juga dikenali sebagai Girl From Hell (Gadis dari neraka), merupakan sebuah siri anime yang dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen.Musim pertama siri ini pertama kalinya ditayangkan di Jepun menerusi beberapa saluran televisyen, antaranya Animax, Tokyo MX, MBS dan lain-lain, bermula dari 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Di atas kejayaan musim pertama siri ini, musim keduanya telah ditayangkan, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠 , Gadis Neraka:dua sangkar) yang ditayangkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi saluran Animax.[1]Sebuah siri drama televisyen yang berdasarkan siri ini mula ditayangkan di Jepun menerusi Nippon Television bermula daripada 4 November, 2006.[2] Sebuah musim baru iaitu musim ketiga siri ini diumumkan pertama kalinya menerusi laman rasmi versi mobilnya[3], dan diberi judul Jigoku Shōjo Mitsuganae (地獄少女 三鼎 , Gadis Neraka:Tiga Kawah).[4] Plot闇に惑いし哀れな影よ・・・
Perbuatanmu telah mengakibatkan kesakitan dan keseksaan ke atas orang lain. Jiwamu yang kekosongan lemas di dalam dosa-dosa mereka. Apakah anda sudi melihat kematian?" |
” |
— Petikan ucapan Enma Ai. |
Dalam setiap kisah, drama para protagonis diceritakan secara mendalam daripada permulaan perasaan dendam mereka, menerusi kemuncak penyeksaan yang ditanggung mereka sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi dan merujuk kepada laman web tersebut - yang kelihatan hitam dan hanya boleh dibuka pada tengah malam dan dicapai oleh orang-orang yang benar-benar mempunyai perasaan dendam. Kandungan laman web tersebut mengandungi teks berikut: "あなたの怨み、晴らします。 (Kami akan membalas dendam di tempat anda.)", sebuah kotak teks di mana objek kepada dendam itu haruslah ditulis, dan butang "送信 (Hantar)". Sejurus selepas menghantar nama sesorang itu, Enma Ai, seorang gadis muda bermata merah cili berpakaian seragam sekolah tradisional, akan berhadapan dengan para penyerah. Dia akan memberi mereka sebuah patung straw dengan seutas tali merah yang terikat di lehernya. Seterusnya dia akan menerangkan kepada mereka yang menyerunya bahawa jikalau mereka inginkan dendam mereka dipenuhi, maka mereka haruslah menarik tali merah itu daripada patung yang diberikannya, dan musuh mereka akan diheret terus ke Neraka. Walaubagaimanapun, sebuah simbol berbentuk bulan sabit berwarna hitam akan timbul pada bahagian dada mereka yang melaksanakan kontrak dengan "Jigoku Shōjo", sentiasa mengingatkan mereka tentang nasib yang menanti roh mereka setelah ajal menemui mereka, sebagai bayaran ataupun pampasan kepada perlaksanaan dendam mereka.
Enma Ai tinggal di rumah yang terletak di sebuah dunia asing bersama-sama neneknya (yang tidak pernah ditunjukkan mukanya) yang tidak beriklim dan dalam keadaan senja sentiasa. Enma Ai dibantu oleh tiga orang pembantunya. Apabila mereka tidak berada di bawah perkhidmatannya, mereka kekal dalam bentuk tiga buah patung straw. Jika tidak, mereka bertiga memainkan watak-watak berikut - Ichimoku Ren, seorang lelaki muda serba tampan berpakaian biasa dan mengambil bentuk sebuah patung straw berwarna biru; Hone-Onna, seorang wanita cantik berpakaian kimono dengan sehelai kain obi yang diikat di hadapan yang menandakan bahawa dia seorang pelacur dan mengambil bentuk sebuah patung straw merah; dan Wanyūdō, seorang lelaki tua bertopi dan memakai skaf merah, yang mengambil bentuk sebuah patung straw hitam. Mereka membantu Enma Ai apabila mangsa mereka berhadapan dengan dosa mereka, sebelum Enma Ai (yang berpakaian kimono tradisional dengan corak bunga-bungaan) menghantar atau mendayung mereka ke Neraka. Selain itu, ketiga-tiga pembantunya juga seringkali menyelidik sifat sebenar pelanggan mereka.
Dalam episod 8 siri ini, dua watak sampingan yang berulangan telah diperkenalkan: Seorang wartawan bernama Shibata Hajime - seorang bekas pemeras ugut/pemburu skandal yang memilih untuk menyiasat kisah yang berkaitan dengan Jigoku Shōjo; dan anak perempuannya yang bernama Tsugumi. Selepas bertemu dengan Ai, Tsugumi telah mula melihat visi seakan-akan firasat terhadap apa-apa yang dilihat Ai, sekaligus keluarga Hajime tersebut mula terlibat dalam hal Ai dengan lebih mendalam. Hajime tidak bersehaluan dengan kaedah Enma Ai menjalankan servis pembalasan dendam bagi pelanggan-pelanggannya, lalu dia cuba untuk menghentikan mereka yang telah berpaling ke arah Jigoku Shōjo untuk pertolongan daripada menggunakan servisnya, dengan menerima bantuan daripada Tsugumi.
Apabila siri ini berlanjutan, ia telah didedahkan bahawa Hajime dan Tsugumi merupakan keturunan seorang lelaki yang bernama Sentarō Shibata. Sentaro dan Ai pernah merupakan rakan sejak kecil lagi. Tambahan pula, mereka adalah sepupu. Kampung halaman mereka mempunyai suatu tradisi: Setiap tujuh tahun, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun akan dikorbankan kepada para Tuhan, supaya tujuh tahun yang akan datang akan dipenuhi kemakmuran. Ai dipilih sebagai korban kepada tradisi tersebut, namun ibu bapa Ai meminta Sentarō menyembunyikan Ai daripada membenarkannya dikorbankan. Sentarō bersetuju, lalu mengambil Ai ke atas bukit, menyembunyikannya selama enam tahun. Pada tempoh itu, kampung mereka telah mengalami kesempitan dalam menyara kehidupan mereka.
Dalam salah satu perjumpaan rahsia Sentarō bersama-sama Ai, penduduk kampung telah menangkap dan membawa mereka masuk kawasan kampung, dan menuduh mereka bertanggungjawab merangsang kemarahan Tuhan Bukit. Penduduk kampung kemudiannya melontar Ai dan ibu bapanya ke dalam sebuah lubang dan memaksa Sentarō menanam mereka sebagai penebusan menyembunyikan Ai. Semasa Ai ditanam dia masih sedar akan apa yang berlaku dan berasa dikhianati oleh Sentarō.
Selepas Ai ditanam, Sentarō terjaga pada suatu malam dan keluar daripada rumahnya. Setelah dia kembali, dia ternampak Ai sedang membakar perkampungannya. Di atas perasaan serba salah dan kegilaan yang menghantui dirinya, Sentarō melarikan diri. Dia membesar dengan perasaan hampa dan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukannya, lalu dia membina sebuah kuil bagi mengenang Ai dan kanak-kanak lain yang telah menjadi korban kepada Tuhan Bukit. Dia juga telah membuka sebuah kedai gula-gula yang digelar Shibataya yang menjual sejenis gula-gula hitam yang dia dan keturunannya dan pemilik-pemilik lain hantar ke kuil itu sebagai pemberian.
Apabila Ai menyedari bahawa Hajima dan Tsugumi mempunyai pertalian darah dengan Sentarō, maka dia telah cuba untuk membunuh mereka, namun gagal. Di atas kelakuannya, Ai telah ditempatkan di neraka, tetapi dia berjaya melepaskan dirinya dan berputus untuk membangkitkan perasaan dendam di dalam hati Tsugumi untuk menghantar ayahnya ke neraka dengan menunjukkan hubungan ibu dan bapanya termasuklah bagaimana ibunya terbunuh dan sikap ayahnya yang menafikan tanggungjawabnya. Ai terus menekan dan memaksa Tsugumi menarik tali itu manakala ayahnya terperangkap di dunia Ai, namun dia akhirnya berjaya melepaskan diri di atas pertolongan nenek Ai, yang telah membantunya dengan melakukan suatu pertukaran (pertukaran di antara mereka tidak diketahui).
Hajime kemudiannya kembali ke pangkuan Tsugumi dan mengakui kesilapannya, lalu memberitahu anaknya itu untuk menghantarnya ke neraka. Ini telah menaikkan kemarahan Tsugumi kerana dia menganggap jawapan ayahnya itu menunjukkan bahawa dia tidak menghargai saat-saat yang mereka luangkan bersama. Dengan itu, Tsugumi mengembalikan patung straw tersebut kepada Enma Ai. Ai kemudian membakar kuil yang dibina Sentarō, yang membuktikan sama ada dia melepaskan dendamnya terhadap Sentarō (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada pembebasan Sentarō daripada penyesalannya) ataupun sebagai suatu tanda bahawa dia tidak akan sama sekali memaafkan Sentarō, walaupun setelah melakukan bermacam-macam untuk menunjukkan kekesalannya (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada keengganan memaafkannya). Musim pertama ini tamat apabila Hajime dan Tsugumi pulang kepada rutin harian mereka dan Enma Ai meneruskan rutinnya juga, yang telah berlangsung berabad-abad lamanya - iaitu menghantar manusia ke api neraka.
Musim Kedua Jigoku Shōjo (berjudul Jigoku Shōjo Futakomori) mula dengan mendedahkan bahawa Ai akan dihukum oleh Neraka di atas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas penduduk kampungnya. Jika dia menolak, ibu bapanya akan meronta-ronta di dalam kegelapan buat selama-lamanya. Hukuman yang diberikan kepada Ai ialah menghantar dendam para manusia.
Dalam permulaan musim kedua, terdapat seorang kanak-kanak misteri yang muncul sekelip mata dalam episod pertama; dia memakai kimono yang serupa dengan kimono Ai. Selepas episod 4, nama kanak-kanak perempuan itu didedahkan sebagai Kikuri.
Dalam musim kedua juga, asal-usul pembantu Enma Ai telah didedahkan.
Babak utama musim kedua ini menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Takuma Kurebayashi yang berasal daripada Lovely Hills. Dia dituduh bertanggungjawab oleh penduduk setempat ke atas kehilangan beberapa penduduk di sana, yang sebenarnya disebabkan oleh mereka yang menggunakan Jigoku Tsūshin. Layanan yang diterima Takuma telah membangkitkan memori Ai tentang zaman silamnya, lalu dia menolak permintaan untuk menghantar Takuma ke neraka. Dengan berbuat demikian, Ai telah melanggar peraturan Neraka, maka dia dibebaskan daripada peranannya sebagai Jigoku Shōjo. Meskipun begitu, setelah dia dibebaskan daripada hukumannya, dia dibangkitkan semula sebagai seorang manusia biasa oleh Raja Neraka yang bersifat kuku besi itu dan dihantar semula ke dunia biasa dalam keadaan yang hampir meragut nyawanya, mengalami keperitan menanggung usianya iaitu 400 tahun sekaligus. Ren, Honne-Onna dan Wanyuudou cuba untuk membantu Ai yang kini hidup sebagai manusia biasa, namun didapati bahawa memori Ai terhadap kewujudan mereka telah dilenyapkan Raja Neraka.
Ai cuba untuk menghentikan penduduk pekan tersebut daripada membunuh Takuma dan berjaya buat sementara waktu. Namun, seorang pelanggan yang menggunakan Jigoku Tsūshin, disebabkan perasaan takut akan nasib yang menantinya dan berharap agar dia dapat menyelamatkan dirinya daripada api neraka selepas kematian, memukul Ai di belakang kepalanya dengan sebuah penyodok. Beberapa orang penduduk Lovely Hills yang telah menggunakan servisnya turut serta dalam serangan ke atas Enma Ai. Apabila Ai menurut takdir maut yang menantinya, dia berkata, "Inilah penghujungnya," berasa lega. Dia lesap ke dalam suatu tiupan angin kelopak bunga sakura sejurus selepas menghembuskan nafas terakhirnya, dan roh ibu bapanya dibebaskan daripada Neraka. Kikuri, dalam sebuah sampan menuju ke Neraka, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Musim kedua berakhir. Ren, Onna dan Wanyūdō berpisah di dunia sebenar, kehidupan Takuma kembali pulih seperti dahulu, dan diikuti dengan seorang gadis menerima mesej daripada Jigoku Shōjo pada telefon bimbitnya.
Berikut merupakan watak-watak berulangan atau disebut beberapa kali dalam siri Jigoku Shōjo.
Siri anime Jigoku Shōjo dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen. Diarahkan oleh Takahiro Ōmori, musim pertama berlangsung selama 26 episod dan disiarkan di seluruh kawasan Jepun menerusi stesen Animax daripada 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Musim kedua siri ini, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠 ), mula disiarkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi Animax. Animax juga telah menterjemah dan mengalih suara musim pertama siri ini dalam bahasa Inggeris untuk siaran menerusi stesennya di seluruh dunia bermula daripada bulan Oktober 2006, termasuklah rangkaian Inggerisnya di Asia Tenggara dan Asia Selatan termasuklah Malaysia dan rangkaian lain di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan kawasan-kawasan lain.
FUNimation telah melesenkan musim pertama Jigoku Shōjo di SakuraCon 2007 dan akan mengeluarkan judul itu di bawah nama Hell Girl. DVD yang pertama dijadualkan keluar dalam bulan Oktober 2007.[5]
Bermula 24 Oktober 2007, Animax telah mula menyiarkan musim kedua siri ini, iaitu Jigoku Shōjo Futakomori di Malaysia[6]. Siri ini disiarkan Animax di bawah judul "Jigoku Shoujo (Musim 2)."
# | Judul bahasa Melayu | Judul bahasa Inggeris | Judul bahasa Jepun | Pelanggan (Seiyū) | Sasaran (Seiyū) |
---|---|---|---|---|---|
1 | Dari Sebalik Senja | From Beyond the Twilight | 夕闇の彼方より
(Yūyami no Kanata Yori) |
Mayumi Hashimoto (Kana Ueda/Laura Bailey) | Aya Kuroda (Tomoko Kawakami/Luci Christian) |
2 | Gadis yang Dihendap | The Stalked Girl | 魅入られた少女
(Mi Irareta Shōjo) |
Ryōko Takamura (Ai Shimizu/Monica Rial) | Kōichirō Kisaragi (Kazuya Ichijo) |
3 | Guar yang Kotor | The Filthy Mound | 汚れたマウンド
(Yogoreta Maundo) |
Daisuke Iwashita (Wataru Hatano) | Mamoru Hanakasa (Noriaki Sugiyama/Justin Cook) |
4 | Tangisan Senyap | Inaudible Cry | 聞こえぬ叫び声
(Kikoenu Sakebigoe) |
Junko Kanno (Satomi Arai) | Yoshiyuki Honjō (Takehito Koyasu) |
5 | Wanita Menara Puncak | The Woman of the High Tower | 高い塔の女
(Takai Tō no Shōjo) |
Misari Urano (Ayako Kawasumi) | Riho Kaifu (Michiko Neya) |
6 | Tetingkap pada Suatu Petang yang Awal | The Window on an Early Afternoon | 昼下がりの窓
(Hirusagari no Mado) |
Haruka Yasuda (Chiwa Saitō) | Namiko Todaka (Emi Shinohara) |
7 | Samaran yang Terdedah | A Broken Disguise | ひびわれた仮面
(Hibiwareta Kamen) |
Kaoriko Kurushima (Marina Inoue) | Kurenai Ayaka (Satsuki Yukino) |
8 | Hubungan Senyap | The Silent Relationship | 静寂の交わり
(Seijaku no Majiwari) |
Chiaki Tanuma (Yuki Matsuoka) | Gorō Ishizu (Show Hayami) |
9 | Perangkap Manis | Sweet Trap | 甘い罠
(Amai Wana) |
Yuka Kasuga (Rina Satō) | Shinya Morizaki (Kouji Ishii) |
10 | Kawan | Friends | トモダチ
(Tomodachi) |
Minami Shibuya (Sawa Ishige) | Shiori Akasaka (Megumi Toyoguchi) |
11 | Tali yang Putus | Broken String | 千切れた糸
(Chigireta Ito) |
Masaya Kataoka (Daisuke Ono) | Takashi Inagaki (Wataru Takagi) |
12 | Serpihan Tembikar Terpisah | Split Shards | 零れたカケラ達
(Koboreta Kakeratachi) |
Akane Sawai (Rie Tanaka) | Yoshiki Fukasawa (Susumu Chiba/Chris Cason) |
13 | Gadis Barzakh | Purgatory Girl | 煉獄少女
(Rengoku Shōjo) |
Fukumoto (Shiro Saito) | Ohkawachi ( ─ ) |
14 | Seberang Jalan Mati | Across the Blind Alley | 袋小路の向こう
(Fukurokōji no Mukō) |
Saki Kirino (Yuu Kobayashi) | Ryozo Kusunoki (Masashi Hirose) |
15 | Wanita Pulau | Woman of the Island | 島の女
(Shima no Onna) |
Mina Minato (Masumi Asano) | Fujie Minato (Akemi Okamura) |
16 | Malam Penghibur Berhijrah | Night of the Itinerant Entertainers | 旅芸人の夜
(Tabigeinin no Yoru) |
Yumi (Asuka Tanii) | Yuki (Akiko Yajima) |
17 | Pemandangan Kaca | Glass Scenery | 硝子ノ風景
(Garasu no Fūken) |
Nina (Omi Minami) | |
18 | Gadis Terikat | Bound Girl | 縛られた少女
(Shibarareta Shōjo) |
Miki Kamikawa (Noriko Shitaya) | Meiko Shimono (Kujira) |
19 | Pengantin Perempuan Anak Patung | The Doll Bride | 花嫁人形
(Hanayoume Ningyō) |
Inori Ujiie (Fumiko Orikasa) | Kyōgetsu Ujiie (Miyuki Ichijo) |
20 | Gadis Neraka vs. Pemuda Neraka | Hell Girl vs. Hell Boy | 地獄少女 対 地獄少年
(Jigoku Shōjo tai Jigoku Shōnen) |
Hiroshi (Esper) Watanabe (Shinichirō Miki) | Gill du Ronfell (Jun Fukuyama) |
21 | Jiran Baik Hati | Kind Neighbour | 優しい隣人
(Yasashii Rinjin) |
Yūko Murai (Saeko Chiba) | Ryōsuke Sekine (Ryunosuke Obayashi) |
22 | Hujan Penyesalan | Rain of Regret | 悔恨の雨
(Kaikon no Ame) |
Gorō Suetsugu (Atsushi Imaruoka) | Noriko Hayashi (Shizuka Itō) |
23 | Cahaya Wad Hospital | Hospital Ward's Light | 病棟の光
(Byoutou no Hikari) |
Drug Addict | Kanako Sakuragi (Miyuki Sawashiro) |
24 | Kampung Matahari Terbenam | Sunset Village | 夕暮れの里ō
(Yūgure no Sato) |
||
25 | Gadis Neraka | Hell Girl | 地獄少女
(Jigoku Shōjo) |
||
26 | Jahitan Sementara | Temporary Sewing | かりぬい
(Karinui) |
Tsugumi Shibata (Nana Mizuki) | Hajime Shibata (Yūji Ueda) |
# | Judul bahasa Melayu | Judul bahasa Inggeris | Judul bahasa Jepun | Pelanggan (Seiyū) | Sasaran (Seiyū) |
---|---|---|---|---|---|
1 | Gadis dalam Kegelapan | The Girl Within the Darkness | 闇の中の少女
(Yami no naka no Shōjo) |
Maki Onda (Ryo Hirohashi) | Eiko Kamishiro (Mayumi Asano) |
2 | Buih | Froth | うたかた
(Utakata) |
Yayoi Kurahashi (Houko Kuwashima) | Penjenayah (Yuichi Nakamura) |
3 | Kei-chan yang Tersayang | Beloved Kei-chan | 愛しのけいちゃん
(Itoshi no Kei-chan) |
Tae Sakairi (Sayaka Aoki) | Yumie Hanamura (Rika Morinaga) |
4 | Rahsia | Secret | 秘密
(Himitsu) |
Shūichi Yagusawa (Kouichi Toochika) | Shoki (Hirofumi Nojima) |
5 | Mengganas ke Neraka | Rampage to Hell | 地獄への暴走
(Jigoku he no Bōsō) |
Leon Yamada (Isshin Chiba) | Rikiua Hashizume (Masaya Onosaka) |
6 | Tempat di mana Matahari Terpancar | The Place Where the Sun Hits | 陽のあたる場所
(Hi no Ataru Basho) |
Kiwako Nitta (Sanae Kobayashi) | Hirohisa Sugita (Junichi Suwabe) |
7 | Ikatan | Bonds | 絆
(Kizuna) |
Megumi Mogi (Kei Shindō) | Kazuko Mogi (Rei Igarashi) |
8 | Komunikasi Neraka Palsu | Fake Hell Communication | 偽地獄通信
(Nise Jigoku Tsūshin) |
Shōko Baba (Michie Tomizawa) | Mami Kuriyama (Ayumi Tsunematsu) |
9 | Abang, Adik Perempuan | Elder Brother, Younger Sister | あにいもうと
(Ani Imōto) |
Maho Suzaki (Akemi Kanda) | Mikio Suzaki (Showtaro Morikubo) |
10 | Percutian Basah Anna Sone | Anna Sone's Wet Holiday | 曽根アンナの濡れた休日
(Sone Anna no Nure ta Kyuujitsu) |
Hachiroku Toyota (Kentaro Tone) | Teturo Negoro (Shigeru Chiba) |
11 | Bilik Bersebelahan yang Jauh | The Distant Adjacent Room | 遠い隣室
(Tooi Rinshitsu) |
Shizuko Amagi (Junko Minagawa) | Kyōko Tachibana (Kimiko Saitō) |
12 | Alur Hitam | Black Furrow | 黒の轍
(Kuro no Tetsu) |
Michirō Itō (Tetsu Inada) | Hitori Kameda (Tomomichi Nishimura) |
13 | Tragedi V | Tragedy of V | Vの惨劇
(V no Sangeki) |
Kihachi Hisazumi (Takashi Matsuyama) | Tatsuhiko Makimura (Hiroki Yasumoto) |
14 | Pantai Tasik yang Tenang | The Calm Lake Shore | 静かな湖畔
(Shizuka na Kohan) |
Sayaka Yoshizaki (Chie Matsuura) | Toshiya Kakinuma (Tohru Furusawa) |
15 | Demi Negara Ini | For This Country | この国のために
(Kono Kuni no Tame ni) |
Harumi Kanno (Sakiko Tamagawa) | Ikushi Kanno (Fumihiko Tachiki) |
16 | Aspirasi Seorang Wanita Kejam | Aspirations of a Wicked Woman | 悪女志願
(Akujo Shigan) |
Ran Itsumi (Mami Kingetsu) | Matsu Kōzuki (Miho Yoshida) |
17 | Pandangan Penuh Kesunyian | Gaze of Silence | 沈黙のまなざし
(Chinmoku no Manazashi) |
Nene Chiwaki (Kurumi Mamiya) | Honami Chiwaki (Junko Iwao) |
18 | Memorinya | That Person's Memories | あのひとの記憶
(Ano Hito no Kioku) |
Kouhei Takeda (Yutaka Shimaka) | Michiyo Takeda (Toshiko Sawada) |
19 | Neraka Stim, Rumah Penginapan dalam satu Pengembaraan | Steam Hell, Inn on a Journey | 湯けむり地獄、旅の宿
(Yukemuri Jigoku, Tabi no Yado) |
Yurie Yumoto(Yukana) | Ichiko Aida (Fumie Mizusawa) |
20 | Album Seorang Wanita Belum Berkahwin | A Maiden's Album | 乙女のアルバム
(Otome no Arubamu) |
Juri Moriuchi(Eri Kitamura) | Mari Fujimaki(Yuka Inokuchi) |
21 | Kertas Belon Lembut | Soft Paper Balloon | 紙風船ふわり
(Kamifuusen fuwari) |
Yōko Kizuki(Sayaka Narita) | Makoto Tomaru(Takuma Terashima) |
22 | Merindui | Longing | 憧憬
(Shōkei) |
Misuzu Hasue(Rumiko Ukai) | Seri Mizutani(Kaori Shimizu) |
23 | Syak Wasangka | Distrust | 不信
(Fushin) |
Genzō Naito(Shigenori Souya)
Satoko Komaki(Akiko) |
Komaki Kimihiko(Yoshinori Sonobe)
Genzō Naito(Shigenori Souya) |
24 | Rantai | Chain | 連鎖
(Rensa) |
Beberapa pelanggan | Beberapa mangsa |
25 | Berkelana | Wandering | 彷徨
(Houkou) |
Yasuharu Hasue(Kunihiro Kawamoto) | Seiichi Meshiai(Satoshi Hino) |
26 | Pewarna Indigo | Indigo Dye | あいぞめ
(Aizome) |
Hotaru Meshiai(Fuyuka Ohura) | Takuma Kurebayashi(Ayumi Fujimura) |
# | Judul bahasa Melayu | Judul bahasa Inggeris | Judul bahasa Jepun | Pelanggan (Seiyū) | Sasaran (Seiyū) |
---|---|---|---|---|---|
1 | Gadis yang diambil | "The Girl Who Was Taken" | 奪われた少女 (Ubawareta Shōjo) | Hiraishi Itsuko (Toyosaki Aki) | Tange Hideto (Ishikawa Hideo) |
2 | Burung yang dikurung | "Caged Bird" | 籠ノ鳥
(Kago no Tori) |
Kitayama Akira (Nohama Tamako) | Yamaoka Makotoji (Kase Yasuyuki) |
3 | Buah yang reput | "Rotten Fruit" | 腐った果実
(Kusatta Kajitsu) |
Momota Masako (Imai Asami) | Moriyama Jun (Takagaki Ayahi) |
4 | Abang | Elder Brother | 兄貴 (Aniki) | Yugawa Takeshi (Hoshi Sōichirō) | Ninshida Susumu (Takahashi Hiroki) |
5 | Cicada | Cicada | うつせみ
(Utsusemi) |
Nīyama Miwa (Kobayashi Sanae) | Katase Ririka (Yahagi Sayuri) |
6 | Guruku | My Teacher | わたしのセンセイ (Watashi no sensei) | Kira Moroboshi | Yuuna Serizawa |
7 | Penipu | Liar | うそつき
(Usotsuki) |
Inuo Atsushi (Mizushima Takahiru) | Wahizu Kiteru (Shiraishi Minoru) |
8 | Pintu sebelah | Next Door | 隣
(Tonari) |
Hatsumi Mioi (Gotō Yuuko) | Shintani Michiru (Ichiryūsai Teiyū) |
9 | Inari yang hilang | "Lost Inari" | はぐれ稲荷 (Hagure Inari) | Inō Kaede | Seorang pelajar Universiti |
10 | Ikan Emas di Dalam Cermin | "The Goldfish in the Mirror" | 鏡の中の金魚
(Kagami no naka no kingyo) |
Ichimura Kazuya (Sanbei Yuuko) | Saitō Yukihiro (Kawada Shinji) |
11 | The Blotted Page | "The Blotted Page" | 滲んだ頁 (Nijinda pēji) |
Kamisaka Rokurō (Chiba Susumu) |
Nakayama Hitokazu (Endō Daisuke) |
12 | Graf pertengahan musim panas | "Mid-summer graph" | 真夏のグラフ
(Manatsu no gurafu) |
Sasayama Kokoro (Hirota Shion) | Nomura Nobuo (Yamaguchi Kappei) |
13 | Tanglung Enam tulisan | Six-script Latern | 六文燈籠 (Rokumondōrō) | Mayama Azusa(Yuzuki Ryōka) | Takasugi Akie (Oki Kanae) |
14 | Sudut Lorong Dendam | "Street corner of Hatred" | 怨みの街角
(Urami no machikado) |
Kashiwagi Hidemi (Tomatsu Haruka) | Tsuzuki Kinya (Nakai Kazuya) |
15 | Arnab dan Kura-kura | "Rabbit and tortoise" | 兎と亀
(Usagi to Kame) |
Shinohara Usagi (Kugimiya Rie) | Shinohara Michito (Hikida Takeshi) |
16 | Perangkap Percubaan | "Trap of Temptation" | 誘惑の罠
(Yūwaku no wana) |
Nawa Akihiro (Tsukita Tomokazu) Miyajima Miyuki (Kuwatani Natsuko) |
Nakajima Kōji(Konno Jun) Nawa Akihiro (Tsukita Tomokazu) |
17 | Didalam Straw | "Inside the Straw" | 藁の中
(Wara no Naka) |
Nina (Omi Minami) | |
18 | Radio yang Istimewa | "Special Radio" | スペシャルレディオ
(Supesharuredeio) |
Hamano Chiriko (Aoi Yūki) | Shimura Kaname (Kotobuki Minako) |
19 | Salji,Bulan, Bunga | "Snow, Moon, Flowers" | 雪月花 (Setsugekka) | Kaori Nakiri (Ōura Fuyuka) | Kurozaka Yuna (Nabei Makiko) |
20 | Gadis Neraka vs. Profesor Neraka | Hell Girl vs. Hell Professor | 地獄博士 対 地獄少女
(Jigoku Hakase tai Jigoku Shōjo) |
Kikyō Shinji (Oota Tetsuharu) | Mizuragi Shōgo (Kishino Kazuhiko) |
21 | Dibelakang depan | The Back Front | うしろの正面
(Ushiro no shōmen) |
Kikuchi Kaito (Ōtani Ikue) | Kikuchi Mao (-) |
22 | Bunga dan Bulan | "Flower and Moon" | 華と月
(Tsuki to Hana) |
Misono Sumika (Katō Natsuki) | Misono Yuika (Katō Natsuki) |
23 | Bukit senja | "Twillight Hill" | 日暮れ坂
(Higure zaka") |
Mizuhara Fumio | Matsuda Tomohide |
24 | Mayfly | Mayfly | 蜉蝣
(Kagerō) |
||
25 | Yuzuki | Yuzuki | ゆずき
(Yuzuki) |
||
26 | Jejak Roh | "Track of soul" | 魂の軌跡
(Tamashi no Kiseki) |
Haruko (Sadaoka Sayuri) | Mayama Azusa (Yuzuki Ryōka) |
Soundtrack asli siri anime Jigoku Shōjo dikeluarkan pada 25 Januari, 2006. Soundtrack kedua dikeluarkan pada 19 April, 2006.
Jigoku Shōjo Futakomori telah mengeluarkan soundtrack pertamanya pada 24 Januari, 2007, dan soundtrack kedua pada 21 Mac, 2007.
Jigoku Shōjo Original Soundtrack
No. Lagu | Judul Jepun | Judul Melayu | Judul Inggeris |
---|---|---|---|
1 | 焦燥 | Ketidaksabaran | Impatience |
2 | 悪意 | Niat Jahat | Malice |
3 | 影差して | Berbezakan | Differing |
4 | 蜘蛛と老婆と少女 | Si Labah-labah dan Si Tua dan Si Gadis | The Spider and the Crone and the Girl |
5 | 地獄通信 | Komunikasi Neraka | Hell Communication |
6 | 少女降臨 | Kedatangan Si Gadis | Advent of the Girl |
7 | 三藁捜査線 | Tiga Barisan Penyelidik Straw | Three Straw Investigation Line |
8 | 真昼の太陽 | Matahari Tengahari | Midday Sun |
9 | いじめ | Membuli | Bullying |
10 | 朱(あけ)に染まる | Akan Diwarnakan Merah | To Be Dyed Red |
11 | 父と娘 | Ayah dan Anak Perempuan | Father and Daughter |
12 | 復讐の行方 | Arah Dendam | Direction of Revenge |
13 | あたたかいもの | Sesuatu yang Suam | Something Warm |
14 | 芝居 | Lakonan Teater | Theatrical Play |
15 | うつろな穴 | Lubang Kosong | Empty Pit |
16 | 覚悟 | Keazaman | Determination |
17 | 地獄流し | Aliran Neraka | Hell Flow |
18 | 満ちていく闇 | Hitam yang Meluap-luap | Brimming Darkness |
19 | 哀れな影 | Bayang-bayang Sedih | Miserable Shadow |
20 | 暗黒イリュージョン | Ilusi Gelap | Dark Illusion |
21 | 地獄ロック | Batu Neraka | Hell Rock |
22 | 地獄の川流れ | Dibawa Arus Neraka | Carried Away by Hell's Current |
23 | 優しい気持ち | Perasaan Suci | Kind Feelings |
24 | かりぬい(フルバージョン) | Menjelujur (Versi Penuh) | Basting (Full Version) |
Jigoku Shōjo Original Soundtrack II
No. Lagu | Judul Jepun | Judul Melayu | Judul Inggeris |
---|---|---|---|
1 | 逢魔が時 | Senja | Dusk |
2 | 依頼人 | Pelanggan | Client |
3 | 想い出 | Koleksi Semula | Recollection |
4 | 袋小路 | Lorong Buta | Blind Alley |
5 | 憎悪 | Kebencian | Hatred |
6 | 柴田走る | Pelarian Keluarga Shibata | The Shibatas Run |
7 | 逡巡 | Keraguan | Hesitation |
8 | 幸せ | Kegembiraan | Happiness |
9 | 狂い出した歯車 | Gear-gear yang Mula Menjadi Gila | Gears that Began to go Mad |
10 | せつない思い | Buah Fikiran Menyakitkan | Painful Thoughts |
11 | 地獄の仕事人 | Pekerja Neraka | Worker of Hell |
12 | 三藁熱血篇 | Babak Tiga Straw Berdarah Panas | Three Straw Hotblooded Chapter |
13 | 一目連 | Ichimokuren | Ichimokuren |
14 | 火車 | Kereta Panas | Fiery Cart |
15 | 骨女 | Hone Onna | Hone Onna |
16 | 満月 | Bulan Penuh | Full Moon |
17 | 廃屋 | Rumah Terbiar | Abandoned House |
18 | 地獄ワルツ | Tarian Neraka | Hell Waltz |
19 | 六道郷 | Enam Dunia Selepas Kematian | Six After-death Worlds |
20 | 地獄少年 | Pemuda Neraka | Hell Boy |
21 | 刻まれる音 | Bunyi Mengukir | Engraving Sound |
22 | 火焔 | Api | Flames |
23 | 迷妄の果て | Penghujung Khayalan | Edge of Delusion |
24 | 桜吹雪 | Ribut Salji Naik Radang | Raging Snowstorm |
25 | 地獄少女 | Gadis Neraka | Hell Girl |
26 | さくらうた | Lagu Sakura | Sakura Song |
Jigoku Shōjo Futakomori Original Soundtrack
No. Lagu | Judul Jepun | Judul Melayu | Judul Inggeris |
---|---|---|---|
1 | 迷い路 | Arah Terpesong | Stray Path |
2 | 深き淵より | Lebih Dalam daripada Jurang | Deeper than the Abyss |
3 | 頚木 | Leher Kayu-kayan | Neck Woods |
4 | あのころ | Pada Waktu Itu | Back Then |
5 | 暗雲 | Awam Gelap | Dark Clouds |
6 | 人間模様 | Ragam Manusia | Pattern of Humans |
7 | 赤いマフラー | Mafela Komunis | Red Muffler |
8 | きくり降臨 | Kedatangan Kikuri | Kikuri Advents |
9 | 地獄の舟歌 | Lagu Sampan Neraka | Hell's Boat Song |
10 | 日常 | Kehidupan Seharian | Daily Life |
11 | きくり | Kikuri | Kikuri |
12 | 不良のテーマ | Tema Kenakalan | Delinquent's Theme |
13 | 小さな幸せ | Sedikit Kebahagiaan | A Little Happiness |
14 | 悲しい話 | Kisah Sedih | Sad Story |
15 | 企み | Rancangan | Plan |
16 | 水面の月 | Bulan di Permukaan Air | Moon on the Water's Surface |
17 | 沼に沈む | Menyelam ke dalam Paya | To Sink into the Swamp |
18 | 覚悟2006 | Keazaman 2006 | Determination 2006 |
19 | 二籠 | Sangkar Kedua | Second Cage |
20 | 地獄交響曲 | Simfoni Neraka | Hell Symphony |
21 | 地獄メタル | Besi Neraka | Hell Metal |
22 | 彼岸花 | Bakung Berumpun | Cluster Amaryllis |
23 | あいぞめ | Pewarna Indigo | Indigo Dye |
Jigoku Shōjo Futakomori Original Soundtrack II
No. Lagu | Judul Jepun | Judul Melayu | Judul Inggeris |
---|---|---|---|
1 | 地獄絵図 | Ilustrasi Neraka | Hell Illustration |
2 | 刻迫る | Masanya Semakin Dekat | The Moment Approaches |
3 | 女の性 | Sifat Semula Jadi Wanita | The Nature of Women |
4 | 藁人形のテーマ | Tema Patung Straw | Straw Doll's Theme |
5 | 正義 | Keadilan | Justice |
6 | きくりのウインナー | Pemenangnya Kikuri | Kikuri the Winner |
7 | 夜の三藁 | Tiga Straw di Malam Hari | Three Straw at Night |
8 | 時雨 | Hujan Musim Gugur | Autumn Rain |
9 | 地獄の入り口 | Pintu Masuk Neraka | Hell Entrance |
10 | 悪魔の子 | Anak Syaitan | Devil's Child |
11 | 丘の住人 | Penghuni Bukit | Hill Dweller |
12 | わが町ラブリーヒルズ | Pekan Kami, Lovely Hills | Our Town, Lovely Hills |
13 | 裏切り | Pengkhianatan | Betrayal |
14 | 戦慄 | Menggeletar | Shiver |
15 | みずうみ | Tasik | Lake |
16 | 異様 | Keanehan | Strangeness |
17 | 復讐の連鎖 | Rantai Dendam | Chain of Vengeance |
18 | 囚われた町 | Pekan Tertangkap | The Captured Town |
19 | あい | Ai | Ai |
20 | 集団心理 | Mentaliti Kumpulan | Group Mentality |
21 | 記憶 | Memori | Memory |
22 | 少女のうた | Lagu Perempuan | Girl's Song |
23 | あいぞめ (Piano version) | Pewarna Indigo (Versi Piano) | Indigo Dye (Piano version) |
Siri anime Jigoku Shōjo telah diadaptasikan menjadi sebuah siri manga, yang telah menampilkan seni oleh Miyuki Etō (永遠 幸 , Etō Miyuki). Siri manganya disirikan dalam manga shōjo Kodansha iaitu Nakayoshi sejak Oktober 2005. Meskipun ceritanya bersumber asal, bab 4 dan bab 10 didaptasikan daripada episod-episod dalam musim pertama, manakala bab 2 merupakan adaptasi daripada siri anime episod 9.
Di atas perbezaan media, modus operandi Enma Ai di dalam manga adalah agak berbeza berbanding siri anime. Di dalam manga, Enma Ai menjadi pelajar di dalam sekolah yang sama dengan pelanggan-pelanggannya yang merupakan murid sekolah. Selain itu, patung straw yang digunakan di dalam siri anime tidak digunakan di dalam beberapa bab pertama. Para pelanggan Enma Ai hanya perlu menerima kontrak yang dinyatakannya, dan hukuman yang setimpal akan berlangsung ke atas mangsa yang dipilih pelanggan tersebut. Dalam sesetengah kes, hukuman dijalankan selepas Enma Ai membunyikan gelangnya di hadapan mangsanya (yang tidak pernah dilihat di dalam siri anime). Penggunaan sampan yang digunakan Enma Ai juga kurang dipamerkan di dalam manganya.
Sentaro Shibata diperkenalkan dalam siri manga, namun Tsugumi dan Hajime tidak. Kikuri bagaimanapun, diperkenalkan daripada jilid 4 dan seterusnya.
Siri drama TV Jigoku Shōjo mula disiarkan di Jepun menerusi saluran Nippon Television daripada 4 November, 2006 yang terdiri daripada 12 episod selama setengah jam. Pengarah siri ini ialah Makoto Naganuma. Tema lagu siri ini ialah Dream Catcher oleh Olivia Lufkin
No. Episod | Judul bahasa Melayu | Judul bahasa Inggeris | Judul bahasa Japanese |
---|---|---|---|
1 | Retakan Masa | Cracked Time | ひび割れた時間 |
2 | Budak Lelaki dalam Kotak | The Boy in the Box | 箱の中の少年 |
3 | Mimpi Seorang Bayi | A Baby's Dream | 嬰児の夢 |
4 | Senja | Dusk | 逢魔の砌 |
5 | Epitaf Pembohongan | The Epitaph of Lies | 偽りの墓碑銘 |
6 | Benang Merah Perjanjian | The Red Thread of Promise | 約束の赤い糸 |
7 | Godaan Manis | Sweet Temptation | 甘い誘惑 |
8 | Keajaiban Malam Suci | Miracle of the Holy Night | 聖夜の奇跡 |
9 | Pampasan Palsu | The Fake Compensation | 偽の代償 |
10 | Memori-memori Kesedihan | Memories of Sorrow | 悲しみの記憶 |
11 | Kegelapan Dunia Sebenar, Bhg. 1 | Darkness of the Real World, Pt. 1 | 現し世の闇 前編 |
12 | Kegelapan Dunia Sebenar, Bhg. 2 | Darkness of the Real World, Pt. 2 | 現し世の闇 後編 |
Jigoku Shōjo juga telah diadaptasikan sebagai sebuah permainan video khas untuk Nintendo DS berjudul Jigoku Shōjo Akekazura, yang direka oleh Compile Heart dan dikeluarkan di Jepun pada 27 September, 2007.Complile Heart juga telah mereka versi PS2 permainan ini dan menamakannya "Jigoku Shoujo Mioyosuga" yang akan dikeluarkan pada 17 September, 2009.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.