From Wikipedia, the free encyclopedia
Aniplex Inc. (株式会社アニプレックス , Kabushiki Kaisha Anipurekkusu), dikenali sehingga 2001 sebagai Sony Pictures Entertainment (SPE) Visual Works Inc. dan sehingga April 2003 sebagai Sony Music Entertainment (SME) Visual Works Inc., ialah sebuah perusahaan pengeluaran dan pengedaran anime dan muzik Jepun, dimiliki oleh Sony Music Entertainment Japan, dan ditubuhkan pada bulan Januari, 1997. Mereka telah terlibat dalam beberapa pengedaran dan produksi beberapa siri anime, misalnya Fullmetal Alchemist, Blood+, Rurouni Kenshin, Ginban Kaleidoscope dan sebagainya. Di samping itu, Aniplex juga terlibat dalam beberapa produksi dan pengedaran rekod-rekod muzik dan soundtrack, termasuk juga penghasilan soundtrack asli untuk setiap permainan komputer dan video Sony Computer Entertainment.
Jenis/bentuk sah | Anak Syarikat Sony Music Entertainment Japan |
---|---|
Industri | Produksi anime dan muzik |
Ditubuhkan | Januari, 1997 |
Pengasas | Sony |
Ibu pejabat | Chiyoda, Tokyo, Jepun |
Tokoh penting | Shigekazu Takeuchi, Presiden |
Keluaran | Fullmetal Alchemist Blood: The Last Vampire Rurouni Kenshin |
Hasil | ¥2,280,000,000 |
Pemilik | Sony Music Entertainment Japan |
Bilangan kakitangan | 50 |
Syarikat induk | Sony Music Entertainment Japan (100%) |
Anak syarikat | A-1 Pictures Inc. (100%) Bancho Inc. (100%) Voice & Heart Inc. (70%) |
Tapak web | Laman rasmi Aniplex |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada asalnya dikenali sebagai Sony Pictures Entertainment (SPE) Visual Works Inc., syarikat tersebut ditubuhkan pada bulan September 1995 sebagai hubungan perkongsian di antara Sony Pictures Entertainment dan Sony Music Entertainment Japan, dan namanya ditukar dalam tahun 2001 kepada Sony Music Entertainment (SME) Visual Works Inc. selepas menjadi anak syarikat yang dimiliki penuh Sony Music Entertainment Japan. Dalam bulan April 2003, namanya ditukar kepada Aniplex Inc.
Dalam tahun 2005, syarikat tersebut menubuhkan studio animasi A-1 Pictures.
Aniplex telah menghasil siri-siri anime yang berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.