Jehan Miskin
Pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohamad Jehan bin Miskin (lahir 4 Disember 1979) ialah seorang pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia.[1] Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama. Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan. Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga acara luar.
Jehan Miskin | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Jehan bin Miskin (1979-12-04) 4 Disember 1979 (umur 44) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pengarah |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pasangan | Julie Camelia Rhee Abdullah (k. 2013) |
Anak-anak | 1 |
Bapa | Profesor Miskin Pakir Mohamad |
Saudara | Faiznur "Heidi" Miskin (kakak) |