From Wikipedia, the free encyclopedia
Jay Biru (Cyanocitta cristata) adalah sejenis burung passerine dari famili Corvidae. Ia berasal daripada Amerika Utara. Ia tinggal di kebanyakan kawasan timur dan tengah Amerika Syarikat, bagaimanapun populasi di barat mungkin bermigrasi. Populasi residen juga boleh ditemui di Newfoundland, Kanada, sementara populasi pembiakkan boleh ditemui di seluruh selatan Kanada. Ia membiak di kedua-dua hutan deciduous dan coniferous, dan biasa ditemui di kawasan kediaman. Warna bulunya didominasi oleh warna biru dengan putih di bahagian dada dan bawahnya, berjambul biru; kolar berbentuk-U berwarna hitam di sekeliling leher dan satu garis hitam di belakang jambulnya. Kedua-dua burung jantan dan betina mempunyai saiz dan warna bulu yang sama. Warna bulunya tidak berubah sepanjang tahun. Empat subspesies Jay Biru telah dikenal pasti setakat ini.
Jay Biru | |
---|---|
Di Taman Provinsi Algonquin, Kanada | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Corvidae |
Genus: | Cyanocitta |
Spesies: | C. cristata |
Nama binomial | |
Cyanocitta cristata (Linnaeus, 1758) | |
Subspesies | |
4 sspp., lihat teks | |
Taburan global Kawasan membiak Populasi sepanjang tahun Kawasan musim sejukLihat juga teks untuk julat pengembangan terkini. | |
Sinonim | |
Corvus cristatus Linnaeus, 1758 |
Secara umumnya, empat subspesies telah diakui. Tiada sempadan darat yang jelas boleh dilukis untuk membezakan subspesies ini.[2]
Imej | Subspesies | Nama biasa | Perincian | Taburan |
---|---|---|---|---|
Cyanocitta cristata bromia | Jay Biru Utara | Subspesies terbesar, dengan warna bulu agak pucat (lebih kepada biru pucat). | Kanada dan utara Amerika Syarikat. | |
Cyanocitta cristata cristata | Jay Biru Pantai | Saiz sederhana dan biru terang. | Pantai A.S bermula di Carolina Utara hingga Texas, kecuali selatan Florida | |
Cyanocitta cristata cyanotephra | Jay Biru Dalam | Saiz sederhana, biru tua di bahagian jubah berlawanan dengan warna putih pada bahagian bawah. | Pedalaman A.S, intergred dengan C. c. bromia hingga ke utara. | |
Cyanocitta cristata semplei | Jay Biru Florida | Subspesies terkecil, sama seperti C. c. bromia dari segi warna. | Selatan Florida. | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.