Jamil Khir Baharom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (Jawi: جميل خير بن بهرام) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) (2009-2018), mantan Ahli Parlimen Jerai selama sepenggal (2013-2018) dan mantan Ahli Dewan Negara (2009-2012). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Jamil Khir Baharom SSDK (Kdh); SSAP (Phg); DIMP (Phg); DSNS (NS); DSDK (Kdh); JSM, KMN | |
---|---|
جميل خير بن بهرام | |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) | |
Memegang jawatan April 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ku Abdul Rahman Ku Ismail |
Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 27 November 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Didahului oleh | Abdullah Md Zin |
Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Abdul Hamid Zainal Abidin |
Digantikan oleh | Mujahid Yusuf Rawa |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P12 Jerai, Kedah | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Firdaus Jaafar |
Digantikan oleh | Sabri Azit |
Majoriti | 1,196 (PRU-13) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jamil Khir bin Baharom (1961-06-25) 25 Jun 1961 (umur 63) Yan, Kedah |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Seri Fatmawati Saidin |
Anak-anak | 6 |
Kediaman | Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor |
Alma mater | Universiti Malaya Universiti Cordoba |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Pegawai Tentera |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Perkhidmatan/cawangan | Kor Agama Angkatan Tentera |
Tahun perkhidmatan | 1986–2009 |
Pangkat | Mejar Jeneral |
Perkhidmatan | Pengarah Kor Agama |
[1][2] Beliau pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1. Sebelum ini, pada 7 Januari 2004, Brig Gen (Bersara) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dari Kagat juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.