![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/80/UMNO_logo.svg/langms-640px-UMNO_logo.svg.png&w=640&q=50)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
parti politik di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتوcode: ms is deprecated , juga dikenali sebagai PEKEMBAR (Jawi: ڤکمبرcode: ms is deprecated ) atau UMNO; /ˈəmnoʊ/ ) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Ahmad Zahid Hamidi. UMNO merupakan tulang belakang bagi gabungan politik Barisan Nasional, yang menjadi komponen gabungan parti pemerintah Kerajaan Persekutuan di Malaysia, dan menjadi parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perak, Pahang, Johor dan Melaka. UMNO tidak menubuhkan mana-mana bahagian atau cawangan di negeri Sarawak.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fa/Padlock-silver-medium.svg/20px-Padlock-silver-medium.svg.png)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو | |
---|---|
![]() | |
Nama Bahasa Inggeris | United Malay National Organisation |
Singkatan | PEKEMBAR, UMNO |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Pengerusi | Badruddin Amiruddin |
Setiausaha agung | Ahmad Maslan |
Setiausaha | Mohd Sumali Reduan |
Jurucakap | Azalina Othman Said |
Timbalan Presiden | Mohamad bin Hasan |
Naib Presiden | |
Ketua Wanita | Noraini Ahmad |
Ketua Pemuda | Muhamad Akmal Saleh |
Ketua Puteri | Nurul Amal Mohd Fauzi |
Pengasas | Onn Jaafar |
Diasaskan | 11 Mei 1946; 78 tahun yang lalu (1946-05-11) |
Didaftarkan | 11 Mei 1946 |
Disahkan | 13 Februari 1988 |
Dibubarkan | 4 Februari 1988 |
Didahului oleh | Pertubuhan Melayu Bersatu |
Ibu pejabat | Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur |
Akhbar | New Straits Times Berita Harian[nb 1] Harian Metro[nb 2] |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda UMNO |
Sayap wanita | Wanita UMNO |
Sayap beliawanis | Pergerakan Puteri UMNO |
Keanggotaan (2024) | 3.399 |
Ideologi | Nasionalisme, [2][3] Konservatisme Demokrasi Islam |
Kedudukan politik | Parti haluan kanan jauh |
Agama | Islam: Ahli Sunah Waljamaah |
Penggabungan kebangsaan | Parti Perikatan (1952-1973) Barisan Nasional (1973–kini) Muafakat Nasional (2019-2022) Kerajaan Perpaduan (2022-kini) |
Warna | Merah dan putih1 |
Slogan | Bersatu, Bersetia, Berkhidmat |
Lagu parti | Bersatu, Bersetia, Berkhidmat |
Dewan Negara: | 17 / 70 |
Dewan Rakyat: | 26 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 105 / 607 |
Simbol pilihan raya | |
![]() | |
Bendera parti | |
![]() | |
Laman sesawang | |
umno umno-online | |
Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan |
UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu.[4] Menurut perlembagaan parti ini, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.[5] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[6]
Dalam pemilihan UMNO 2018, pemimpin yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting dalam perkembangan parti, bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah dipilih sebagai Presiden UMNO, setelah mendapat 78 undi berbanding saingannya Khairy Jamaluddin (bekas ketua Pemuda UMNO) dengan 53 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (veteran UMNO) sekadar memperoleh 28 undi.[7]