Puteri UMNO
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri UMNO merupakan sayap paling bongsu dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia wanita Melayu dan Bumiputera dan juga sebagai pelapis kepada Wanita UMNO apabila mencapai had umur wanita dalam organisasi parti. Ia telah diilhamkan oleh Naib Presiden UMNO ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menarik minat dari kalangan wanita muda untuk menceburi bidang politik seperti mana Nurul Izzah Anwar ketika itu.
Fakta Segera Kerangka, Jenis/bentuk sah ...
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan ![]() |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 3 Ogos 2001; 22 tahun yang lalu (2001-08-03) |
Pengurusan | |
Ketua Puteri | Nurul Amal Mohd Fauzi |
Naib Ketua | Siti Sokhleha Nordin |
Organisasi utama | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Gabungan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ![]() |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tutup
Ketua Pergerakan Puteri UMNO sekarang ialah Nurul Amal Mohd Fauzi bagi penggal 2023-2026 yang menggantikan penyandang terdahulu iaitu Zahida Zarik Khan.