Nurul Izzah Anwar
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Nurul Izzah Anwar (Jawi: نور العزة بنت أنور; lahir 19 November 1980) merupakan aktivis politk Malaysia berketurunan Melayu yang mempunyai sejarah perkhidmatan yang panjang sebagai penggubal undang-undang, aktivis, serta pejuang dan penyokong perubahan sosial.[1] Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN) bersama Tan Sri Hassan Marican sejak Februari 2023.[2]
Nurul Izzah Anwar | |
---|---|
نور العزة أنورcode: ms is deprecated | |
Co-chairperson of the Secretariat of the Special Advisory Body to the Minister of Finance | |
Raja | Ibrahim |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Anwar Ibrahim (Minister of Finance) Amir Hamzah Azizan (Minister of Finance II, since December 2023) |
Chairman of the Special Advisory Body | Hassan Marican |
Vice President of the People's Justice Party | |
Memegang jawatan 12 February 2023 Berkhidmat dengan Aminuddin Harun & Amirudin Shari & Nik Nazmi & Chang Lih Kang & Awang Husaini Sahari & Saraswathy Kandasami | |
Senior Advisor to the Prime Minister on Economics and Finance | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Muhammad Bakhtiar Wan Chik |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Johari Abdul |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Amran Kamaruddin |
Ketua PKR Cabang Permatang Pauh | |
Memegang jawatan 2022 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Permatang Pauh, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Digantikan oleh | Muhammad Fawwaz Mat Jan |
Majoriti | 2,895 (2008) 1,847 (2013) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Lembah Pantai, Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Shahrizat Abdul Jalil |
Digantikan oleh | Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil |
Majoriti | 2,895 |
Naib Presiden KEADILAN | |
Dalam jawatan 2014 – 16 Disember 2018 Berkhidmat dengan Rafizi Ramli, Xavier Jayakumar, Teo Yu Keng, Tian Chua | |
Didahului oleh | Rafizi Ramli, Shamsul Iskandar, Tian Chua, |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nur Izzah binti Anwar (1980-11-19) 19 November 1980 (umur 43) Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Hadapan (2016-kini) |
Pasangan | Yin Shao Loong (k. 2022) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (k. 2003; c. 2015) |
Anak-anak | Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Harith Yin Yu Zhou |
Ibu | Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
Bapa | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Hubungan | Allahyarham Dato Ibrahim Abdul Rahman (Datuk) |
Alma mater | University Tenaga Nasional (BE) Johns Hopkins University (MA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi | nurulizzah.com |
Beliau telah berkhidmat sekejap sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Ekonomi dan Kewangan[3] sebelum Encik Nurhisham bin Hussein, mantan Ketua Pakar Ekonomi KWSP, menyandang jawatan tersebut di Pejabat Perdana Menteri.[4] Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Mei 2018 hingga November 2022 dan Lembah Pantai dari Mac 2008 hingga Mei 2018.
Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terdahulu.[5] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR dari November 2010 hingga peletakan jawatannya pada Disember 2018 dan kembali menyandang dari Julai 2022.[6] Beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dari 2018 hingga 2022[7][8] dan merupakan Jurucakap KEADILAN bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.[9]
Beliau juga merupakan ahli aktif Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) untuk Memperbaharui Penjara dan Tempat Tahanan.[10] Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Bil dari Disember 2018 hingga Julai 2019.