ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ustaz Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum keluar parti pada 14 Mac 2022[2]. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[3] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.[4] Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.
YBhg Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali DIMP (Pahang); DCSM (Melaka); Ph.D | |
---|---|
Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1 | |
Memegang jawatan 22 Mac 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO | |
Memegang jawatan 22 Februari 2023 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuala Nerus, Terengganu | |
Dalam jawatan 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamed Nasir Ibrahim Fikri |
Digantikan oleh | Alias Razak |
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS | |
Dalam jawatan 15 Disember 2020 – 9 Februari 2022 | |
Didahului oleh | Nik Muhammad Zawawi Salleh |
Digantikan oleh | Nik Muhammad Zawawi Salleh |
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Timbalan | Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Timbalan I) Yang Berhormat Datuk Willie Mongin (Timbalan II) |
Didahului oleh | Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim |
Digantikan oleh | Zuraida Kamaruddin |
Kawasan pilihan raya | Kuala Nerus |
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | |
Dalam jawatan 2013–2020 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd. Khairuddin bin Aman Razali 9 Disember 1973 Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu |
Parti politik | UMNO (2022-kini) Bebas (bermula 14 Mac 2022) Parti Islam Se-Malaysia (1989-2022) |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-22) Barisan Nasional |
Pasangan | Datin Anili Ramli |
Alma mater | Universiti Aal al-Bayt |
Gaji | RM71,505.26 sebulan |
Nilai bersih | RM2.5 ke 5 juta |
[1] |
Mohd Khairuddin dilahirkan di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 9 Disember 1973. Merupakan anak sulung daripada 16 orang adik-beradik.[5]
Pendidikan menengah awal di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Klang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, beliau lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 ke Universiti Jordan diterima.
Berjaya mendapat Sarjana Muda dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Sarjana diteruskan dan berjaya mendapat Sarjana Bahasa dan Kesusateraan Arab di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis sarjana beliau ialah Signifikan Partikel Setara dan Genetif di sisi Sarjana Sintaksis dan Sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syarak.
Seterusnya beliau melanjutkan ke pengajian kedoktoran dan memperoleh Ph.D Pengajian Islam (2011) di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu.
Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setelah menamatkan pengajian Sarjana di awal tahun 2000, beliau dilantik sebagai Pensyarah di Fakulti Bahasa UIAM sehingga tahun 2002.
Beliau mendapat tawaran sebagai pensyarah bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana ingin bertugas di UKM. Beliau bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002, dan menjadi Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.
Beliau mengusahakan sebuah syarikat pengeluaran, pengilangan dan pemasaran produk kosmetik dan makanan kesihatan iaitu RD Beauty Industries Sdn Bhd dan menjadi Pengarah pada 2008 sehingga 2020. Semasa masih bertugas di universiti, beliau turut mengusahakan sebuah syarikat penerbitan buku, Darul Fuqaha Enterprise bermula 2002 hingga 2013. Beliau turut aktif dalam bidang hartanah dan pembinaan apabila menjadi Pengarah bagi DUPP Management Sdn Bhd (2010-2020) dan Lepu Development Sdn Bhd (2018-2020). Dalam pada itu, beliau juga pernah menjadi pengurus di Al Marabi Management pada 2004 hingga 2013, iaitu syarikat berupa butik pakaian, penyediaan makanan, restoran, bakeri & pengurusan Umrah & Haji.
Ketika pandemik COVID-19, Teresa Kok (Seputeh-PH) pada 18 Ogos 2020 telah membangkitkan di dalam Parlimen bahawa Khairuddin telah ke Turki atas urusan peribadi dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Julai, dan pada 13 Julai, Khairuddin telah hadir ke Parlimen meskipun sepatutnya, berdasarkan undang-undang pencegahan COVID-19, Khairuddin perlu dikuarantin selama 14 hari. Oleh itu, pada 22 Ogos, pihak Kementerian Kesihatan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Khairuddin atas perlanggaran perintah kuarantin tersebut.[6] Khairuddin telah memohon maaf atas perlanggaran perintah tersebut, dan memulangkan gajinya sebanyak empat bulan terhadap Tabung Bantuan Bencana Negara sempena pandemik COVID-19.[7]
Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat serta ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan[8] disebabkan oleh hukuman yang dikatakan berat sebelah terhadap seorang menteri, dengan perbandingan antara hukuman ini dengan hukuman yang diterima oleh golongan rakyat yang menerima denda yang lebih berat banyak diutarakan.[9][10] Meskipun begitu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanya memperuntukkan Ketua Pengarah dan penjawat-penjawat awam (dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan) untuk memberi kompaun sehingga nilai RM1,000, dan pihak polis sedang meneruskan siasatan tentang perlanggaran ini.[9][11][12] Kontroversi ini mendorong pihak kerajaan untuk mencadang untuk meminda semula akta tersebut.[11]
Dr. Khairuddin mula berceramah di radio dan televisyen sejak pulang ke Malaysia pada tahun 1999. Pernah mengendalikan rancangan belajar bahasa Arab bermula tahun 2000 di Radio Nasional jam 6.15 ptg selama 3 tahun. Berceramah di pelbagai slot di Radio Nasional dan Radio IKIM. Juga di TV 1, Tv 3 dan lain-lain. Begitu juga aktif berceramah, berdiskusi, berseminar di seluruh negara di masjid, surau dan jabatan kerajaan dan kementerian. Pada tahun 2004 mengasaskan pusat pendidikan dan kebajikan Darul Fuqaha di Sg. Merab Bangi, Selangor dan Sek ren Islam Pintar Tahfiz pada tahun 2007. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, televisyen dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
Beliau menyertai PAS pada 1989[2] dan mula dilihat aktif dalam PAS sebaik sahaja meninggalkan kerjaya dalam bidang pendidikan. Beliau aktif dalam Dewan Ulamak PAS dan pernah menjawat beberapa jawatan sejak 1999. Beliau pernah menjadi Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat pada penggal 2009-2011, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (2011-2013) dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017). Selain itu, beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2013 sehingga kini. Sebagai AJK PAS Pusat, beliau pernah memegang portfolio sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (2013-kini), Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat (2015-2017) dan Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (2013–2021). Beliau turut dipilih mengganggotai Majlis Syura Ulamak PAS sejak 2013. Pada Disember 2020, beliau dilantik menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS[13] dan meletak jawatan sebagai setiausaha dan ahli pada 20 Februari 2022[14]. Beliau mengumumkan keluar parti pada 14 Mac 2022[2].
Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket PAS sejak tahun 2013.
Tahun | Kawasan | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P35 Kuala Nerus, Terengganu | Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS) | 33,861 | 50.45% | Mohd Nasir Ibrahim Fikri (UMNO) | 33,251 | 49.55% | 68,036 | 610 | 89.24% | ||
2018 | Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS) | 37,974 | 52.66% | Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (UMNO) | 29,527 | 40.95% | 73,211 | 8,447 | 87.51% | |||
Abdullah Mohamed (AMANAH) | 4,604 | 6.39% |
Sebaik sahaja berakhir Pilihan raya umum Malaysia 2018, Negeri Terengganu telah ditadbir oleh PAS. Beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah bagi 4 syarikat milik kerajaan negeri bermula 2018, iaitu Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Center (DITC), Paya Bunga Hotel, dan Duyong Marina & Resort. Terdahulu, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Panel Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan sejak 2014.
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dalam barisan Kabinet Malaysia 2020 pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Beliau aktif dalam beberapa pertubuhan antarabangsa antaranya menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan Penolong Setiausaha bagi Persidangan Antarabangsa bagi Ahli Parlimen Islam (IIFP) bermula tahun 2018 sehingga kini. Beliau juga merupakan Bendahari Sayap Pemuda, Persidangan Antarabangsa bagi Parti-parti Politik Asia (ICAPP) bermula tahun 2019 sehingga kini.
Antara buku beliau bertajuk:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.