From Wikipedia, the free encyclopedia
Istiadat Mengarak Panji-Panji (bahasa Inggeris: Trooping the Colour ) adalah upacara yang dilakukan oleh rejimen-rejimen tentera British dan Komanwel. Ia telah menjadi tradisi rejimen infantri British semenjak abad ke-17, namun asal-usulnya dapat dijejak lebih awal lagi. Di medan tempur, panji-panji rejimen, atau bendera, telah digunakan sebagai tanda tempat berkumpul. Dengan itu, para rejimen diiringi oleh pegawai muda yang berjalan perlahan bersama panji-panji mereka di antara barisan bagi membolehkan para askar mengenali panji-panji rejimen mereka.
Semenjak tahun 1748, istiadat ini juga menandakan hari keputeraan rasmi Ratu atau Raja United Kingdom.[1] Ia diadakan di London setiap tahun pada hari Sabtu bulan Jun oleh Perarakan Pengawal Berkuda di Taman St. James[2] bertepatan dengan pengisytiharan Senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu. Antara mereka yang hadir adalah kerabat diraja, dif-dif kehormat, tetamu jemputan dan orang awam.
Baginda Ratu bergerak melalui The Mall dari Istana Buckingham dalam perarakan diraja bersama pengiring Ratu Kavalri Istana (pengawal berkuda). Selepas menerima tabik hormat diraja, baginda memeriksa pasukan Divisyen Istana – iaitu askar berjalan kaki dan pengawal berkuda – dan Trup Istiadat Raja, Artileri Kuda Diraja. Setiap tahun, salah satu rejimen pengawal kaki akan dipilih untuk mengarak panji-panjinya melalui barisan pengawal. Kemudian seluruh Divisyen Istana berhimpun melakukan perarakan di hadapan Ratu, yang memberikan tabik hormat dari pentas diraja. Melangkah dengan senapangnya, Pasukan Istiadat Raja mendahului perarakan sambil pasukan berkuda melakukan perbarisan berjalan laju dalam tempoh perlahan dan cepat.
Muzik dipersembahkan oleh pancaragam-pancaragam kaki dan berkuda Istana bersama dengan Kor Gendang dan peniup seruling,semuanya berjumlah kira-kira 400 ahli muzik.
Sekembalinya baginda Ratu (atau Raja) ke Istana Buckingham, baginda akan menonton perbarisan seterusnya dari luar pagar. Disusuli 41 das tembakan hormat meriam oleh Trup Istiadat Raja di Taman Green, baginda bersama kerabat Diraja naik ke atas balkoni istana untuk formasi terbang lintas hormat oleh Tentera Udara Diraja.
Upacara ini disiarkan secara langsung oleh BBC di UK dan juga ditonton di Jerman, Austria dan Belgium dan melalui streaming langsung dari BritBox di Amerika Syarikat dan Kanada. Dalam istiadat perarakan tahun 2018, Associated Press menyediakan siaran secara langsung acara itu kepada penonton diseluruh dunia pada saluran YouTube majalah Time dan halaman Facebook surat khabar British The Telegraph. Pada tahun 2019, BBC mengambil alih siaran dalam talian menerusi saluran Youtubenya, menyediakan siaran langsung televisyen untuk siaran antarabangsa kedua acara itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.