Holtzbrinck Publishing Group
From Wikipedia, the free encyclopedia
Holtzbrinck Publishing Group ialah syarikat yang berpusat di Stuttgart yang memiliki syarikat penerbitan di seluruh dunia. Syarikat itu telah menerbitkan pelbagai jenis buku termasuk The Satanic Verses oleh Salman Rushdie dan klasik oleh Agatha Christie, Jean-Paul Sartre, Ernest Hemingway dan John Updike. Lain-lain penerbitan terkenal syarikat termasuk jurnal saintifik Nature dan Scientific American. Ia merupakan salah satu syarikat penerbitan Bahasa Inggeris Lima Besar.
Fakta Segera Syarikat induk, Status ...
Syarikat induk | Verlagsgruppe Georg von Holtzbrinck GmbH |
---|---|
Status | Swasta |
Diasaskan pada | 1948; 76 tahun yang lalu (1948) |
Pengasas | Georg von Holtzbrinck |
Negara asal | Jerman |
Lokasi ibu pejabat | Stuttgart |
Pengedaran | Seluruh dunia |
Jenis penerbitan | Buku, akhbar, jurnal akademik, majalah |
Pemilik |
|
Laman web rasmi | Holtzbrinck.com |
Tutup
Pada tahun 2015, ia menggabungkan sebahagian besar unit Sains dan Pendidikan Macmillan (termasuk Nature Publishing Group) dengan Springer Science+Business Media, mewujudkan syarikat Springer Nature. Holtzbrinck memiliki 53% daripada syarikat gabungan itu.[2][3]