From Wikipedia, the free encyclopedia
Jean-Paul Charles Aymard Sartre (Sebutan bahasa Perancis: [saʁtʁ], bahasa Inggeris: /ˈsɑrtrə/; 21 Jun 1905 – 15 April 1980) merupakan seorang ahli falsafah eksistensialis, penulis drama, novelis, penulis skrip lakon layar, aktivis politik, penulis biografi, dan pengkritik sastera Perancis. Beliau merupakan salah seorang figura utama dalam falsafah Perancis abad ke-20, terutamanya Marxisme, dan merupakan salah seorang figura penting dalam sastera dan eksistensialisme falsafah. Karyanya terus mempengaruhi bidang seperti falsafah Marxist, sosiologi, teori kritikal dan pengajian sastera.
Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1964 tetapi menolaknya aatas kebiasaannya menolah anugerah rasmi serta beranggapan bahawa "seorang penulis tidak patut membiarkan dirinya dijadikan suatu institusi".[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.