English author From Wikipedia, the free encyclopedia
Dame Agatha Christie DBE (15 September 1890 – 12 Januari 1976), adalah seorang penulis novel jenayah, cerpen dan drama Inggeris. Belaiu juga menulis novel romantik di bawah nama Mary Westmacott, tetapi paling terkenal dengan 80 buku novel detektif dan kejayaan drama teater West Endnya. Karyanya yang khususnya memaparkan watak detektif Hercule Poirot dan Miss Jane Marple telah memberinya gelaran 'Ratu Jenayah' dan membuatnya salah seorang pengarang yang terpenting dan inovatif dalam perkembangan genre ini.
Dame Agatha Christie, DBE | |
---|---|
Nama pena | Mary Westmacott |
Pekerjaan | Novelis |
Warganegara | Britain |
Genre | Misteri pembunuhan, Debaran, Cereka jenayah, Romantik |
Pergerakan sastera | Golden Age of Detective Fiction |
Pasangan | Archibald Christie (1914–1928) Max Mallowan (1930–1976) |
Tandatangan | |
Fail:Agatha Christie Signature.svg | |
Laman web | |
http://www.agathachristie.com |
Christie telah dirujuk oleh Guinness World Records sebagai pengarang buku jualan terbaik sepanjang zaman dan pengarang jualan terbaik dari apa-apa jenis, bersama dengan William Shakespeare. Hanya kitab Bible dikenali telah menjual lebih daripada jualan kutipannya sebanyak lebih kurang empat bilion salinan naskhah novel.[1] Beliau juga dianggap menurut UNESCO sebagai penulis yang paling banyak diterjemahkan karya-karyanya selepas karya-karya korporat kolektif milik Walt Disney Productions.[2] Buku-buku Christie telah diterjemahkan ke dalam lebih kurang 56 bahasa.
Agatha Mary Clarissa Miller lahir pada 15 September 1890 di Torquay, Devon. Beliau anak bongsu dari tiga adik-beradik[nota 1] kepada suatu keluarga kelas pertengahan atas; ayahnya Frederick Alvah ("Fred") Miller anak jati New York kepada seorang saudagar barangan kering manakala ibunya Clarissa Margaret ("Clara") Boehmer,[3]:1–4[6][7][8] anak seorang janda Dublin kepada seorang pegawai Tentera Darat British.[9]
Ayahnya dikatakan Agatha sendiri seorang berperwatakan disukai ramai.[10]
Pernikahan pertamanya yang tidak bahagia terjadi pada 1914 dengan Kolonel Archibald Christie, seorang penerbang dalam Korps Penerbang Kerajaan Inggris ("Royal Flying Corps"). Pasangan ini mempunyai seorang putri, Rosalind Hicks dan bercerai pada 1928.
Pada masa Perang Dunia Kedua, beliau bekerja sebagai seorang pakar farmasi, pekerjaan ini sedikit sebanyak memengaruhi jalan cerita banyak karyanya melibatkan peracunan sebagai pendorong mula cerita.
Pada Disember 1926 beliau menghilang selama sebelas hari dan menimbulkan suatu keributan di kalangan pers. Mobilnya ditemukan dibiarkan kosong di sebuah lubang kapur. Beliau akhirnya ditemukan sedang tinggal di sebuah hotel di Harrogate, di mana beliau mengatakan bahawa beliau telah mengalami amnesia yang disebabkan gangguan urat saraf setelah kematian ibunya dan masalah dalam perkawinan pertamanya. Ada yang berpendapat bahawa ini hanyalah sebuah aksi publisitas saja.
Pada 1930 beliau menikah dengan Sir Max Mallowan, seorang ahli arkeologi Inggris, dan perjalanannya bersama suaminya ke Timur Tengah memberinya ide untuk beberapa latar belakang novel-novelnya. Novel-novel lainnya mengambil lokasi di Torquay, Devon, tempat ia dilahirkan.
Sandiwara panggungnya "The Mousetrap" memegang rekor sebagai sandiwara dengan masa putar terpanjang di London—sejak dimulai pada 25 November 1952 hingga sekarang telah diputar lebih dari 20.000 kali.
Pada 1971 beliau dianugerahkan pingat "Commander of the British Empire" dengan gelaran Dame.
Christie meninggal dunia sakit tua pada usia 85 tahun tanggal 12 Januari 1976 di kediaman Winterbrook House beliau.[11][12] Dua pementasan West End yang melangsungkan pementasan adaptasi karya-karya beliau ada ketika itu turut memberikan penbhormatan umum kepada beliau saat berita ini dikhabarkan.[13]:373
Mayat beliau dikebumikan di tanah perkuburan gereja St Mary's, Cholsey di suatu tapak dipilih bersama suaminya sedekad lepas. Majlis pengebumian ini diliputi 20 pihak akhbar dan TV seluruh dunia dari sejauh Amerika Selatan. 30 kalungan bunga dihadiahkan pada majlis ini termasuk dari barisan pelakon The Mousetrap dan dari pihak penerbit Ulverscroft Large Print Book Publishers.[14]
Pada 1968, suatu subsidiari konglomerat agri-industri Booker-McConnell bernama Booker Books telah membeli 51 peratus saham dalam Agatha Christie Ltd. iaitu sebuah syarikat swasta yang diasaskan Christie untuk tujuan cukai. Booker kemudian menambah sahamnya ke 64 peratus. Pada 1998, Booker menjual sahamnya kepada Chorion, sebuah syarikat yang portfolionya juga termasuk menjaga estet sastera Enid Blyton dan Dennis Wheatley.[15]
Pada 2004, satu cerita 5,000 perkataan berjudul "The Incident of the Dog's Ball" telah dijumpai dalam loteng rumah seorang anak perempuan Christie. Ia telah diterbitkan di Britain pada September 2009. Pada 10 November 2009, Reuters mengumumkan bahawa cerita itu akan diterbitkan oleh The Strand Magazine.[16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.