Hari Arafah
hari 9 Zulhijah dalam takwim Hijrah, hari penunai haji berkumpul di Arafah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Arafah (Arab: يوم عرفة, rumi: Yawm ‘Arafahcode: ar is deprecated ) ialah sebuah perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijah dalam kalendar Hijrah Islam. Hari ini merupakan hari kedua dalam ibadah Haji. Pada hari ini, para jemaah pergi ke Gunung Arafah dari Mina serta padang Arafah. Di gunung ini, Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah-khutbah terakhirnya pada tahun terakhir kehidupannya. Dalam kalangan umat Islam, dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan kesempurnaan ajaran Islam telah diturunkan di sini. Pada hari ini umat Islam yang berada di negara masing-masing digalakkan untuk berpuasa sunat yang dipanggil sebagai puasa Arafah.[1]
Fakta Segera Nama rasmi, Jenis ...
Hari Arafah | |
---|---|
Nama rasmi | يوم عرفةcode: ar is deprecated |
Jenis | Islam |
Kepentingan | Memperingati khutbah terakhir Muhammad dan penyempurnaan mesej Islam. Menandakan hari kedua haji untuk jutaan orang Islam yang datang ke Makkah setiap tahun. Hari untuk Muslim yang tidak melaksanakan haji untuk berpuasa dan bertaubat. |
Upacara | Solat, puasa, taubat |
Tarikh | 9 Zulhijjah |
Kekerapan | Tahunan |
Berkaitan dengan | Hari Raya Aidiladha, festival utama Islam yang berlaku pada hari selepas Hari Arafah |
Tutup