gunung di Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, bersempadan dengan daerah-daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya dalam 1,207 meter. [1]
Gunung Jerai | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,207 m (3,960 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah-daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah |
Geologi | |
Jenis gunung | Inselberg |
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang. Merupakan sebuah inselberg, ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran. Gunung ini berada di pesisir pantai, terasing jauh daripada sistem-sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah ia juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar dan kapal lalu lalang dalam perairan Kedah dan Selat Melaka sejauh 100 km. Jarak penglihatan pemerhati pula bergantung kepada keadaan cuaca.
Gunung ini diceritakan masyarakat dahulu asalnya sumpahan batu ke atas seorang puteri bernama Seri Belawati (Jawi: سري بالاواتي, Sanskrit: श्रीबलवती, rumi: Śrī-Balavatī ), panggilan سري seri ini kemudiannya dipelatkan sebagai جراي Jerai. Malah, gunung ini pernah disebutkan dalam manuskrip Aṣṭasāhasrikā Prajñāpāramitā dikarang pujangga Sujātabhadra pada tahun 1015 sebagai "Gunung Balawati" (बलवतीपार्वते Balavatīparvate).[2]
Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semula jadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang merangkumi kawasan hutan dipterokarp bukit dan hutan dipterokarp atas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.