Greenpeace
From Wikipedia, the free encyclopedia
Greenpeace ialah pertubuhan alam sekitar bukan kerajaan[3] dengan pejabat di lebih daripada 39 buah negara dan dengan badan penyelaras antarabangsa di Amsterdam, Belanda.[4]
![]() | |
![]() Logo Greenpeace | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan kerajaan |
Tujuan | Alam sekitar, keamanan |
Bidang | Perubahan iklim, penebangan hutan, Penangkapan ikan yang berlebihan, Pencemaran, Organisma terubah suai secara genetik, nuclear industry ![]() |
Pergerakan | Environmentalisme, Pasifisme, Tindakan langsung ![]() |
Keanggotaan | 3,200,000 (2017) ![]() |
Tapak web | www.greenpeace.org![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sejarah | |
Pendahulu | Don't Make a Wave Committee ![]() |
Dibentuk | 1969; 55 tahun yang lalu (1969) - 1972 (1972) (Lihat pernyataan) Vancouver, British Columbia, Kanada di Vancouver ![]() |
Pengasas | Irving Stowe, Dorothy Stowe, Jim Bohlen, Paul Côté, Robert Hunter, Ben Metcalfe ![]() |
Pengurusan | |
Pengarah eksekutif | Bunny McDiarmid, Jennifer Morgan |
Pengarah/pengurus | Ayesha Imam, Norma Torres ![]() |
Organisasi utama | Lembaga Pengarah, dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan |
Subsidiari | Greenpeace France, Greenpeace India, Q88958809, Greenpeace Asia Timur, Greenpeace USA ![]() |
Perangkaan | |
Belanjawan | €236.9 juta (2011) |
Hasil/pendapatan | 410,000,000 euro (2020) ![]() |
Kakitangan/pekerja | 2,400 (2008) |
Sukarelawan | 15,000[1] |
Maklumat lain | |
Lihat artikel untuk maklumat lanjut mengenai pembentukan. | |
Dahulunya dikenali sebagai | Don't Make a Wave Committee (1969-1972)[2] |
Anugerah | |
Free Your Mind (1994), Ozone Award (1991) ![]() | |
Lokasi | |
Peta global lokasi pejabat Greenpeace | |
Ibu pejabat | Amsterdam, Belanda |
Koordinat | 52°21′0.8″N 4°49′56.6″E ![]() |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Greenpeace diasaskan oleh Irving dan Dorothy Stowe, aktivis alam sekitar Kanada dan Amerika Syarikat pada tahun 1971. Greenpeace menyatakan matlamatnya ialah "memastikan keupayaan Bumi untuk memelihara kehidupan di semua biodiversiti"[5] dan menumpukan kempennya ke atas isu-isu di seluruh dunia seperti perubahan iklim, penebangan hutan, penangkapan ikan yang berlebihan, penangkapan ikan paus komersial, kejuruteraan genetik, dan isu-isu anti-nuklear. Ia menggunakan tindakan langsung, melobi, penyelidikan, dan ekotej[6] bagi mencapai matlamatnya. Pertubuhan ini tidak menerima dana dari kerajaan, perbadanan, atau parti politik, bergantung pada 2.9 juta penyokong individu dan geran yayasan.[7][8] Greenpeace mempunyai status konsultatif awam dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[9] dan merupakan ahli pengasas[10] INGO Accountability Charter; sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berhasrat untuk memupuk akauntabiliti dan ketelusan pertubuhan bukan kerajaan.
Greenpeace dikenali dengan tindakan langsung dan telah digambarkan sebagai organisasi alam sekitar yang paling nyata di dunia.[11][12] Greenpeace telah membangkitkan isu alam sekitar kepada pengetahuan umum,[13][14][15] dan mempengaruhi sektor awam dan swasta.[16][17] Greenpeace juga telah menjadi sumber kontroversi;[18] motif dan kaedahnya (sesetengah daripadanya haram) telah mengundang kritikan,<[19] termasuk surat terbuka dari lebih 100 pemenang Hadiah Nobel mendesak Greenpeace untuk mengakhiri kempennya terhadap organisma terubah suai secara genetik (GMO).[20] Tindakan langsung organisasi telah mencetuskan tindakan undang-undang terhadap aktivis Greenpeace,[21][22] seperti denda dan hukuman digantung untuk memusnahkan plot ujian gandum diubahsuai secara genetik[23][24][25] dan memusnahkan Garisan Nazca, sebuah tapak Warisan Dunia PBB di Peru.[26]