Garisan Nazca
From Wikipedia, the free encyclopedia
Garisan Nazca (Quechua: Naska siq'ikunacode: qu is deprecated , Sepanyol: Líneas de Nazcacode: es is deprecated ) merupakan kumpulan parit bumi yang sangat besar terletak di Gurun Nazca, selatan Peru. Ia dikaji mula terwujud antara 500 SM dan 500 TM[1] hasil pengikisan[2] lapisan atas merah jambu bersalut besi oksida merah untuk mendedahkan tanah bawahnya yang berwarna kuning kelabu.[1] Garisan-garisan ini adakalanya membentuk rupa yang paling baik dilihat dari udara (~ 1,500 kaki) namun boleh juga dari kaki bukit dan tempat-tempat tinggi di sekitarnya.[3][4][5] Kedudukan ia yang terasing serta beriklim kering tanpa angin dan stabil menjadikan corak-corak ini dipelihara secara semulajadi.
![]() | |
![]() Gambar udara 1953 oleh Maria Reiche, salah seorang ahli arkeologi pertama yang mempelajari garisan | |
Maklumat am | |
---|---|
Termasuklah | Nazca Cat geoglyph Nazca Condor Geoglyph Nazca Dog geoglyph Nazca Flamingo geoglyph Nazca Flower geoglyph Nazca Frigate Bird geoglyph Nazca Hands geoglyph Nazca Hummingbird geoglyph Nazca Lizard geoglyph Nazca Monkey geoglyph Nazca Owlman geoglyph Nazca Parrot geoglyph Nazca Small Spiral geoglyph Nazca Spider geoglyph Nazca Tree geoglyph Nazca Whale geoglyph Nazca cactus geoglyph ![]() |
Inskripsi | 1994 (sesi ke-18) |
Keluasan | 75,358.47 ha |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Coastal desert of Peru, El Ingenio District, Gurun Sechura, Wilayah Ica, Nasca Province, Peru ![]() |
Koordinat | 14°43′33″S 75°8′55″W |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bentuk-bentuk yang dicakar pada tanah ini berbagai rupa; ratusan garisan didapati menghasilkan bentuk geometri mudah, namun ada lebih daripada 70 reka bentuk menyerupai haiwan seperti unggas, labah-labah, ikan, llama, jaguar, monyet, anjing dan manusia. Malah, bentuk lain termasuk pokok dan bunga turut boleh didapati. Kesemua corak-corak ini biasanya dibuat dari satu garis yang berterusan. Corak yang terbesar dijumpai berkeluasan kira-kira 370 m (1,200 kaki).[6] Para cendekiawan berbeza pendapat mengenai maksud dan tujuan corak-corak ini, tetapi pada umumnya dpersetujui sebagai berkepentingan terhadap agama anutan masyarakat setempat.[7][8][9][10]
Sehingga 2012, garisan dikatakan semakin merosot kerana kemasukan penduduk setinggan mendiami tanah.[11] Kawasan sekitar ini disenaraikan sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tahun 1994.